web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


 Aiskrim Yogurt Kegemaran Ramai Kini Sah Halal JAKIM  

llaollao, jenama yogurt asli Sepanyol ini telah diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selepas 7 tahun memasuki pasaran Malaysia.

Selera Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2022 6:00PM

9 cawangan llaollao Malaysia telah mendapat Pensijilan Halal manakala selebihnya akan menyusul menjelang akhir tahun ini. - Gambar dari Instagram

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

llaollao, jenama yogurt asli Sepanyol yang menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia baru-baru ini mengumumkan bahawa ia telah mendapat Pensijilan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 

Pensijilan Halal ini menunjukkan semua produk llaollao serta kaedah penyediaan dan sumber ramuannya, adalah sesuai untuk dinikmati oleh Muslim kerana ia mematuhi ajaran Islam. 

Bagaimanapun, buat masa ini hanya sembilan cawangan yang diperakui halal, manakala cawangan lain akan menyusul dalam sedikit masa lagi mengikut rancangan jenama ini yang menyasarkan 100 cawangan di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Sejak penubuhannya pada 2009, llaollao telah menawarkan aiskrim yogurt atau froyo yang lebih sihat, berkrim dan alternatif yang lebih sejuk.

Kini, pelanggan Islam di Malaysia boleh menikmati froyo kegemaran mereka tanpa ragu-ragu dengan pelbagai topping yang lazat, termasuk buah-buahan potong yang segar serta sos lazat yang diimport terus dari Sepanyol.

Tan Kai Young ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sijil Halal llaollao Malaysia, baru-baru ini. - Gambar oleh Rahayu MN
Tan Kai Young ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sijil Halal llaollao Malaysia, baru-baru ini. - Gambar oleh Rahayu MN

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Woodpeckers Group Sdn Bhd dan pemegang francais Induk llaollao Malaysia, Tan Kai Young berkata, pihaknya mahu memberikan kegembiraan kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya umat Islam.

“Kami mahu membuktikan komitmen kami kepada Malaysia. Sejak pembukaan cawangan pertama kami pada 2015, llaollao telah membawa kegembiraan kepada ramai yang mengemari pemanis mulut yang menyegarkan ini.

“Atas sokongan dan maklum balas yang memberangsangkan ini, kami akhirnya memutuskan untuk mendapatkan pengiktirafan halal bagi menambah keyakinan rakyat Malaysia. Ia juga bukti bahawa kami mahu jenama ini dilihat lebih berintegriti dan berkredibiliti,” ujar beliau.

Pensijilan Halal ini pastinya menjadi pencapaian cukup bermakna memandangkan tahun ini merupakan tahun ketujuh llaollao memasuki pasaran makanan dan minuman Malaysia, sejak pembukaan cawangan pertamanya di Pavilion Kuala Lumpur. 

Kai Young berkata, bukan mudah untuk mendapatkan Pensijilan Halal JAKIM kerana badan penguatkuasaan tersebut menggunakan pendekatan yang ketat dan menyeluruh terhadap proses permohonan.

“Mendapatkan sijil halal adalah kemuncak kepada usaha kami untuk menggembirakan pelanggan dalam menghadapi peningkatan permintaan terhadap produk Halal. 

“Sebenarnya ini adalah keutamaan kami sejak pembukaan pertama lagi. Kami melihat ini sebagai langkah pertama dalam proses untuk memastikan semua cawangan yang ada dan yang bakal dibuka akan mendapat Pensijilan Halal,” ulas Kai Young.

Setakat ini, llaollao telah memohon tujuh permohonan halal baharu. Secara keseluruhannya, 40 cawangan llaollao telah berjaya didaftarkan di bawah sistem MyEHalal.

llaollao Malaysia berharap proses akreditasi halal yang dipohon berjalan dengan lancar memandangkan mereka merancang untuk mengajukan permohonan halal bagi 40 hingga 48 lagi cawangan termasuk di Sabah dan Sarawak, menjelang akhir 2022.

Sila dapatkan senarai sembilan cawangan yang kini disahkan Halal di sini- Getaran, 26 Oktober 2022 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan