Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jenama Makanan Sihat Anjurkan Jualan Amal Bagi Meraikan Bulan Kesedaran Kanser Payudara

Pengunjung berpeluang untuk membeli lukisan yang akan dilelong secara dalam talian di mana hasilnya akan disalurkan kepada organisasi yang dipilih.

Selera Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2022 3:04PM

Gambar Hiasan Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sempena sambutan bulan Kesedaran Kanser Payudara, Signature Market bakal menganjurkan bengkel amal dengan kehadiran selebriti dan personaliti terkenal yang akan mengambil bahagian dalam sesi melukis pada 5 Oktober 2022 ini bermula jam 12.00 tengahari hingga 3.00 petang.

Bertempat di See Café, Arcoris Mont Kiara, Kuala Lumpur, pengunjung berpeluang untuk membeli lukisan yang akan dilelong secara dalam talian di mana hasilnya akan disalurkan kepada organisasi yang dipilih. 

Antara selebriti yang akan turut serta pada acara ini adalah  penyanyi dan pengajar yoga, Atilia Haron, pengasas La Juiceria, Anabelle Co Martinent, model dan penyanyi, Azzura Daud, dan pemain badminton kebangsaan, Goh Liu Ying. 

Gambar ihsan Signature Market
Gambar ihsan Signature Market

“Di Signature Market, kami mengakui betapa pentingnya peranan petugas barisan hadapan perubatan. Oleh sebab itu, kami ingin memberi penghormatan kepada mereka yang komited menjalankan penyelidikan hari demi hari untuk melawan kanser.

“Jalinan kerjasama dengan Cancer Research Malaysia amat bermakna bagi kami kerana kami mahu menyokong kempen kesedaran kanser payudara seterusnya melawan penyakit ini,” ujar Pengasas Bersama Signature Market, Edwin Wang, 

Sementara itu, Ketua Pegawai Saintifik Cancer Research Malaysia, Profesor Datin Paduka Dr Teo Soo Hwang juga meluahkan rasa gembira kerana pihaknya dapat menjalin kerjasama dengan jenama dalam talian yang dikenali ramai ini.

“Cancer Research Malaysia berbesar hati dapat bekerjasama dengan Signature Market dalam program kesedaran kanser payudara pada tahun ini. Seperti Signature Market, kami percaya bahawa setiap orang berhak untuk menjalani kehidupan yang bahagia dan selesa, dan kebahagiaan itu bermula daripada kesihatan baik dari segi fizikal, mental dan rohani.

“Dengan melabur dalam penyelidikan untuk mengurangkan risiko kanser di Asia dan mempertingkatkan rawatan penyakit kanser, kami sebenarnya sedang berusaha untuk masa depan dengan matlamat lebih ramai rakyat Malaysia menikmati kesihatan yang lebih baik,” ujar beliau.

Kotak hadiah eksklusif Signature Market yang bertema 'Together In Pink' - Gambar ihsan Signature Market
Kotak hadiah eksklusif Signature Market yang bertema 'Together In Pink' - Gambar ihsan Signature Market

Selain jualan lukisan, Signature Market juga turut menganjurkan acara ‘Together In Pink’, dengan mengalu-alukan kehadiran pelanggannya untuk sama- sama meraikan bulan tersebut dengan pelbagai aktiviti menarik. 

Acara ini akan berlangsung pada 7 dan 8 Oktober 2022 dari jam 10 pagi hingga 2 petang di lokasi yang sama. Bagi memeriahkan lagi acara ini, pengunjung digalakkan tampil dengan pakaian bertemakan warna merah jambu.

Pada acara itu, terdapat beberapa acara menarik yang boleh pengunjung ikuti dan salah satu aktiviti yang tidak boleh dilepaskan ialah sesi perkongsian singkat yang dikendalikan Cancer Research Malaysia untuk mendidik wanita mengenali tanda-tanda awal kanser payudara.

Selain itu, kotak hadiah eksklusif Signature Market akan turut dilancarkan dan anda boleh dapatkannya  pada harga RM39.90. Kotak dengan tema ‘Together In Pink’ itu mengandungi beberapa barangan termasuk krim tangan, makanan ringan seperti popcorn, kranberi dan biskut mentega, serta set pen pewarna yang sesuai dijadikan cenderahati buat kenalan.

Untuk maklumat lanjut dan terkini, anda boleh melayari laman sesawang Signature Market. - Getaran, 4 Oktober 2022

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki

Refleksi 1 hari yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

Selain baik untuk kesihatan fizikal kerana ia adalah satu bentuk senaman, aktiviti mengemas rumah mampu mewujudkan persekitaran yang bersih dan rapi, sekali gus...

oleh Rahayu MN