Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Sambut Ramadan Bersama Cef-Cef Terkenal Di Dapur KawKaw Selebriti

Selama 30 hari sepanjang bulan Ramadan, cef-cef selebriti akan berkongsi resipi-resipi enak di Facebook. Pasti menarik!

Selera Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2021 8:40AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi yang menyambut bulan Ramadan tahun ini, bolehlah mengikuti siri 'Dapur KawKaw Selebriti' yang menampilkan tiga orang cef selebriti terkemuka di Malaysia yang akan berkongsi sebanyak 90 resipi untuk berbuka puasa dan menyambut sahur selama 30 hari bersiaran secara langsung di Facebook.

Bermula pada hari pertama Ramadan, iaitu 13 April sehingga 12 Mei 2021, rakyat Malaysia dapat mengikuti siaran langsungnya di Facebook setiap hari, dari jam 12.30 sehingga 1.30 tengahari.

Setiap episod diterbitkan mengikut kualiti program siaran TV dan menampilkan salah seorang dari tiga cef selebriti, iaitu Cef Nik Michael, Cef Fikree and Cef Naem. Kemunculan khas pelakon, pelawak dan hos terkenal Imuda, Mat Dan, Rhys William dan Cik B memeriahkan lagi suasana di dapur.

Selain belajar bagaimana membuat makanan yang cepat, enak dan profesional dengan menggunakan produk makanan dari Kawan dan Kanika, iaitu penaja utama 'Dapur KawKaw Selebriti', penonton juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah eksklusif.

Kawan Food Berhad adalah salah satu pengeluar makanan sejuk beku Asia yang terbesar di Malaysia dan pengeksport terkemuka ke seluruh dunia, menyediakan produk yang asli, selamat dan berkualiti tinggi untuk pengguna dengan harga yang berpatutan.

Kanika hanya menyediakan produk kualiti terbaik yang menjadi pilihan restoran, hotel, dan cef, serta memenuhi jutaan selera di sekitar Asia Tenggara. Keutamaan Kanika adalah menyediakan produk berkualiti tinggi untuk pengalaman masakan yang terbaik.

Di setiap siaran langsung, penonton juga dapat mengambil bahagian dalam peraduan yang menarik, 'Teka KawKaw',  dengan meneka berat suatu item yang ditentukan dan menaip jawapannya dengan segera di ruangan komen Facebook. Peserta dengan jawapan paling tepat dan cepat akan memenangi pisau eksklusif  'Martin Yan's Signature Knife' bernilai RM178.

"Dapur Kawkaw Selebriti' juga menampilkan kemunculan khas dari Chef Martin Yan secara atas talian dari Amerika Syarikat dan juga Dr. Soo Wincci, bekas peserta Masterchef Celebrity Malaysia, dari Sepanyol.

Cef Nik Michael menjadi terkenal ketika dia mengambil bahagian dalam Masterchef Malaysia pertama pada tahun 2011. Setelahnya, dia diundang menjadi hos program TV seperti 'Hello Bro, Tolong Masak.'

Cef Fikree adalah seorang hos program TV, pelakon dan cef selebriti dan pernah mengacarakan 'Dapur Panas',  'Aroma Tradisional' dan 'Hello Bro.'

Chef Naem adalah pemenang pertandingan TV realiti 'Hero Oven.' Dia juga pernah mengacarakan beberapa program TV, termasuk 'Dapur Panas' dan 'Dapur Ramadan.'

Imuda, salah seorang pelakon komedi yang paling popular di Malaysia, terkenal dengan peranannya dalam sitkom popular, '2 + 1' dan 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu.'

Mat Dan adalah orang Barat yang fasih bertutur dialek Terengganu menjadikannya tarikan sebagai hos rancangan TV dalam Bahasa Melayu.

Rhys William, yang dilahirkan di Britain, menjadi popular menerusi rancangan 'Mat Salleh Cari Makan' kerana gayanya yang spontan dan fasih bertutur dalam Bahasa Melayu.

Cik B, anak perempuan kepada pengusaha kosmetik, Datuk Seri Vida, melakar namanya sendiri di media sosial dengan menerbitkan video menarik di Instagramnya, @cikb_havoc66.

'Yan Can Cook, So Can You!' atau 'Yan Boleh Masak, Anda Juga Boleh!' menjadi laungan slogan Martin Yan, 'chef extraordinaire' dan hos televisyen popular yang dikenali di seluruh dunia. Sehingga kini, 'Yan Can Cook' menjadi salah satu program masakan TV yang paling popular di televisyen di dunia.

Ikuti 'Dapur KawKaw Selebriti' sekarang untuk resipi bulan Ramadan yang hebat dan peluang memenangi hadiah-hadiah eksklusif:

https://www.facebook.com/Dapur-KawKaw-Selebriti-101335855366669

https://dapurkawkawselebriti.com/

 
Cef-Cef Selebriti Menyambut Bulan Ramadan Dengan Berkongsi Resipi-Resipi Enak di "Dapur Kawkaw Selebriti" bersiaran secara langsung di Facebook selama 30 Hari

Saksikan Dapur KawKaw Selebriti yang dibawa khas oleh KAWAN dan KANIKA setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini bersama cef-cef terkemuka tanahair. Selain terhibur dengan telatah tetamu-tetamu undangan kami, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah eksklusif dari pihak penaja dan juga dari cef terkenal dunia, Martin Yan.

Posted by Dapur KawKaw Selebriti on Thursday, April 8, 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 hari yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Tilawah Al-Quran: MCMC Panggil 4 Pemilik Akaun Facebook

3

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Jelajah 14 jam yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran