Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


8 Manfaat Makan Ikan Yang Perlu Anda Ketahui, Ia Mampu Cegah Depresi, Alzheimer 

Ikan sebenarnya punya banyak manfaat pada kesihatan. Malah, sangat baik untuk program diet kerana ia rendah kalori serta tinggi protein.

Selera Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2022 4:06PM

Ikan merupakan sumber protein yang bagus untuk badan dan sesuai untuk diet harian. - Gambar hiasan dari Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Suka makan ikan? Mungkin ada di antara anda yang tidak berapa gemar dengan makanan laut ini berbanding ketam, sotong dan udang. Tetapi tahukah anda ikan sebenarnya punya banyak manfaat pada kesihatan.

Malah, ikan sangat baik untuk program diet kerana ia rendah kalori serta tinggi protein. 

Ikan juga kaya dengan iodin, yang merupakan mineral penting bagi tubuh badan. - Gambar AFP
Ikan juga kaya dengan iodin, yang merupakan mineral penting bagi tubuh badan. - Gambar AFP

Dalam satu artikel yang ditulis oleh Dr Darfizzi Derawi, pensyarah di Jabatan Sains Kimia, Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM), pengambilan sajian berasaskan ikan dalam diet secara amnya berpotensi memberi pelbagai manfaat kesihatan kepada tubuh badan. 

“Ikan merupakan sumber protein yang bagus dan penting untuk mengekalkan otot, organ dan saluran darah yang sihat. 

“Protein membantu menyokong pembahagian sel, pertumbuhan rambut, dan juga isyarat hormon. Ikan juga kaya dengan iodin, yang merupakan mineral penting bagi tubuh badan kerana tubuh badan tidak dapat menghasilkannya sendiri.

''Iodin penting bagi fungsi tiroid yang mengawal selera makan dan sistem imun badan manusia,” jelas beliau. 

Ikan boleh meningkatkan perkembangan otak terutama bagi kanak-kanak. - Gambar hiasan dari Unsplash
Ikan boleh meningkatkan perkembangan otak terutama bagi kanak-kanak. - Gambar hiasan dari Unsplash

Berikut lapan alasan mengapa anda harus selalu makan ikan:

1. Meningkatkan perkembangan dan pertumbuhan otak

Kandungan lemak Omega-3 yang terdapat pada ikan sangat bermanfaat untuk keperluan nutrisi sel-sel otak terutama pada kanak-kanak. 

2. Mencegah penyakit jantung

Dalam satu kajian yang dilakukan di Denmark, melibatkan 49,000 wanita mendapati mereka yang makan ikan sedikit atau tidak makan ikan cenderung mengalami penyakit jantung hingga 50 peratus.

3. Sumber vitamin D

Ikan yang hidup di laut merupakan sumber vitamin D yang baik. Menurut pakar kesihatan, hal ini membuatkan pengambilan ikan sangat bagus untuk kesihatan tulang, mengurangkan kerosakan sel serta mencegah pelbagai jenis penyakit.

4. Bagus untuk kesihatan kulit dan rambut

Jika anda memiliki masalah dengan kulit atau rambut, manfaatkan nutrisi yang terkandung di dalam ikan iaitu Omega 3. Omega 3 adalah makanan sihat bagi sel rambut dan kulit.

5) Menyihatkan mata

Selain mengambil pelbagai jenis sayur, kekacang dan telur, pengambilan ikan dalam diet harian juga mampu memelihara kesihatan mata. Antara ikan yang mampu menyihatkan mata ialah Tuna, Salmon, dan Kod.

6. Mencegah penyakit alzheimer

Jika tidak mahu menyusahkan orang lain dengan penyakit pelupa ini, mulakan dari sekarang makan ikan. Dalam satu kajian yang dilakukan di Amerika Utara mendapati makan ikan setidaknya seminggu sekali dapat menurunkan risiko diserang penyakit Alzheimer.

7) Pilihan untuk program diet sihat

Jika anda sedang mengikuti program diet, pengambilan ikan adalah pilihan terbaik. Ikan sangat kaya dengan vitamin, mineral serta nutrisi dan ikan memiliki kadar lemak dan kolesterol yang lebih rendah berbanding lauk-pauk lain. Ini adalah bonus untuk anda mendapatkan berat badan idaman.

8) Mencegah depresi

Kandungan Omega 3 pada minyak ikan ternyata juga mampu mengurangkan tingkat depresi seseorang. Bahkan, beberapa kajian menunjukkan bahawa Omega 3 jauh lebih efektif mengatasi depresi berbanding ubat anti depresi. - Getaran, 22 Ogos 2022

Rujukan: www.healthline.com / www.eatthis.com

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini