web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kayu Taipan Sambut Hari Kebangsaan Dengan 65 Juadah Menu Merdeka

Menu Merdeka Kayu yang merangkumi 65 jenis roti canai, mi dan tose sebagai simbol semangat sejati kepelbagaian dalam perpaduan Keluarga Malaysia.

Selera Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2022 10:09AM

Sebanyak 30 jenis roti canai, 15 resipi mi, 15 jenis tose dan juadah 5 etnik disediakan oleh Kayu Taipan sempena Sambutan Merdeka. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kayu Nasi Kandar Taipan (Kayu Taipan) menyambut Hari Kebangsaan Ke-65 dengan memperkenalkan Menu Merdeka Kayu yang merangkumi  65 jenis roti canai, mi dan tose sebagai simbol semangat sejati kepelbagaian dalam perpaduan Keluarga Malaysia. 

Tarikan utama menu itu termasuk roti canai biskut berbentuk bulat dengan ukur lilit 65 sentimeter yang boleh dimakan enam orang dan tose masala berukuran sama yang boleh dimakan empat orang.

Pelanggan boleh memilih 30 jenis roti canai, 15 resipi mi, 15 jenis tose dan juadah lima etnik daripada 65 jenis makanan yang termasuk dalam Menu Merdeka Kayu.  

Kayu Taipan terkenal dengan lebih daripada 30 kombinasi kambing tempatan, udang, sotong, ayam kampung, daging lembu dan lain-lain sementara hidangan makanan pelbagai bangsa Melayu, Cina dan India  yang menunjukkan perpaduan menerusi makanan “fusion” untuk melahirkan perasaan nasionalisme antara pelbagai bangsa.

Pemilik restoran Kayu Taipan Subang Jaya, Datuk Dr Sirajudin Y Mohamed Mydin berkata Malaysia dikenali di dunia sebagai satu contoh bagaimana pelbagai etnik masyarakat boleh hidup dalam keadaan aman dan harmoni. 

“Kami mahu menyambut 65 tahun perpaduan, kepelbagaian kaum, kebudayaan dan makanan yang menjadikan Malaysia sememangnya unik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini sambil menambah biarpun berbeza latar belakang, budaya dan kepercayaan, semua mereka bergaul dalam konsep Keluarga Malaysia sejati.  

Sirajudin berkata  Kayu Taipan juga telah memperkenalkan beberapa menu baharu untuk meluaskan makanan “fusion” Malaysia seperti  Roti Canai Sarang Burung,  Roti Pukul, Roti Biskut sementara nasi beriani betis biri-biri dari sumber tempatan adalah antara kegemaran pelanggan pelbagai bangsa.

Beliau berkata Taipan Kayu Nasi Kandar adalah antara restoran warisan Pulau Pinang yang popular di Lembah Klang dan berharap waktu operasinya akan kembali kepada 24 jam menjelang awal tahun hadapan daripada waktu operasi 10 pagi hingga 10 malam sekarang ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tol Percuma Di Lebuhraya WCE Seksyen 1 Sempena Hari Kebangsaan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Agong Puas Hati Persiapan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 – Fahmi

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kemeriahan Menjelang Sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 semakin dirasai

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Mascot, Wad Pediatrik Berwajah Baharu Ceriakan Sambutan Hari Kebangsaan KPJ Klang

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Gaya 13 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN