Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Revolusi Kenikmatan Secawan Teh 

Kini, budaya menikmati secawan teh sudah menjadi simbol gaya hidup. Ada pelbagai jenis teh yang boleh didapati di pasaran dan sudah pasti ia terbahagi mengikut ‘kasta’ – bergantung kepada kelas sosial anda.

Selera Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2022 9:52AM

Teh kaya dengan antioksidan yang mampu menghalang atau memperlambat tubuh badan daripada penuaan semulajadi. - Gambar ihsan Dilmah Tea

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menikmati secawan teh pada setiap pagi mungkin sudah menjadi rutin kehidupan seharian ramai rakyat Malaysia. Malah, tidak salah jika dikatakan, teh sudah menjadi minuman ruji di kalangan mereka.

Daripada pilihan sihat seperti teh hijau dan teh herba cina, sehinggalah kepada teh yang mengundang masalah kesihatan jika diambil secara berlebihan. 

Hakikatnya teh mempunyai segudang manfaat kepada kesihatan. Teh kaya dengan antioksidan yang mampu menghalang atau memperlambat tubuh badan daripada penuaan semulajadi.

Bahkan, ia juga mampu mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Teh moringa, yang berasal dari Asia Selatan kaya dengan kalsium, zat besi, vitamin A dan K, menjadikan ia minuman pilihan yang tepat untuk membantu anda menguatkan tulang

Ladang teh Dilmah - Gambar oleh Rahayu MN
Ladang teh Dilmah - Gambar oleh Rahayu MN

Jika anda mahu meningkatkan sistem imunisasi badan, minumlah teh basil atau tulsi yang mengandungi khasiat seperti anti-bakteria, anti-kulat dan anti-radang. Ia telah digunakan berabad lamanya oleh pengamal Ayurvedic untuk membantu menguatkan sistem imun selepas berlakunya kecederaan atau ditimpa penyakit.

Kini, budaya menikmati secawan teh sudah menjadi simbol gaya hidup.  Ada pelbagai jenis teh yang boleh didapati di pasaran dan sudah pasti ia terbahagi mengikut ‘kasta’ – bergantung kepada kelas sosial anda.

Antara jenama teh yang berada di kelasnya yang tersendiri ialah Dilmah Tea, jenama teh yang dipelopori dan dibangunkan keluarga pengeluar teh yang pertama seumpamanya.

Baru-baru ini, bertempat di JW Marriott Hotel Kuala Lumpur, jenama dipercayai ramai ini menganjurkan ‘Hari Penghargaan Teh’ dan memperkenalkan konsep serba baharu bagi minuman teh Dilmah kepada para profesional daripada industri hospitaliti, serta pengguna dan penggemar teh di Malaysia.

Mengangkat tema ‘Rasai Pengalaman Teh Mewah Abad ke-21’, Dilmah yang telah pun mempelopori ciptaan teh Ceylon yang asal, terus didorong untuk menjaga asal-usul dan kesegaran teh mereka, serta memperkukuhkannya dengan pelbagai inovasi teh yang baharu. 

Hidangan teh dengan nasi lemak dan sate. - Gambar ihsan Dilmah Tea
Hidangan teh dengan nasi lemak dan sate. - Gambar ihsan Dilmah Tea

Dengan membawa pengalaman minum petang yang menjangkaui secawan teh yang biasa, Dilmah menunjukkan pelbagai kegunaan rangkaian teh premiumnya yang enak digandingkan dengan pelbagai makanan kegemaran rakyat Malaysia seperti nasi lemak dan sate ayam.

“Dari bentuk bumi, tanahnya, sehinggalah ke daun teh, kami mempercayai tenaga alam semula jadi dapat mempengaruhi setiap rasa dalam teh yang kami hasilkan di Dilmah. 

“Kami menghormati, memelihara dan menghayati alam semula jadi dan membawa sentuhannya dalam setiap bancuhan teh untuk memastikan setiap teguk dapat dinikmati seisi keluarga. 

“Kami sangat gembira dapat kembali ke Malaysia dan menganjurkan Hari Penghargaan Teh ini dan kami ingin mengingatkan rakyat Malaysia tentang kualiti dan keaslian secawan teh Dilmah,” ujar Penanam Teh dan Ketua Pegawai Eksekutif Dilmah Tea, Dilhan C. Fernando.

 Dilhan C. Fernando
Dilhan C. Fernando

Antara pilihan rangkaian teh premium yang ditawarkan  jenama ini adalah: 

Tea Makers Private Reserve - Gambar ihsan Dilmah Tea
Tea Makers Private Reserve - Gambar ihsan Dilmah Tea

Tea Makers Private Reserve: Koleksi eklektik teh yang jarang dijumpai, dipilih sendiri Pengasas Dilmah, Merril J. Fernando, menjadikannya antara pilihan teh terbaik dan paling eksklusif di dunia. 

Silver Jubilee Gourmet Tea - Gambar ihsan Dilmah Tea
Silver Jubilee Gourmet Tea - Gambar ihsan Dilmah Tea

Silver Jubilee Gourmet Tea: Pilihan campuran daun teh gourmet black, green, white dan infusions ini disediakan untuk meraikan warisan jenama Dilmah; semangat dengan tujuan penubuhannya.

Herba teh ini telah menerima sentuhan abad ke-21, membentuk pilihan cita rasa teh gourmet seperti infusi elderflower bersama epal, ros Ceylon dan pudina, dan banyak lagi. 

t-series Designer Gourmet Tea - Gambar ihsan Dilmah Tea
t-series Designer Gourmet Tea - Gambar ihsan Dilmah Tea

t-series Designer Gourmet Tea: Rangkaian teh ini merupakan gandingan sempurna untuk setiap emosi, sesuai untuk dinikmati pada waktu berbeza dalam sehari.

Rangkaian ini menyajikan pelbagai jenis teh gourmet berjenama termasuklah yang jarang dan istimewa seperti Ceylon Silver Tips dan Seasonal Flush.

The Seasonal Flush oleh t-Series ialah teh yang sangat jarang ditemui kerana ia merupakan hasil daripada fenomena bermusim yang hanya berlaku dua kali setahun.

Dilmah Exceptional - Gambar ihsan Dilmah Tea
Dilmah Exceptional - Gambar ihsan Dilmah Tea

Dilmah Exceptional: Dilmah Exceptional merupakan campuran infusi herba yang elegan, penuh dengan rasa dengan sentuhan lembut dan wangian yang halus dan menyenangkan. 

Yum Teas & Infusions - Gambar ihsan Dilmah
Yum Teas & Infusions - Gambar ihsan Dilmah

Yum Teas & Infusions: Rangkaian ini adalah gabungan sempurna keenakan teh dan herba, penuh dengan antioksidan.

Setiap teh dibungkus secara individu dalam uncang teh terbiodegradasi 100%.

Gandingan teh dan pelbagai jenis masakan, pasti membuka selera anda. - Gambar ihsan Dilmah Tea
Gandingan teh dan pelbagai jenis masakan, pasti membuka selera anda. - Gambar ihsan Dilmah Tea

Pada acara itu, seorang pakar pembancuh turut hadir bagi memperkenalkan beberapa resipi koktel dan moktel baharu dengan rasa unik tersendiri. Dilmah turut berinovasi dengan meneroka pelbagai cara teh boleh dinikmati sebagai pencuci mulut! 

Teh boleh dicampur dengan coklat dan pencuci mulut biasa, atau ia juga lazat sebagai pencuci mulut yang berasaskan teh.

Sesi gandingan makanan menyaksikan teh t-series Dilmah digandingkan dengan pencuci mulut yang lazat seperti fudge coklat, biskut dan aiskrim, serta pai epal.

Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai Dilmah, sila layari https://www.dilmahtea.com/  - Getaran, 25 Julai 2022

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini