Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


2 Resepi Lazat Menggunakan Kentang Amerika Syarikat 

Rakyat Malaysia memang gemar menggunakan kentang dalam resipi namun kami kongsikan dua lagi resipi menu kentang yang enak.

Selera Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2022 9:40AM

Kroquette kentang feta dan pasli

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menginjak ke minggu pertama bulan Julai, ramai yang membuat perancangan perbelanjaan dapur agar bajet yang ada mencukupi untuk tempoh sebulan. 

Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, tidak hairanlah ramai di antara kita yang semakin berhati-hati dalam menguruskan perbelanjaan harian.

Bagi yang berkeluarga, amalan makan di luar mungkin perlu dikurangkan kerana perbelanjaannya sudah semestinya besar berbanding memasak sendiri di rumah. 

Tetapi, tidak dinafikan ramai ibu di luar sana yang buntu apabila ingin menyediakan makanan yang lazat untuk seisi keluarga. Banyak orang, banyaklah ragamnya, dan bukan mudah untuk memuaskan hati semua.

Namun begitu, jangan susah hati, di sini ada dua resipi daripada Potatoes USA yang boleh anda cuba nanti. 

Resipi yang disediakan oleh Pakar Runding Gizi, Indra Balaratnam ini bukan sahaja lazat, tetapi berkhasiat dan bebas gluten.

Mufin Kentang

Maklumat Pemakanan (sebiji):

Kalori: 69

Protein: 3g

Lemak: 2g (26% lemak daripada jumlah kalori)

Karbohidrat: 10g

Serat: 1g

Natrium: 55mg

Bahan-bahan

3 biji Kentang Russet AS bersaiz sederhana (dibuang kulit)

1 biji telur dipukul sedikit

½ cawan lobak merah diparut halus

1/4 cawan bawang besar dicincang halus

½ sudu teh serbuk bawang putih

½ cawan (50 gram) keju cheddar dicincang

Garam  dan serbuk lada hitam secukup rasa

Cara penyediaan 

1. Panaskan ketuhar hingga 180ºC. Sapu acuan muffin dengan sedikit minyak zaitun supaya mufin tidak melekat.

2. Potong kentang yang telah dikupas menjadi kiub kecil dan rebus sehingga empuk. Toskan air dan lenyek sehingga sekata.

3. Masukkan telur yang telah dipukul, lobak merah yang dipaut halus, bawang besar, serbuk bawang putih dan keju cheddar. Gaul rata dan perisakan dengan garam dan lada hitam secukup rasa.

4. Bakar mufin selama 30 minit sehingga perang keemasan dan tepinya garing.

5. Keluarkan loyang dari ketuhar dan biarkan ia sejuk selama 10 minit sebelum pindahkannya ke dalam pinggan.

* Mufin ini boleh disimpan di dalam peti sejuk beku. Untuk memanaskan semula, masukkan sahaja ke dalam ketuhar gelombang mikro selama 40 saat.

Kroquette Kentang Feta Dan Pasli

Maklumat Pemakanan (sebiji):

Kalori: 50

Protein: 2g

Lemak: 1g (18% lemak daripada jumlah kalori)

Karbohidrat: 8g

Serat: 1g

Lemak: 1g

Natrium: 87mg

Bahan-bahan

1 biji besar kentang besar dibuang kulit, direbus dan dilenyek

70 gram keju feta

1/2 sudu teh serbuk bawang putih

2 sudu besar daun pasli dicincang halus

1 ½ hingga 2 cawan emping jagung – hancurkan kasar

1 biji telur dipukul sedikit

Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

Minyak masak semburan (cooking spray) 

Cara penyediaan

1. Rebus kentang sehingga empuk. Kemudian toskan dan lenyek sehingga sekata.

2. Masukkan keju feta dan gaul hingga sebati. Masukkan daun pasli dan serbuk bawang putih. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.

3. Bahagikan adunan kentang kepada 15 biji bebola. Celupkan ke dalam telur yang telah dipukul dan salutkan dengan emping jagung yang telah dihancurkan.

4. Sembur bebola kentang dengan minyak semburan. Bakar dalam ketuhar 200 darjah celcius selama 10 minit sehingga emping jagung garing.

5. Sedia dihidangkan dengan sos biji sawi madu. 

Selamat mencuba! - Getaran, 4 Julai 2022

Foto : Potatoes USA

Berita Berkaitan

1

Selera 4 hari yang lalu

Kampung Lah Gamit Memori Di Kampung, Saji Masakan Asli Negeri Sembilan

2

Selera 1 minggu yang lalu

Asam Pedas London Sedia Menu Kampung, Ada Cabutan Bertuah Setiap Hari

3

Selera 1 minggu yang lalu

Tangkak Beef Noodle House Kini Sah Halal, Buka Cawangan Kedua Di Berjaya Times Square

4

Selera 3 minggu yang lalu

Nikmati Roti Canai Gaya Baharu Dengan Rollti

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Refleksi 21 jam yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

oleh Rahayu MN

Jelajah 2 jam yang lalu

Wau LED Hiasi Langit Malam Kampung Panchor 

oleh Rafisqi Radhi

Jelajah 6 jam yang lalu

Lebih 10,000 Kad Raya Menghiasi Pusat Beli-Belah The Curve, Hidupkan Nostalgia Hari Raya

Kempen ‘Kiriman Raya’ bersama Pos Malaysia itu mencipta ‘Malaysia Book of Records’

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran

Selera 11 jam yang lalu

Ketupat Mohd Zaim, Tak Perlu Tunggu Hari Raya