Berita Terkini

1 jam yang lalu: Proton umum X90 kenderaan tenaga baharu pertamanya 1 jam yang lalu: Wanita warga emas maut, suami dirawat di ICU selepas makan ikan buntal 1 jam yang lalu: Jumlah import Sarawak meningkat 45.5 peratus kepada RM34.29 bilion pada 2022 - MITI 1 jam yang lalu: Cadangan wajibkan tingkatan enam beri kesan kepada kemasukan ke matrikulasi, IPT 1 jam yang lalu: Chang sertai lawatan PM ke China, intai peluang pelaburan berkaitan sains, teknologi, inovasi

IKUTI KAMI


Hebatnya Biji Chia! Boleh Bantu Kuruskan Badan Dan Berikan Tenaga

Pernah dengar tentang biji chia (chia seed) tapi tak tahu manfaatnya? Kami kongsikan di sini.

Selera Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 29 Mar 2021 2:30PM

Gambar: Polina Kovaleva, Pexels

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pernah dengar tentang biji chia (chia seed)? Biji hitam kecil ini kadangkala ada yang terkeliru dengan biji selasih kerana bentuk fizikalnya yang hampir sama. Namun anda perlu tahu, kedua-dua jenis bijirin ini jauh berbeza daripada segi kandungan khasiat. Biji chia mempunyai kelebihan yang pelbagai, dek itulah ia digelar super food.

Kandungan nutrisi yang ada pada biji chia termasuklah karbohidrat, protein, serat, asid lemak omega-3 dan omega-6, vitamin A dan B, kalsium, selenium, zink, zat besi dan magnesium. Malah, ia juga tinggi antioksidan yang berperanan penting membantu tubuh badan memerangi penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular dan kanser.

Berikut antara manfaat yang boleh diperolehi daripada biji chia jika diamalkan dalam diet harian:

1) Menurunkan berat badan

Jumlah serat yang cukup tinggi di dalam biji chia dipercayai membantu untuk menurunkan berat badan. Ini kerana ia boleh membuatkan perut terasa kenyang lebih lama. Malah, kandungan protein pada biji chia juga dipercayai mampu mengurangkan nafsu makan. 

Menurut sebuah kajian yang dimuatkan dalam jurnal Nutrition Research and Practice, penderita obesiti yang mengambil biji chia secara rutin selama enam bulan, akan mengalami penurunan berat badan sekitar 2 kilogram. Namun perlu diingatkan, pengambilan biji chia tanpa diet yang tepat tidak akan membuahkan hasil.

2) Baik untuk kesihatan jantung

Kajian menunjukkan bahawa pengambilan biji chia boleh mengelakkan pembuluh darah mengeras atau saluran darah tersumbat. Namun, kesan ini bukanlah dengan hanya mengambil biji chia, anda juga perlu menjalani gaya hidup sihat. Lakukan senaman secara berkala dan kurangkan pengambilan makanan tinggi lemak dan berkolesterol tinggi. 

Gambar: Yulia Khlebnikova, Unsplash
Gambar: Yulia Khlebnikova, Unsplash

3) Baik untuk kesihatan tulang

Biji Chia mengandungi kalsium, fosforus, magnesium dan protein yang cukup tinggi. Kandungan nutrisi tersebut memiliki peranan penting untuk memelihara kesihatan tulang. Bahkan, kandungan kalsium dalam biji chia juga dianggap lebih tinggi jika dibandingkan dengan pelbagai produk olahan susu. Jadi jika anda ingin menjaga kesihatan tulang dari awal, biji chia adalah pilihan yang tepat, terutama untuk mereka yang tidak gemar mengambil susu atau vegetarian.

4) Mengurangkan risiko diabetes

Biji chia juga dikatakan mengurangkan risiko terkenanya penyakit diabetes kerana ia boleh membantu menstabilkan tahap gula dalam darah. Berdasarkan penemuan beberapa kajian, mendapati bahawa diet dengan 14 gram biji chia untuk setiap 1,000 kalori menunjukkan pengurangan ketara dalam risiko kedua-dua penyakit jantung koronari dan dua jenis penyakit diabetes.

Gambar: Nataliya Vaitkevich, Pexels
Gambar: Nataliya Vaitkevich, Pexels

Memandangkan biji chia tidak berperisa, jadi ia lebih mudah untuk ditambah ke dalam pelbagai resipi dan makanan. Berikut adalah beberapa cara untuk menikmati biji chia:-

1) Rendam di dalam jus

Tambahkan 1/4 cawan (40 gram) biji chia ke dalam seliter jus buah-buahan dan rendam selama 30 minit untuk menghasilkan minuman yang kaya dengan serat dan mineral. Janganlah habiskan minuman dengan sendiri, sebaliknya boleh berkongsi dengan ahli keluarga atau teman-teman. Ingat, jus buah-buahan tinggi dengan kandungan gula. 

2) Puding biji chia 

Hidangan ini cukup menyelerakan walaupun tidak perlu dimasak di atas api, atau menggunakan ketuhar. Simpan sahaja semalaman di dalam peti sejuk. Salah satu resipi yang menjadi kegemaran penulis adalah yang disediakan oleh Chef Selebriti, Giada De Laurentiis. 

Gambar: Yoav Aziz, Unsplash
Gambar: Yoav Aziz, Unsplash

3) Biji chia dalam smoothie

Sekiranya anda ingin menjadikan smoothie anda lebih berkhasiat, pertimbangkan untuk menambahkan biji hitam berkhasiat ini. Anda boleh menggunakannya dalam hampir semua smoothie dengan merendamnya terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam smoothie. Salah satu resipi yang boleh anda ikuti ada di sini.

4) Topping biji chia mentah

Walaupun ramai yang lebih suka merendam biji chia, anda juga boleh makannya secara mentah. Cuba taburkan pada smoothie atau oatmeal anda.

5) Bijirin chia

Untuk mencuba sesuatu yang sedikit berbeza untuk sarapan pagi, anda boleh menukar bijirin biasa anda untuk bijirin chia. Untuk membuatnya, rendam biji chia semalaman dalam susu (atau pengganti susu seperti susu badam) dan tutup dengan kacang, buah, atau rempah seperti kayu manis. Anda juga boleh menggunakan ekstrak pisang dan vanila untuk membuat hidangan pagi yang lazat. - Getaran, 29 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kesihatan UAI Semakin Baik, Masih Perlu Rawatan Lanjut - Sumber

2

TARA 2 minggu yang lalu

Rakyat Malaysia Ramai Yang Obes, Jom Turunkan Berat Badan Bersama Amway

3

Semasa 3 minggu yang lalu

KKM Pantau Penyakit Bawaan Air Pascabanjir - Dr Zaliha

4

Selera 3 minggu yang lalu

Rasa Unik Piza Dibakar Dalam Ketuhar Bata

Sorotan

1

Kementerian, Jabatan Diminta Anjur Majlis Ilmu Untuk Hidupkan Bulan Ramadan - Anwar

2

SPRM Nafi 2 Pegawainya Dalang Isu Rasuah Libatkan Syarikat Korporat

3

Tempoh Reman Penyerang Kamal Adli Dilanjutkan Seminggu Lagi

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Acar Ikan Kering Laris, Pengusaha Tak Menang Tangan Penuhi Permintaan