Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Daging Gulai Kawah, Ayam Percik Antara Juadah Jemaah Haji Malaysia

Daging gulai kawah, nasi beriani, ayam percik dan sambal sotong, merupakan antara 28 menu yang disajikan kepada jemaah Malaysia sepanjang musim haji 1443 Hijrah.

Selera Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2022 1:29PM

Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Daging gulai kawah, nasi beriani, ayam percik dan sambal sotong, merupakan antara 28 menu yang disajikan kepada jemaah Malaysia sepanjang musim haji 1443 Hijrah.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata setiap tahun pihaknya melakukan perancangan awal dalam menentukan menu makanan jemaah selain mengekalkan piawaian ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia dan kerajaan Arab Saudi.

“Kesemuanya 28 jenis menu, menunjukkan sekurang-kurangnya ia mengambil masa kira-kira dua minggu sebelum menu yang sama diulang agar jemaah tidak berasa jemu,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas melawat tiga buah dapur yang dikhaskan untuk memasak makanan jemaah Malaysia iaitu Dapur Retaj, Makkah Kitchen dan Dapur Al Wafa.

Ketiga-tiga dapur itu dikendalikan oleh dua cef profesional dari Malaysia dan selain bahan-bahan segar, mereka turut menggunakan rempah pracampur hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) unit operasi katering Tabung Haji (TH).

Syed Saleh berkata penggunaan rempah itu mampu mengekalkan rasa yang sama pada setiap hidangan apatah lagi penyediaan makanan melibatkan jumlah yang banyak serta perlu disiapkan tepat pada waktunya.

“Kita juga memastikan bukan sahaja cita rasa (dipenuhi) tetapi juga dapur ini mengikut piawaian kebersihan, keselamatan makanan, penyediaan yang mematuhi standard,” katanya dan menambah antara pihak yang memastikan piawaian itu dipenuhi ialah pasukan katering TH Travel & Services serta pasukan perubatan di bawah Unit Kesihatan Awam dan Unit Khidmat Luar TH.

Beliau berkata pihak Arab Saudi juga memantau persediaan makanan di dapur menerusi Unit Perbandaran Kota Makkah, selain mengenakan syarat ketat terutama dari sudut kebersihan.

Sementara itu, bagi mereka di Pusat Rawatan Syisyah TH, makanan disediakan oleh cef yang dilantik di situ dengan mengambil kira pesakit yang perlu dipantau pemakanan mereka.

Tegasnya, pihak TH menitikberatkan penjagaan kesihatan dan keperluan nutrisi para jemaah agar mereka sihat dan dapat melaksanakan ibadah dengan selesa sepanjang berada di Tanah Suci.

Dalam pada itu, Cef Mohd Kamarulzaman Mad Rodi dan Cef Mohd Effendi Jamaluddin berkata mereka menggunakan bahan mentah dan sayur-sayuran segar yang dibeli daripada peniaga tempatan dan disimpan dalam peti ais berteknologi tinggi.

Menurut mereka, kebersihan sentiasa diberi keutamaan bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini dan bukan sahaja bahan untuk memasak perlu dicuci dengan baik tetapi juga lantai, periuk, dinding dan segala kelengkapan lain.

Beberapa jemaah yang ditemui Bernama di Hotel Abraj Al Janadriah meluahkan rasa syukur kerana berpeluang menikmati menu yang menepati selera dan sedikit sebanyak menghilangkan rasa rindu pada tanah air.

Norshuktiani Marzuki, 45, berkata setiap hidangan tidak pernah menghampakan dan adakalanya seperti menikmati makanan ketika kenduri.

Badriah Mad Zin, 60, pula menyatakan TH bijak mengatur menu untuk jemaah dan beliau tidak pernah ketinggalan mendapatkan setiap sajian sama ada tengah hari ataupun malam. - Bernama

Isu Pada

Adibah Noor - Perginya Seorang Penghibur Yang Terlalu Istimewa

25 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

2 bulan yang lalu

Dividen Tabung Haji Bakal Diumum April Ini - Mohd Naim

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Abdul Rashid Hussain Dilantik Pengerusi Lembaga TH 

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Umat Islam Dinasihat Pilih Restoran Ada Logo Halal JAKIM

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Ahmad Dusuki, Berhentilah Menjaja Fitnah, Hormati Keputusan Mahkamah - Mujahid

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran