web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Berjaya Food Bawa Bakeri Cita Rasa Perancis Ke Lembah Klang

Berita baik untuk mereka yang sukakan kek dan pastri jenama popular Korea Selatan ini. Cawangan pertamanya di Malaysia bakal dibuka di Lembah Klang tahun ini!

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2022 9:06PM

Gambar Instagram @parisbaguette_kr

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berjaya Food Bhd mengumumkan kerjasama terkininya dengan Paris Baguette Singapore plc, bakeri dengan cita rasa Perancis dari Korea Selatan yang akan membuka cawangan pertamanya di Lembah Klang pada akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Sydney Quays berkata di bawah terma perjanjian, Berjaya Food akan mempunyai 50 peratus pemilikan dan akan menjadi pengendali utama kedai Paris Baguette di dalam negara.

“Berjaya Food dan Paris Baguette telah membelanjakan, masing-masing kira-kira RM15 juta menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM30 juta,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sydney berkata dalam perjanjian selama 10 tahun itu, mereka merancang untuk membuka 50 cawangan atau lebih di seluruh negara.

“Berdasarkan rekod Starbucks kami, kami menganggarkan sebanyak 25 cawangan setahun tetapi selepas beberapa tahun beroperasi, kami telah membuka 40 hingga 45 cawangan setahun. Ia hanya bergantung kepada di mana adanya peluang itu,” katanya.

Paris Baguette mempunyai lebih 3,400 kedai di lebih 440 lokasi di Korea Selatan, Amerika Syarikat, China, Perancis, Vietnam, Indonesia, Kemboja dan Singapura. Malaysia akan menjadi pasaran global kelapan.

“Kami tahu bahawa tahap penerimaan akan menjadi amat tinggi, justeru, kami amat berhati-hati mengenai lokasi cawangan pertama.

“Di setiap negara yang mempunyai operasi Paris Baguette, ia telah mencatatkan prestasi yang baik. Tahap penerimaan di Indonesia adalah luar biasa. Kami tahu jika kami melakukannya di sini, ia akan menjadi sama,” katanya.

Kerjasama strategik itu juga merupakan sebahagian daripada usaha runcit Berjaya Food yang lebih luas untuk menjadi kumpulan makanan dan minuman yang lebih inklusif di Pasaran Utama Bursa Malaysia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Singapura 1 minggu yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

4

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Gaya 12 jam yang lalu

The Food Yard, ‘Port’ Makan Santai Baharu Menanti Anda!

oleh Sophia Ahmad