Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Roti John Dengan Variasi Enam Inti Beri Pulangan Lumayan

Selepas roti john yang diusahakan Muhamad Azhar Zainudin serta dua rakannya mendapat permintaan tinggi, beliau mengambil keputusan untuk membuka cawangan di Kubang Kerian sejak Januari tahun lalu.

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2022 1:31PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tampil unik dan kreatif dengan mencipta enam variasi inti roti john sebagai ‘pelaris’ menjadi rezeki kepada seorang peniaga yang kini mampu meraih pulangan lumayan. 

Peniaga Roti John Ketagih cawangan Kubang Kerian Muhamad Azhar Zainudin, 36, berkata beliau mula mengusahakan perniagaan itu bersama dua rakan sebayanya Mohd Hafiz Hamid dan Mohd Shahrieman Abdul Hamid pada akhir Mac 2020.

Beliau berkata idea untuk mengusahakan menu bermusim itu timbul apabila kedua-dua rakannya itu yang bekerja sebagai peniaga pasar malam sebelum ini hilang punca pendapatan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 “Dari situ kami bertiga mula mendapat idea untuk berniaga roti john memandangkan masih tidak ramai yang mengusahakan menu bermusim itu terutamanya pada bulan biasa melainkan ia hanya mudah diperoleh pada bulan Ramadan.

“Sebagai permulaan kami mencuba nasib membuka kedai di Pintu Geng, Kota Bharu dengan menawarkan roti john berserta tiga pilihan inti iaitu ayam, daging lembu dan kambing menggunakan resipi tersendiri sehingga mampu terjual sekitar 200 biji sehari,” katanya ketika ditemui Bernama di kedai miliknya di Kubang Kerian, di sini baru-baru ini.

Bercerita lanjut, bapa kepada tiga cahaya mata itu berkata selepas melihat roti john yang diusahakan beliau serta dua rakannya itu mendapat permintaan tinggi membuatkan beliau mengambil keputusan untuk membuka cawangan di Kubang Kerian sejak Januari tahun lepas.

Katanya, walaupun telah membuka cawangan lain beliau masih mengekalkan resipi yang diolah mereka bertiga bagi menghasilkan roti john selain mendapatkan bekalan inti daripada Mohd Hafiz secara berkala.

Menurutnya, antara kelainan yang diketengahkan adalah inti roti john berkenaan tidak dikisar halus tetapi dicincang kasar untuk memastikan pelanggan masih dapat merasa tekstur inti yang dihasilkan.

Untuk mempelbagaikan lagi perisa, beliau mula menawarkan tiga inti baharu pada pertengahan tahun lepas iaitu makanan laut, sardin dan juga peperoni selain pelanggan mempunyai pilihan untuk menambah keju yang dijual pada harga RM7 dan mencecah RM15 sebiji bergantung kepada jenis inti.

“Hampir setiap hari saya memerlukan sekitar 300 biji telur untuk memenuhi permintaan pelanggan dan mampu menjual sehingga mencecah sekitar 200 hingga 350 biji roti john sehari,” katanya yang mampu meraih hasil jualan sehingga mencecah puluhan ribu ringgit.

Muhamad Azhar yang juga lepasan Diploma Kejuruteraan Awam dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang berkata memandangkan harga telur mentah kini semakin mahal, beliau terpaksa menaikkan harga sebanyak 50 sen untuk setiap biji roti john tahun ini.

“Walaupun harga terpaksa dinaikkan sedikit berbanding tahun lepas, kebanyakan pelanggan terutamanya pelanggan tetap memahami kenaikan itu memandangkan kebanyakan harga barangan mentah semakin mahal,” katanya yang berniaga setiap hari bermula pukul 3 petang hingga 7 malam.

Sementara itu, seorang pelanggan, Muhammad Amir Arifin, 21, berkata roti john yang diusahakan oleh Muhamad Azhar telah menjadi menu pilihannya hampir setiap minggu.

“Rotinya sangat lembut apabila dimakan selain inti juga terasa kerana sangat padat selain rasa resipi roti john itu sendiri berjaya memikat hati saya. Rasanya unik, selain berbeza dengan roti john yang terdapat di kedai lain,” katanya. - Bernama

Gambar: Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Suspek Kes Tembak KLIA Direman Seminggu

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Kesan 4 Lelaki Dikehendaki Bersabit Jenayah Di Kota Bharu

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Jenazah Enam Beranak Selamat Dikebumikan Di Parit Jawa

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Suspek Rompak Farmasi Guna Sabit Diburu

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini