web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pandu Lalu A&W Seremban Berwajah Baharu

Ia tanda penghormatan buat A&W yang sudah lama bertapak di Malaysia bahkan cawangan ini lambang ikonik di Seremban yang telah mencipta pelbagai memori buat penduduk sekitar sejak 1978.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2022 4:44PM

Datuk Seri Aminuddin Harun dan Sophia Ch'ng meraikan pembukaan semula Pandu Lalu A&W Seremban.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Haji Aminuddin Harun, baru-baru ini merasmikan pembukaan Pandu Lalu A&W Seremban yang diberi nafas baharu, sekali gus memberikan penduduk Seremban suatu pengalaman yang unik dan baharu untuk dirasai.

Pembukaan itu adalah sebagai tanda penghormatan kepada kewujudan A&W yang sudah lama bertapak di Malaysia kerana cawangan tersebut merupakan suatu lambang ikonik di Seremban yang telah mencipta pelbagai memori untuk penduduk sekitarnya sejak 1978.

Kini, ia diberi nafas baharu dengan konsep bertemakan retro, menampilkan reka bentuk retro bergaya moden.

Suasana baharu restoran itu yang menghadap keindahan Tasik Seremban, sememangnya direka khas untuk menarik minat generasi muda.

Aminuddin dan Sophia Ch'ng merasmikan pembukaan semula Pandu Lalu A&W Seremban dengan upacara memotong reben.
Aminuddin dan Sophia Ch'ng merasmikan pembukaan semula Pandu Lalu A&W Seremban dengan upacara memotong reben.

Namun, pada masa yang sama tetap berpegang teguh kepada legasi dan warisan jenama yang sudah lama bertapak di Malaysia sejak 1963, apabila A&W menjadi restoran makanan segera yang pertama beroperasi di negara ini. 

“Kami kini dalam misi untuk memberi nafas baharu kepada jenama ini bagi memastikan ia kekal relevan untuk semua golongan pengguna, terutamanya generasi muda.

"Konsep moden-retro ini adalah hasil ke arah hala tuju baharu yang bukan hanya tertumpu kepada estetika, namun turut menggabungkan usaha menggiat semula semua tawaran secara keseluruhan kepada pengguna,” ujar Pengarah A&W Malaysia Sdn Bhd, Sophia Ch’ng. 

Tetamu kehormat bergambar bersama Rooty the Great Root Bear dalam Ford Thunderbird 1962 Convertible klasik untuk melambangkan suasana retro moden kedai Pandu Lalu A&W Seremban.
Tetamu kehormat bergambar bersama Rooty the Great Root Bear dalam Ford Thunderbird 1962 Convertible klasik untuk melambangkan suasana retro moden kedai Pandu Lalu A&W Seremban.

Bagi memastikan restoran ini terus menarik minat generasi muda, terutama dalam hal membabitkan budaya kopi, sebahagian daripada pengubahsuaian itu turut merangkumi jenama kopi terkenal dunia iaitu Jamaica Blue yang dimiliki oleh Inter Mark Resources.

Cawangan itu adalah yang pertama di negara ini menggabungkan restoran A&W dan Jamaica Blue. 

Mengambil inspirasi daripada Gunung Jamaica Blue, salah satu daerah pengeluar kopi terbaik di dunia, pengunjung Pandu Lalu A&W Seremban akan dihidangkan dengan pelbagai seleksi Kopi Jamaica Blue yang disediakan oleh pasukan barista berpengalaman dan berpengetahuan. 

“Gabungan Jamaican Blue dan Pandu Lalu A&W Seremban akan membawakan pengalaman yang baharu, unik dan menyegarkan kepada penduduk di kawasan ini.

"Pada dasarnya, matlamat kami adalah untuk mewujudkan suasana dan persekitaran yang sempurna untuk dinikmati oleh masyarakat di sini dengan memberi tambah nilai kepada mercu tanda ikonik di Seremban,” ujar Sophia lagi

Pandu Lalu A&W Seremban merupakan cawangan pertama yang membawakan jenama kopi Jamaica Blue untuk dinikmati oleh penggemarnya.
Pandu Lalu A&W Seremban merupakan cawangan pertama yang membawakan jenama kopi Jamaica Blue untuk dinikmati oleh penggemarnya.

Memuji langkah tersebut, Aminuddin berkata, cawangan A&W yang diberi nafas baharu menerusi gaya moden-retro dan gabungan Kopi Jamaican Blue akan menambah lagi daya tarikan Seremban sebagai sebuah bandar yang meriah, serta dikenali dengan kepelbagaian makanan unik.

“Seremban sememangnya terkenal dengan kepelbagaian makanannya. Saya tahu ramai yang sanggup balik hari untuk datang ke sini dari seluruh pelusuk negeri hanya untuk menikmati keenakan makanan di sini.”

“Kini A&W menambah kepelbagaian makanan yang ditawarkan dengan menu legenda mereka. Saya mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan atas semangat inovatif dan keusahawanan mereka yang sentiasa memberikan tawaran inventif dan konsep baharu kepada pengguna.

"Saya ingin menyeru organisasi dan perniagaan lain di Seremban dan Negeri Sembilan, terutama premis makanan dan minuman untuk menggunakan strategi keusahawanan yang inovatif dan kreatif bagi menjadikan bandar dan daerah ini sebagai syurga makanan yang terkenal,” ulas beliau.

Sejak diperkenalkan di Malaysia pada 1963, A&W sudah mendapat tempat di hati penggemarnya.  Siapa yang dapat melupakan keenakan rasa menu klasik Coney Dog, waffle dan A&W RB float yang ikonik dan menyegarkan. 

Malah, kebelakangan ini, anak muda Malaysia mula menggemari menu khas seperti Mozza Burger dan Ayam Goreng Golden Aroma yang diperbuat daripada bahan segar bagi memastikan berkualiti tinggi.

Pembukaan Pandu Lalu A&W Seremban yang dihidupkan semula adalah sebahagian daripada perancangan besar oleh jenama tersebut untuk pertumbuhan dan perkembangannya di Malaysia, dengan mensasarkan pembukaan lebih 150 cawangan di seluruh Malaysia menjelang 2025.

Gambar : A&W Malaysia

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Jalur Gemilang Gergasi Bangkit Semangat Patriotik Murid SK Seri Pagi

2

Semasa 10 bulan yang lalu

3 Penunggang Motosikal Maut Kemalangan Di Lebuhraya PLUS

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tahan 3 Lelaki Suspek Kes Tetak Di Seremban

4

Selera 1 tahun yang lalu

Mana Mau Makan Pan Mi Halal?

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN