web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


50 Chef Terkenal Sediakan Makanan Untuk Golongan Asnaf

Pada majlis itu, asnaf dari sekitar Kuala Kangsar dan anak-anak dari Madrasah Baituttaqwa Warrahmah, Sik, Kedah, diberi peluang untuk merasai sendiri layanan dan menjamu masakan yang bertaraf hotel.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 Feb 2022 8:59AM

Antara chef dari seluruh negara yang menyertai Program Chef Table bersama Asnaf di Bandar Diraja Kuala Kangsar yang pertama diadakan di Puncak Bougainvilles. Gambar: Ani Awang, Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seramai 50 chef terkenal dari seluruh negara dikumpulkan pada program memasak bagi menyediakan makanan kepada golongan asnaf, miskin dan anak yatim di sebuah kafe di Kuala Kangsar semalam.

Pada majlis itu, 45 orang asnaf dari sekitar Kuala Kangsar dan 30 orang lagi anak-anak dari Madrasah Baituttaqwa Warrahmah, Sik, Kedah, diberi peluang untuk merasai sendiri layanan dan menjamu masakan yang bertaraf hotel.

Pengarah Urusan The Pjoi’s Café Datuk Dr Shahrul Aman Zulkifli, 58, berkata antara chef terkenal yang hadir ialah Chef Azlan Mohamad Ali seorang Master Chef masakan Melayu dari Pusat bagi Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed), Chef Sabri Hassan dan Chef Diraja Brunei Chef Zaini Zainol.

“Program julung kali diadakan ini bertujuan bukan sahaja mengumpulkan chef-chef ternama di restoran ini, tetapi mempunyai pengisian yang lebih bermakna iaitu meraikan asnaf-asnaf,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Chef Table bersama Asnaf di Bandar Diraja Kuala Kangsar, di premis perniagaan itu di sini hari ini.

Dengan tema ‘Antara Masakan dan Kasih Sayang’, Shahrul Aman berkata usaha ini memberi makna yang besar kepada golongan asnaf, terutama mereka yang tidak pernah merasai nikmat sebegini.

Pengarah Urusan The Pjoi's Cafe, Datuk Dr Shahrul Aman Zulkifli (dua, kanan) menyantuni golongan asnaf pada Program Chef Table bersama Asnaf.
Pengarah Urusan The Pjoi's Cafe, Datuk Dr Shahrul Aman Zulkifli (dua, kanan) menyantuni golongan asnaf pada Program Chef Table bersama Asnaf.

“Sesiapa yang dapat makan dengan chef adalah penghormatan yang besar. Kita memberikan golongan asnaf makanan yang disediakan oleh chef ada harga,” katanya.

Beliau yang juga pengasas bersama Pjoi’s berkata selain meraikan asnaf, beliau juga ingin memperkenalkan pembuatan juadah makanan orang Islam, yang bukan sahaja bermutu tinggi dan halal tetapi juga 'toyyiban' yang selaras dengan syarak dan sunnah.

“Kita sediakan makanan seperti kambing bakar, air asam dan nasi, ayam bakar, kuih muih dan buah-buahan untuk dinikmati golongan asnaf.

“Konsep yang saya buat ini sambil mencari rezeki dan sambil kongsi rezeki,” katanya yang membuka Pjoi’s sejak 23 Jan tahun lepas dengan mempunyai 17 orang pekerja.

Pada program itu, seramai 14 kru The Pjoi’s Café diberi sijil perakuan Chef sebagai mengiktiraf karier mereka di dalam bidang sajian makanan dan kulinari, manakala golongan asnaf turut diberikan sumbangan wang tunai. - Bernama

Isu Pada

Mengulit Mimpi, Terapi Diri

26 Feb 2022

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 tahun yang lalu

Masjid, Surau Laksana Pelbagai Inisiatif Santuni Asnaf

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Khairy Jadi Cef Pula? Netizen Puji Versatil, Minta Banyak Video Masak

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Santuni Asnaf Di Pekan

4

TARA 3 tahun yang lalu

Manjakan Diri Dengan Hidangan Teassentials Di W Kuala Lumpur

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN