20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini
Berita Terkini
20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini
Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.
Menikmati hidangan salad yang sama setiap kali berdiet memang mengundang rasa jemu dan akhirnya malas hendak teruskan diet. Jika asyik membeli di tempat yang sama, berapa banyak sangatlah hidangan yang boleh dicuba.
Apa kata sediakan sendiri hidangan salad untuk melengkapi diet harian anda. Sebenarnya banyak resipi yang boleh anda cuba dan tidak susah pun untuk sediakannya.
Namun, kenalah rajin ke pasar raya untuk membeli bahan-bahan yang diperlukan. Apabila semuanya sudah tersedia, barulah semuanya menjadi mudah.
Berikut tiga resipi salad daripada @eatingwell untuk anda cuba sendiri di rumah! Setiap hidangan di bawah 500 kalori.
Gambar: @carson_downing_photography
Salad Greek Bersama Ayam
Bahan-bahan
3 cawan salad romaine dicincang
½ cawan ayam panggang cincang
⅓ cawan kacang kuda (dalam tin) dibilas
⅓ cawan lada benggala merah dicincang
3 sudu besar sos salad (dressing) Greek
2 sudu besar hirisan bawang merah
2 sudu besar buah zaitun
2 sudu besar keju feta dihancurkan (crumble)
Cara penyediaan:
Satukan salad, ayam, kacang kuda dan lada benggala dalam mangkuk sederhana. Masukkan sos salad dan gaulkan sehingga rata. Letakkan bawang, buah zaitun dan keju feta di atasnya dan sedia dihidangkan.
Gambar: @jencausey
Salad Caprese Avokado
Bahan-bahan
3 sudu besar cuka balsamik
2 sudu besar minyak zaitun extra-virgin
½ sudu teh garam
½ sudu teh serbuk lada hitam
1 ½ cawan tomato ceri pelbagai warna, dibelah dua
2 biji avokado masak, dipotong dadu
113 gram bebola kecil keju mozzarella segar
½ cawan daun selasih segar
Cara penyediaan:
Gaulkan cuka, minyak, garam dan lada sulah bersama dalam mangkuk kecil. Satukan tomato, avokado, dan keju mozzarella di dalam mangkuk besar. Tambah campuran sos bersama daun selasih dan gaul rata. Sedia dihidangkan.
Gambar: @jason_donnelly_photography
Power Salad Bersama Ayam
Bahan-bahan
¼ cawan minyak zaitun extra-virgin
3 sudu besar jus lemon
1 ulas bawang putih diparut
½ sudu teh oregano kering
½ sudu teh gula
¼ sudu teh garam
¼ sudu serbuk lada hitam
4 cawan salad selada dikoyak kecil
4 cawan bayam kecil (baby spinach)
2 cawan hirisan ayam yang telah dimasak
1 cawan tomato anggur dibelah dua
1 cawan timun dibelah dua dan dihiris
½ cawan bawang merah yang dihiris
⅓ cawan hirisan pepperoncini (lada Greek atau tukar dengan lada pilihan anda sendiri)
⅓ cawan keju feta hancur (crumble)
2 sudu besar biji bunga matahari panggang tanpa garam
Cara penyediaan:
Campurkan minyak zaitun, jus lemon, bawang putih, oregano, gula, garam dan lada ke dalam mangkuk besar dan pukul hingga rata. Tambahkan salad, bayam, ayam, tomato, timun, bawang dan pepperoncini. Gaul rata dan hidangkannya dengan menabur keju feta dan biji bunga matahari.
Selamat mencuba dan moga berjaya menyingkirkan lemak di badan. - Getaran, 21 Februari 2022
Berita Berkaitan
1
Semasa2 tahun yang lalu
Bekalan, Harga Ayam Terkawal - MyCC
2
Semasa2 tahun yang lalu
Subsidi Ayam Tamat Rabu, Subsidi Telur Diteruskan - Menteri
3
Semasa2 tahun yang lalu
Tarikh Laksana Pengapungan Harga Ayam, Telur Diumum 30 Oktober - Menteri
4
Semasa2 tahun yang lalu
Harga Ayam Naik? Tiada Laporan Kekurangan Bekalan Diterima Di Peringkat Ladang - DVS
Langgani Berita Terkini
Dapatkan berita generasi baharu. Ambil tahu kisah kejadian terkini dengan segera.
Sorotan
1
Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000
2
Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan
3
Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan
4
PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok
5
PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR
6
Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ
Popular Sekarang
Semasa1 hari yang lalu
Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan
Semasa1 hari yang lalu
Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan
Semasa1 hari yang lalu
Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam
Semasa2 hari yang lalu
Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan
Disyorkan untuk anda
Gaya18 jam yang lalu
Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan