Berita Terkini

21 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Ngulang Kopitiam Bagai Melangkah Ke Era 40-an

Dekorasi Ngulang Kopitiam pasti menarik perhatian kerana setiap ruang dihiasi dengan barangan antik selain pelanggan disajikan dengan halwa telinga lagu-lagu klasik era 40-an, 50-an dan 60-an.

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2022 4:08PM

Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dari jauh sebuah rumah kayu setingkat bertangga batu kelihatan sama seperti rumah kampung lain, namun sebaik melangkah masuk ia adalah sebuah kopitiam yang membawa pelanggan ke zaman 1940-an.

Dekorasi Ngulang Kopitiam pasti menarik perhatian kerana setiap ruang dihiasi dengan barangan antik selain pelanggan disajikan dengan halwa telinga lagu-lagu klasik era 40-an, 50-an dan 60-an yang mengimbau kenangan seolah berada di set pengambaran filem seniman Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Menurut pemilik Ngulang Kopitiam, Sharifah Faezah Syed Khecik Al Kadri, dia mula mengumpul barangan antik sejak berumur 20 tahun dan selepas bersara sebagai kakitangan kerajaan dia mula membuka kopitam dengan menu klasik hasil air tangan sendiri.

“Saya minat kumpul barang antik sejak dari dahulu masa mula-mula kahwin lagi. Saya sanggup merantau hampir ke seluruh negara antaranya Kelantan, Johor dan Melaka bagi mendapat koleksi barangan antik dan mencuba pelbagai menu makanan di kopitiam.

“Satu hari anak-anak saya tanya apa yang ingin saya lakukan dengan koleksi barangan antik. Maka dari situlah saya mendapat idea untuk membuka kopitiam pada 18 Januari dan Alhamduillah sambutan diterima sangat luar biasa hingga saya tidak menang tangan melayan pelanggan yang datang tidak putus-putus,” kata wanita berusia 60 kepada Bernama di Kampung Ngulang, Padang Besar semalam.

Sharifah Faezah berkata antara menu popular di Ngulang Kopitiam adalah laksa nyonya, lontong, roti bakar Kluang, pulut, nasi dagang dan banyak lagi.

“Saya masak sendiri semua menu bagi menjaga mutu masakan,” kata ibu kepada empat orang anak itu.

Pesara kerajaan yang dibantu oleh suaminya Hamzan Darus, 60, berazam untuk memperbaiki mutu makanan dan perkhidmatan terlebih dahulu sebelum merancang untuk meluaskan perniagaan.

“Buat masa ini cukup apa yang ada, yang penting bagi saya adalah kepuasaan pelanggan kerana ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk ke Ngulang Kopitiam,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Perlis Akan Cadang Pintu Sempadan Padang Besar Dibuka Hingga 12 Tengah Malam

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Kastam Perlis Rampas Ketum, Kanabis Bernilai Lebih RM64,000

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Polis Rampas 528kg Dadah Bernilai RM19 Juta Di Padang Besar

4

Jelajah 3 bulan yang lalu

Pasar Jalan Pasola Kembalikan Nostalgia Melayu Klasik

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

3 Rakyat Malaysia Kayuh Basikal Tiba Di Madinah

Gaya 1 hari yang lalu

Diskaun Sana-sini, Peluang Tambah Koleksi Baju Raya Ke Rumah Terbuka

Syawal adalah masa terbaik untuk menambah koleksi baju raya memandangkan banyak potongan harga yang ditawarkan.

oleh Rahayu MN

Gaya 41 minit yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

Ia datang dalam bentuk set 2 dalam 1 iaitu syiling yang diperbuat dengan perak sterling berwarna dan emas Nordic Brilliant Uncirculated.

oleh Fida Ruzki

Refleksi 16 jam yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

oleh Rahayu MN