web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jaga Kesihatan Hati Dengan Ginseng Korea

Bukan setakat sebagai makanan, bahkan ginseng Korea juga dipercayai mempunyai pelbagai manfaat kesihatan.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2021 9:06AM

Ginseng Korea

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pernah dengar tentang ginseng Korea? Mesti pernah bukan. Maklumlah tanaman ini merupakan salah satu herba yang cukup popular. Bukan setakat sebagai makanan, bahkan ginseng Korea juga dipercayai mempunyai pelbagai manfaat kesihatan.

Ekstrak ginseng Korea sering ditemui di dalam suplemen, teh, atau produk kecantikan di pasaran.

Gambar hiasan, Unsplash
Gambar hiasan, Unsplash

Baru-baru ini, Korea Ginseng Association mengumumkan bahawa ginseng Korea telah didaftarkan sebagai ramuan berfungsi untuk meningkatkan kesihatan hati oleh Kementerian Keselamatan Makanan dan Ubat-ubatan negara terbabit.

Istilah ‘ramuan berfungsi’ merujuk kepada sifat makanan atau ramuan yang diiktiraf oleh Kementerian Keselamatan Makanan dan Ubat-ubatan, sebuah agensi kerajaan negara yang memantau keselamatan makanan dan ramuan kesihatan di Korea Selatan.

Pengiktirafan oleh Kementerian Keselamatan Makanan dan Ubat-ubatan terhadap ginseng Korea sebagai 'ramuan berfungsi untuk meningkatkan kesihatan hati' adalah berdasarkan kepada kajian klinikal yang dijalankan oleh Geumsan Ginseng Herb Industry Promotion Institute selama lima tahun 

Pasukan penyelidikan ini memberi ekstrak ginseng sebanyak 2.4g sehari selama 12 minggu kepada 60 orang lelaki dan wanita berumur di antara 19 dan 70 tahun yang mana paras hati mereka agak tinggi sedikit berbanding julat normal.

Selepas 12 minggu, ALT (liver enzyme alteration) yang meningkat dengan sel hati yang rosak, menurun sebanyak 15.67%.

Di samping itu, dalam kes penyakit hati berkaitan alkohol atau penyakit saluran hempedu, gamma-glutamyl transferase turut menurun sebanyak 5.93%, lantas menunjukkan peningkatan yang ketara. 

Hasil daripada kajian ini, faedah-faedah kesihatan ginseng Korea yang diiktiraf secara rasmi meningkat kepada empat faktor-- kesihatan tulang yang lebih baik, sistem imun, pemulihan kelesuan dan kesihatan hati.

Para penyelidik mendapati bahawa memanaskan saponin ginseng dari masa ke masa dapat menghasilkan saponin dan sebatian gula amino seperti ginsenosida Rg3, Rg5 dan Rk1. 

Gambar hiasan, Pexels
Gambar hiasan, Pexels

Komponen-komponen ini menunjukkan kesan-kesan yang sangat baik dalam aktiviti bersifat anti oksida, anti kanser, peningkatan peredaran darah dan peningkatan daya ingatan.

Khususnya, komponen polisakarida dalam ginseng diketahui bermanfaat dalam meningkatkan sistem imun.

Presiden Korea Ginseng Association, Ban Sang-bae, dalam satu kenyataan berkata, "Memandangkan ginseng Korea didaftarkan secara rasmi sebagai ramuan berfungsi kesihatan oleh Kementerian Keselamatan Makanan dan Ubat-ubatan, kemungkinan untuk membangunkan pelbagai makanan berfungsi kesihatan menggunakan ginseng dan cara untuk meningkatkan kebolehgunaan telah bermula.

"Saya harap ramai orang akan mengambil kesempatan daripada manfaat ginseng untuk menjaga kesihatan hati," ujar beliau.

Korea Ginseng Association ialah sebuah syarikat di bawah bidang kuasa Kementerian Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar Republik Korea.

Penubuhannya adalah untuk menggalakkan pembangunan industri ginseng yang sihat, demi mengglobalkan ginseng Korea. Anda boleh menemui maklumat terperinci mengenai ginseng Korea di laman sesawangnya. 

Sumber dan gambar: The Korea Ginseng Association

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia Bergaya Melangkah Ke Suku Akhir

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Kedah Mahu Bina LRT Di Langkawi

4

Refleksi 2 tahun yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN