Berita Terkini

8 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Seputar Selera Minggu Ini

Mari kita intai apa yang ditawarkan Big On Joy sempena hari Natal, Taste Australia memperkenalkan buah-buah musim panas dari Australia, perisa terbaharu gabungan minuman Tealive bersama biskut Famous Amos dan juga aneka kek dan hadiah yang ada di EatCakeToday.com

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2021 2:55PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seputar selera minggu ini menampilkan beberapa lagi perkembangan terbaharu dunia makanan. Antaranya menu yang ditawarkan oleh Big On Joy yang berkonsepkan hadiah sempena Hari Natal.

Seterusnya, perkenalan jenama Taste Australia yang membekalkan buah-buahan musim panas dari Australia yang kini boleh didapati di Malaysia, perisa terbaharu daripada gabungan minuman Tealive bersama biskut Famous Amos dan juga aneka kek dan hadiah yang ada di EatCakeToday.com 

Big On Joy

Sempena sambutan Hari Natal, Big On Joy memperkenalkan BIG Group’s Christmas 2021 Collection yang menawarkan hidangan menarik kepada pelanggan.

Antara menu menarik yang ditawarkan ialah makanan laut Australia, ayam panggang, aneka kek dan biskut serta pelbagai sajian khas pada Hari Natal tahun ini. Konsep makanan yang ditampilkan akan membuatkan anda merasai pengalaman berharga sambil menikmati hidangan bersama teman dan keluarga.

Diinspirasikan oleh tradisi percutian keluarga Benjamin Young yang juga Ketua Pegawai Makanan The Big Group, Big On Joy menawarkan hidangan yang besar untuk dijadikan sebagai hadiah, perayaan besar, jamuan dan hidangan pencuci mulut.

Tambahan pula, konsep ini membolehkan para tetamu bergembira menikmati makanan berkhasiat tanpa perlu memasak di dapur. Anda juga boleh memesannya melalui https://bigonjoy.bigappetite.co.

Buah-buahan musim panas Taste Australia

Taste Australia, jenama dari Australia yang membekalkan buah-buahan musim panas hasil daripada tuaian premium kini sudah boleh didapati di Malaysia. Mereka menawarkan buah-buahan musim panas yang segar seperti pic, nektarin, apricot, ceri dan plum.

Buah-buahan yang penuh dengan vitamin C ini sesuai digabungkan atau dihiaskan di atas pai, tart atau pencuci mulut. Taste Australia juga mengadakan peraduan khas yang berkonsepkan Bakul Kegembiraan Musim Panas.

Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia untuk menunjukan daya kreatif masing-masing dengan cara menyusun bakul buah menggunakan mana-mana satu buah musim panas dan hantar gambar menerusi laman sosial Taste Australia.

Hadiah merupakan wang tunai RM 200 atau baucer pasaraya. Peraduan bermula 19 Disember ini hingga 26 Februari 2022. Segala maklumat lanjut berkaitan produk ini boleh dilayari di laman sesawang Taste Australia.

Kolaborasi Tea Live dan Famous Amos

Tea Live mengadakan kolaborasi pintar bersama jenama biskut popular Famous Amos baru-baru ini. Biskut dan minuman yang sering kali dilihat di kedai atau kiosk di pusat beli-belah ini telah mengeluarkan empat perisa baharu yang menjadi bualan ramai.

Menu yang dihasilkan ialah Famous Coco Lava yang berharga RM9.34, Famous Coco Smoothie (RM11.23), Famous Coco Toffee (panas) (RM10.28) dan Famous Vanilla Smoothie (RM11.23).

Salah satu perisa iaitu Famous Coco Lava yang mengandungi air coklat bersama dengan cairan coklat lava pada bahagian tepi cawan akan ditabur bersama kepingan biskut yang rangup. Manakala untuk Famous Coco Smoothie pula ia adalah  minuman dalam bentuk ais kisar atau  ice blended.

Bagi minuman jenis smoothie, disarankan untuk membuat permintaan kurang gula kerana gabungan rasa manis pada biskut sudah mengeluarkan rasa yang enak dan luar biasa. Perisa yang menarik ini adalah edisi terhad, maka jangan lepaskan peluang untuk mencuba menu baharu daripada Tea Live di kawasan terdekat anda.

Kemeriahan Hari Krismas Bersama EatCakeToday.com

Sempena Hari Krismas 2021, Eat Cake Today telah mengeluarkan pelbagai set hadiah dan sajian yang menarik 'Christmas Treats and Gifts' untuk memenuhi keperluan keluarga serta rakan-rakan. Antara kek yang ditawarkan oleh Eat Cake Today dalam promosi ini adalah, kek yang bertemakan Krismas, seperti Kek Log Krismas, Kek Jeli Krismas, 'Christmas Platter', belon Krismas dan aneka gubahan bunga.

Kesemua produk ini boleh ditempah melalui laman web Eat Cake Today. Penghantaran dibuat terus ke rumah tanpa sebarang masalah. Para pelanggan juga boleh membuat pilihan pra-tempahan sehari sehingga tiga hari lebih awal dan boleh juga membuat tempahan seawal empat jam sebelum untuk memudahkan penghantaran. Harga bagi set promosi ini bermula serendah RM22 sehingga RM250 untuk setiap pembelian tidak termasuk caj penghantaran. Jadi tunggu apa lagi? Jika anda peminat kek dan manisan rebutlah peluang ini. - Getaran, 20 Disember 2021



Gambar: Jenama Terbabit

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Makanan Di Gaza Tidak Mencukupi - Agensi PBB

2

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Jom Makan-Makan Di Ipoh? Wajib Cuba 4 Restoran Ini!

3

TARA 6 bulan yang lalu

Resipi Berzaman Lahirkan Perpaduan

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Makanan Macam 'Goodies' Majlis Kahwin, MAB Jadi Bahan Lawak Penumpang

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Jelajah 22 jam yang lalu

Wau LED Hiasi Langit Malam Kampung Panchor 

oleh Rafisqi Radhi

Selera 1 hari yang lalu

Ketupat Mohd Zaim, Tak Perlu Tunggu Hari Raya

Refleksi 1 hari yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

Selain acara rewang di PPR Lembah Subang 2, Mydin juga mengagihkan 150 set bantuan Kotak MYDIN Prihatin yang bernilai sehingga RM60

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Lebih 10,000 Kad Raya Menghiasi Pusat Beli-Belah The Curve, Hidupkan Nostalgia Hari Raya

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran