Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kafe Merah Jambu Pikat Pandangan Mata Dan Selera

Ini kisah sebuah kafe merah jambu di Shah Alam. Sentiasa dipenuhi pelanggan dan pelbagai jenis kek dan pastri enak.

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2021 8:39AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap kali melintasi deretan kedai di Seksyen 3, Shah Alam, pandangan mata penulis pasti tertumpu kepada sebuah kafe merah jambu yang menarik pandangan mata.

Mana tidaknya, selain warnanya yang menangkap mata, ada juga sebuah kereta merah jambu yang diletak di depan kafe. “Pasti empunya pemilik kafe ini,”  getus penulis.

Kira-kira dua minggu lalu, penulis akhirnya berkesempatan singgah di kafe ini. Penuh, tiada satu pun meja dan kerusi yang tersedia untuk penulis melabuhkan punggung biarpun hari ini itu adalah hari bekerja.

Jadi, mahu tidak mahu penulis buat keputusan untuk bungkus dan bawa pulang. 

Kaki terus melangkah ke rak pameran yang dipenuhi dengan pelbagai jenis roti.

Wah! Comel-comel dan nampak menyelerakan. Menjenguk ke kaunter utama, terlihat pelbagai jenis kek, tart buah-buahan dan deretan bomboloni. Semuanya memanggil-manggil untuk dibawa pulang.

Biarpun rambang mata, penulis membeli beberapa jenis tart, kek mentega dan bomboloni strawberi dan bluberi. Dek tidak dapat menahan selera, sebaik sahaja sampai di rumah, penulis terus membancuh seteko teh untuk dinikmati bersama belian tadi.

Lulus! Semuanya menepati selera. Walaupun harganya murah, nikmat rasanya tidak mengecewakan.

Dipendekkan cerita, penulis menghubungi pihak kafe dan akhirnya dapat mengatur temu janji untuk bertemu dengan pemilik kafe merah jambu atau lebih tepat lagi, Zalynz Oven.

Rupanya-rupanya pemiliknya adalah blogger dan pengajar kelas bakeri online popular, Zalina Zainal atau lebih mesra disapa sebagai Cikgu Lin.

Kehadiran team Getaran disambut mesra oleh Cikgu Lin yang sudah bersedia dengan hidangan yang perlu kami cuba.

Wah! Kami tak terkata apabila hidangan dibawa keluar. Semuanya nampak cantik dan menyelerakan. Sementara menunggu jurufoto merakam foto yang diperlukan, penulis berbual-bual dahulu dengan Cikgu Lin.

 

Kafe dibuka ketika pandemik

“Kafe ini dari A hingga Z adalah cetusan idea saya sendiri. Saya suka mengunjungi kafe yang punya dekorasi menawan, sambil menikmati hidangan minum petang.

“Dalam masa yang sama, saya juga merupakan pengajar kelas online untuk membuat pastri, kek dan juga kuih-kuih Melayu. Sebab itu, orang mengenali saya sebagai Cikgu Lin.”

Zalina Zainal atau lebih dikenali sebagai Cikgu Lin
Zalina Zainal atau lebih dikenali sebagai Cikgu Lin

“Saya sudah lama dalam bidang ini, iaitu sejak tahun 2006 setelah meninggalkan dunia perbankan. Sebelum adanya kafe ini, saya hanya buat jualan di hadapan rumah dan secara dalam talian.

“Apabila permintaan pelanggan semakin meningkat, saya nekad untuk membuka kedai kerana ia memang impian saya dari dahulu lagi,” ujar Cikgu Lin berkongsi cerita.

Mengulas tentang pemilihan tema merah jambu, Cikgu Lin tanpa teragak-agak mengakui ia adalah warna kegemarannya.

Selain minat, dia percaya warna kegemaran ramai wanita ini boleh menyuntik mood gembira apabila pelanggan menjamu selera di kafe yang mula beroperasi pada musim pandemik tahun lalu. 

Dalam masa yang sama, Cikgu Lin sempat memberitahu salah satu sebab dia menjual makanannya pada harga murah adalah kerana dia mahu memberi peluang kepada orang ramai untuk menikmati hidangan hi-tea pada harga yang berpatutan.

“Bukan semua orang mampu untuk menikmati set hidangan hi-tea di hotel atau kafe-kafe mewah, jadi saya mahu beri peluang ini kepada mereka.

“Zalynz Oven tidak menjual hidangan hi-tea secara set, sebaliknya pelanggan boleh ‘mix and match’ ikut kegemaran sendiri. Jadi mereka boleh sesuaikan ikut bajet mereka sendiri,” ulas Cikgu Lin.

Jika sudah sampai ke Zalynz Oven, ada beberapa menu yang harus anda cuba seperti sup cendawan yang dihidang bersama roti bawang putih, tart lemon, éclair, skon, macaron, kek mentega dan bomboloni.

Kesemua hidangan ini ‘laku keras’ dan selalunya akan habis dijual pada penghujung hari atau lebih awal lagi. 

Oh ya! Fakta penting mesti tahu ialah, walaupun harga makanan di sini murah berbanding kafe-kafe hipster lain, tetapi jangan salah sangka, Cikgu Lin tetap menggunakan produk-produk premium untuk semua resipinya. Tiada kompromi!

Jadi, jika anda punya rencana untuk minum petang hari ini, panjangkanlah langkah ke Zalynz Oven yang terletak di No. 10, Jalan Cendana 3/13b, Seksyen 3, Shah Alam, Selangor.

Kafe ini beroperasi dari Selasa hingga Ahad, dari jam 10 pagi hingga 8 malam.

Di sini juga, Getaran sertakan satu resepi lazat daripada Cikgu Lin.

 

Tart Keju Nutella (75 biji)

Bahan doh tartlet:

500 gm tepung gandum

250 gm mentega didadu kecil

125 gm gula icing

50 gm telur

1 sudu teh esen vanila

Bahan inti krim keju:

250 gm cream cheese

50 gm gula icing (diayak)

20 gm telur yang telah dipukul (atau boleh tambah sedikit sedikit mengikut kesesuaian)

½ sudu teh esen vanila

Cara penyediaan doh:

1. Masukkan tepung ke dalam bekas yang sesuai dan ayakkan gula icing ke dalamnya.

2. Masukkan mentega dan ramas semua bahan hingga menjadi serbuk roti.

3. Masukkan telur dan esen vanila dan uli hingga menjadi doh licin dan tidak melekat di tangan.

4. Bungkuskan doh dan simpan dalam peti sejuk semalaman (minimum 2 jam).

5. Bentukkan doh ke dalam acuan tart. Cucuk doh dengan garfu.

6. Bakar selama 25 minit pada suhu 180 darjah celcius atau hingga nampak keperangan.

Cara penyediaan krim keju:

1. Putar krim keju hingga licin dan sekata.

2. Masukkan gula icing yang telah diayak. Pukul lagi hingga licin.

3. Masukkan telur dan esen vanila. Putar lagi dan kaup balik adunan. Angkat spatula dan buat pengiraan 1 hingga 10. Jika adunan masih agak pekat, masukkan sedikit demi sedikit baki telur tadi. Adunan krim keju haruslah tidak terlalu cair.

4. Masukkan Nutella ke dalam kulit tart.

5. Paipkan krim keju di atasnya. Bakar selama 12 minit pada suhu 180 darjah celcius atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.

6. Apabila sudah masak, biarkan tart menyejuk dahulu sebelum paipkan Nutella di atas keju dan taburkan cip coklat untuk hiasan. - Getaran, 22 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Ditinggal Ibu Dalam Kereta, Kanak-Kanak 5 Tahun Disahkan Maut

2

Jelajah 4 bulan yang lalu

Immersive Winterland, Tarikan Terbaharu Di i-City Shah Alam

3

Kisah Kita 4 bulan yang lalu

Dyslexia Cafe MY Bantu Tingkat Kesedaran Tentang Disleksia

4

Selebriti 7 bulan yang lalu

 Cawangan Ke-10 Kafe Chef Wan Bakal Bertapak Di KLIA

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi