Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Adakah Ikan Siakap Bagus Untuk Kesihatan?

Selera minggu ini berkongsi kebaikan ikan Siakap dan resipi enak yang boleh anda cuba di rumah.

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2021 2:46PM

Gambar: Patrick Browne, Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penggemar siakap seharusnya tahu ikan ini mempunyai banyak manfaat. Sama ada ikan siakap laut atau air tawar, satu hidangan (100 gram) adalah rendah kalori dan merupakan sumber protein, selenium dan asid lemak omega-3 yang sangat baik.

Menurut data US Department of Argiculture (USDA), walaupun kedua-dua jenis ikan ini mengandungi nutrisi yang sama, namun jumlahnya berbeza-beza seperti vitamin B12 dan B6. 

Siakap laut mempunyai 16 gram protein manakala siakap air tawar mengandungi 20 gram protein dalam setiap hidangan yang bersaiz kira-kira 85 gram, iaitu 40 peratus daripada nilai harian yang diperlukan oleh tubuh badan.

Selain itu, siakap laut juga adalah sumber yang kaya dengan vitamin B6, di mana kandungan ini tiga kali lebih banyak daripada ikan siakap air tawar. Walau bagaimanapun, siakap air tawar mengandungi 77 peratus lebih vitamin B12.

Biarpun kaya dengan protein dan vitamin, ikan yang sedang hangat diperkatakan ini juga mengandungi merkuri yang tidak baik terhadap kesihatan. Namun, kandungan merkurinya di tahap sederhana dan anda masih boleh menikmatinya.

Akan tetapi wanita hamil dan kanak-kanak harus mengehadkan jumlah pengambilan atau dapatkan nasihat doktor sebelum menikmatinya.

Di sini Getaran kongsikan satu resipi ikan siakap yang dimuat naik oleh goodmoodfood.uk untuk anda masak sendiri di rumah. Hidangan ini pasti menyelerakan dan lebih menjimatkan!

Kari Ikan Siakap

Bahan-bahan

2 keping isi ikan siakap

2 sudu besar minyak zaitun

10 ekor udang bersaiz besar

1 sudu besar minyak sayuran

1 biji bawang besar, dihiris halus

Seinci halia diparut

3 ulas bawang putih ditumbuk

2 sudu besar sos ikan

1 biji cili merah, dihiris halus (dibuang biji untuk kurangkan pedas)

2 batang serai, dibelah dua dan ditumbuk

1 sudu besar penuh serbuk kari 

1 sudu kecil serbuk kunyit

1 sudu besar penuh gula perang 

Segenggam daun ketumbar, (hiris batangnya sahaja)

Santan 400 gram 

1 biji limau nipis, dibelah dua

Nasi putih untuk dihidangkan bersama

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak di dalam kuali besar di atas api sederhana. Tumiskan bawang sehingga keperangan kira-kira 5 minit.

2. Dalam masa yang sama, panaskan gril pada suhu sederhana. Letakkan isi siakap di atas dulang pembakar dan sapu sedikit minyak zaitun di kedua-dua belah.

3. Besarkan api sedikit, masukkan halia, bawang putih, sos ikan, cili dan serai. Masak selama 2 minit.

4. Masukkan serbuk kari, kunyit dan gula perang. Kacau sehingga sebati.

5. Apabila campuran bahan-bahan tadi sebati, masukkan batang ketumbar dan santan. Tambahkan sedikit air iaitu kira-kira ¼ daripada jumlah santan tadi dan kacau sehingga mendidih.

7. Sementara itu, panggang ikan siakap selama 6 minit kemudian terbalikkannya dan masak selama 6 minit lagi sehingga kulitnya keemasan.

8. Masukkan udang ke dalam kari dan perahkan separuh limau nipis. Tutup kuali dan reneh selama 5 minit lagi sehingga udang bertukar warna (masak).

9. Letak ikan siakap ke dalam kuah kari dan hidangkan bersama nasi. Perahkan lebih banyak limau nipis dan taburkan daun ketumbar untuk membangkitkan rasa.

Selamat mencuba!

Sumber: U.S. Department of AgricultureOne Medical  

Berita Berkaitan

1

TARA 8 bulan yang lalu

2 Resipi Mudah Untuk Dicuba Di Hujung Minggu

2

Selera 11 bulan yang lalu

Nak Tukar Selera? - Ayuh Cuba 2 Resipi Mudah Berasaskan Sup Oden Untuk Tukar Selera

3

Semasa 11 bulan yang lalu

‘Terima Kasih Gordon Ramsay, Datang Malaysia Nanti Saya Bagi Sambal’

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Khairy Jadi Cef Pula? Netizen Puji Versatil, Minta Banyak Video Masak

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini