web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kisah Tuah Resipi Nasi Ayam Keluarga

Walaupun dilanda ‘badai’ COVID-19, Nor Suhaili Abdullah tidak berputus asa dan terus cekal mengusahakan perniagaan Nasi Ayam Percik Thai yang telah wujud sejak 11 tahun lalu.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2021 2:31PM

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pandemik COVID-19 telah memberi kesan kepada golongan peniaga di seluruh negara dan tempias itu turut dirasai usahawan kecil-kecilan di Sarawak apabila perniagaan mereka merudum teruk.

Turut merasai kesan pandemik COVID-19 ialah Nor Suhaili Abdullah, 45, yang menjalankan perniagaan Nasi Ayam Percik Thai.

Sebelum wabak pandemik COVID-19 melanda negara tahun lalu, ibu kepada tiga cahaya mata itu boleh tersenyum dengan hasil jualannya yang mencecah RM400 sehari di gerai tepi jalan di Desa Ilmu, Kota Samarahan, Sarawak.

Namun, sejak COVID-19 hasil jualannya merosot 50 peratus.

Di sebaliknya kemerosotan jualan, dia bagaimanapun tetap gigih demi mempertahankan perniagaan yang diusahakan. 

Nor berkata, walaupun hasil jualan jauh berkurangan, dia tetap bersyukur kerana masih mampu bertahan sejak mula mengusahakan gerai tersebut pada tahun 2010 dengan menggunakan simpanan sendiri.

“Saya berusaha sedaya upaya untuk memastikan baki lima pekerja yang ada ini tetap memperoleh upah masing-masing, malah harga makanan juga masih kekal pada RM6.50 sebungkus.

"Saya berterima kasih kepada Yayasan Vinod Sekhar yang tampil dengan inisiatif membantu golongan peniaga kecil, menerusi program #PetraKasih ini. Sekurangnya-kurangnya ia dapat membantu peniaga kecil melonjakkan kembali jualan mereka," katanya kepada Getaran.

Yayasan Vinod Sekhar menerusi inisiatif #PetraKasih membeli secara borong Nasi Ayam Percik Thai untuk diagihkan kepada penduduk sekitar yang secara tidak langsung membantu mempromosi juadah berkenaan.

Kesemua bungkusan makanan tersebut diagihkan kepada jemaah masjid Desa Ilmu, surau Samarindah dan petugas Jabatan Penerangan Samarahan di sini baru-baru ini.

Mengulas mengenai Nasi Ayam Percik Thai yang diusahakannya, Nor yang berasal dari  Pengkalan Hulu, Perak, tidak menyangka resipi turun-temurun keluarga berasal dari Thailand itu mendapat sambutan luar biasa di Bumi Kenyalang.

Dia berpindah ke sana mengikut suami yang bertugas sebagai anggota tentera berpindah ke Sarawak.

"Pada mulanya saya hanya menjalankan perniagaan bagi membantu suami menambah pendapatan keluarga di Bazar Ramadan Desa Ilmu selama dua tahun, sebelum berpindah di tapak kekal di Lorong 10 Desa Ilmu sejak lapan tahun lalu.

"Selepas menerima sambutan luar biasa daripada pelanggan, saya tidak menoleh ke belakang lagi dan mula mengusahakannya secara serius," jelasnya.

Kata Nor, keistimewaan Nasi Ayam Percik Thai itu terletak pada keenakan sambal dan ramuan rempah khusus bagi menghasilkan kuah khas sebagai pelengkap juadah.

"Nasi Ayam Percik Thai dibuat menggunakan ayam goreng dan nasi kunyit yang baik untuk kesihatan.

"Ia dilengkapi dengan dua jenis sambal dan satu kuah bagi menghasilkan empat rasa pada makanan ini iaitu pedas, masam, manis dan lemak yang cukup menyelerakan," katanya. 

Dia yang memulakan perniagaan mulai jam 11 pagi hingga 8 malam setiap hari berkata, Nasi Ayam Percik Thai itu mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat pelbagai kaum dan agama, malah turut memiliki pelanggan tetap setiap hari. 

"Syukur Alhamdulillah, berkat kegigihan menjalankan perniagaan dan hasil yang diperoleh dapat mengubah nasib keluarga.

"Yang paling menggembirakan ialah hasrat membawa enam ahli keluarga mengerjakan ibadah umrah hasil berniaga dapat dilaksanakan pada tahun 2016 lalu. 

"Saya bercadang untuk membesarkan lagi perniagaan ini dan memiliki premis tetap jika mempunyai rezeki yang lebih pada masa akan datang,” kata Nor menutup bicara.  - Getaran, 20 September 2021

#PetraKasih adalah sebuah inisiatif di bawah Yayasan Vinod Sekhar (Vinod Sekhar Foundation) untuk membantu para peniaga kecil di luar sana. Setiap minggu, kami di Getaran akan berkongsi kisah peniaga yang berbeza. Jika anda kenal peniaga kecil di kawasan anda dan rasa mereka layak untuk dipaparkan, anda boleh hubungi kami di alamat emel [email protected]

Semua gambar: Rosli Amit

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

3

Politik 1 bulan yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Sarawak Terima MyKad Selepas Penantian 33 Tahun

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan