web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tamat Program Resipi Berani Maggi, 3 Wanita Ini Sedia Luaskan Perniagaan

Program ini turut mengajar para wanita di luar sana untuk mencabar diri sendiri dan keluar daripada zon selesa.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Sep 2021 4:19PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siri realiti TV ‘Resipi Berani Maggi’ yang berlangsung selama enam episod telah melabuhkan tirainya, menyaksikan semangat dan kemampuan wanita untuk mengasah bakat bagi meluaskan perniagaan mereka.

Nur Hidayah Jeffri, Bibiaminani Abdul Ghani dan Mazzaton Miza berkongsi perasaan dan pengalaman masing-masing sepanjang program ini berlangsung.

Hampir 1000 penyertaan diterima, namun mereka merupakan antara peserta yang terpilih untuk dibimbing secara eksklusif oleh mentor yang juga merupakan selebriti dan usahawan terkenal seperti Sheila Rusly, Datin Paduka Eina Azman dan Anne Idris.

“Sebelum ini, saya senang berada di dalam zon selesa. Namun sejak pandemik, saya kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan. Keluarga adalah sebab utama kenapa saya melangkah ke depan dan menyertai rancangan ini. 

“Dengan bengkel yang saya hadiri, ia sebenarnya mengasah keberanian, kesabaran, minat dan kesungguhan untuk menyelesaikan setiap cabaran dan tugasan yang diberikan,” kata Miza bercerita panjang mengenai tujuan asal menyertai ‘Resipi Berani Maggi’.

Ketiga-tiga mentor memberikan cara yang berbeza dalam berkongsi ilmu dan kemahiran kepada peserta. 

“Kalau Anne Idris, beliau mengajar kami bagaimana caranya untuk membuat perancangan perniagaan yang sesuai dengan bisnes yang kami usahakan.

“Eina Azman pula berkongsi tentang bagaimana untuk meletakkan nilai personaliti kita di dalam produk. Manakala Sheila Rusly pula berkongsi cara untuk mengimbangi antara personaliti dan juga produk yang ingin kita jual,” ujar Bibi pula.

Bercerita tentang perancangan mereka selepas ini, ketiga-tiga mereka mempunyai impian dan perancangan besar untuk melebarkan sayap perniagaan. 

“Maggi telah memberi saya peluang serta mengajar cara untuk memasarkan produk. Oleh itu, saya akan menggunakannya untuk membesarkan perniagaan saya,” kata Hidayah yang juga sangat minat memasak dan tertarik memulakan perniagaan berasaskan makanan.

“Saya pula ingin menggunakan ilmu media sosial untuk menjual produk dan barangan saya,” celah Miza pula yang sebelum ini pernah bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi.

“Saya akan melakukan penjenamaan semula produk untuk memenangi kepercayaan pembeli,” sambung Bibi pula yang menjual pes makanan berempah seperti masak ungkep, rendang, asam pedas, lemak cili padi dan sebagainya.

Mereka turut menggalakkan wanita di luar sana untuk mengejar impian masing-masing dan jangan berputus asa. 

“Saya hanya mempunyai RM50 semasa mula-mula berniaga. Saya buat salah dan saya belajar dari kesilapan itu. Jadi, jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru,” kata Bibi sebelum menutup temu ramah. - Getaran, 7 September 2021

Gambar: Ihsan Maggi

Berita Berkaitan

1

Usahawan 2 bulan yang lalu

Capal Jago Kepala Batas: Warisan 6 Dekad Jadi Pilihan PM

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

3

Usahawan 1 tahun yang lalu

Kedai Kopi Jalan Ampas Imbau Nostalgia Filem Melayu Lama

4

Usahawan 2 tahun yang lalu

Pengusaha Harumanis Tak Menang Tangan Penuhi Permintaan Pelanggan

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN