web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Menu Pilihan Isnin Hingga Jumaat

Ini khas buat anda yang sentiasa sentiasa bertanya, "Mahu makan apa hari ini?" Kami senaraikan lima cadangan untuk makan tengah hari, makan malam atau minum petang minggu ini.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2021 9:11AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Apa yang hendak dimakan untuk makan tengah hari, makan malam atau minum petang hari ini ya?

Mungkin itu persoalan yang sedang bermain di fikiran anda ketika ini. Dengan tugasan pejabat yang menimbun, mana mungkin anda punya masa untuk menyediakan makanan sendiri. 

Ibu-ibu yang tidak bekerja pun bergelut dengan sesi Pembelajaran di Rumah (PdPR) dengan anak-anak.

Jadi untuk memudahkan urusan harian anda sepanjang lima hari ini, Getaran senaraikan lima menu pilihan dari Isnin hingga Jumaat untuk anda cuba di rumah mahupun di pejabat. 

 

1) Isnin - K-pop Crispy Chicken 

Foto – Dome Cafe
Foto – Dome Cafe

Ayam goreng Korea yang mula diperkenalkan oleh Dome Cafe bermula Julai lalu ini memang sukar ditolak jika terhidang di depan mata. Cukup sempurna untuk dinikmati pada bila-bila masa kerana ia sesuai dimakan begitu sahaja, mahupun dihidangkan bersama sepinggan nasi panas. 

Kepak dan paha ayam goreng berjus ini dilapisi sos melekit khas Korea dengan taburan bijan untuk membangkitkan selera sesiapa sahaja yang melihatnya. Boleh didapati dalam tiga set iaitu lima ketul (RM16), 10 ketul (RM32) dan 15 ketul (RM48). 

Setiap set didatangkan bersama acar lobak merah dan timun serta terdapat dalam dua pilihan, iaitu Hot & Spicy dan Gangjeong Style. Pesanan boleh dibuat di delivery.domecafe.com.my atau platform pesanan makanan yang lain.

 

2) Selasa – Nasi Kandar, Istimewa Merdeka

Foto : Ancasa Hotel
Foto : Ancasa Hotel

Sempena meraikan hari kemerdekaan negara, jom kita pekena hidangan popular ‘Penang mari’ - nasi kandar. Tak perlu tempah helikopter untuk mengambil tempahan, cukuplah sekadar gunakan servis penghantaran makanan dari Ancasa Hotel Kuala Lumpur.

Bulan merdeka ini, hotel yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur ini mempersembahkan nasi kandar banjir yang tersedia dalam buluh dan juga periuk tanah. 

Terdapat empat jenis lauk yang boleh dijadikan pilihan iaitu Ayam Madu Georgtown, Daging Opor Bayan Lepas, Kambing Malasa Tanjung Tokong dan Sotong Sumbat Balik Pulau.  Sayur kobis goreng kunyit, bendi dan kuah kari istimewa turut tersedia untuk melengkapkan hidangan. 

Tidak cukup dengan itu, anda juga boleh menyudahi makan tengahari atau makan malam anda dengan pencuci mulut cream caramel yang diberi secara percuma. Jadi tunggu apa lagi, pesan di sini hari ini atau hubungi talian 03 - 2026 6060!

 

3) Rabu - Nasi Ayam Makchick

Foto : Burnin’ Pit
Foto : Burnin’ Pit

Nasi ayam menu yang paling ‘sempurna’ untuk hidangan makan tengah hari. Sebab apa? Ia hidangan yang lengkap dengan karbohidrat, protein dan vitamin. Sama seperti nasi lemak, nasi ayam juga antara kegemaran rakyat Malaysia.

Jika pejabat atau rumah anda berdekatan dengan Desa Sri Hartamas, bolehlah cuba set nasi ayam dari Burnin’ Pit yang tersedia daripada jam 11 pagi hingga jam 3 petang setiap hari.

Menu yang dinamakan Makchick Value Set ini berharga RM15 dan ia terdiri daripada nasi ayam, sos cili, sambal kicap manis, sos halia bentong istimewa, sayur tauge, sup dan juga pilihan minuman air bandung atau teh o ais limau. 

Untuk ayam, boleh pilih Roasted Chicken atau BBQ Honey Glaze Chicken. Hubungi nombor tertera dalam gambar di atas untuk tempahan atau terus ke sini.

 

4) Khamis – Peri-Peri Seafood Menu

Foto : Manhattan Fish Market
Foto : Manhattan Fish Market

Manhattan Fish Market yang terkenal dengan masakan laut, terutamanya fish and chips telah melancarkan menu Peri-Peri Seafood terbaharu mereka bersempena dengan bulan kemerdekaan. Jadi, pencinta makanan laut dan sos Peri-Peri istimewa boleh cepat-cepat tempah menu yang digemari.

Terdapat enam hidangan baharu yang semuanya dilengkapi dengan sos Peri-Peri buatan sendiri yang enak dan lazat!

Antaranya ialah Grilled Quarter Chicken Peri Peri, Manhattan Fish N’ Chips with Peri Peri Sauce, Peri Peri Seafood Olio & Peri Peri Creamy Seafood, dan Peri Peri Manhattan Flaming Prawns. 

Bagi lebih menghangatkan sambutan kemerdekaan, anda juga boleh rebut tawaran separuh harga untuk hidangan Manhattan Fish 'N Chips Salmon  yang kini cuma berharga RM19.50, sah sehingga 31 Ogos 2021.

Kesemua hidangan menyelerakan ini boleh ditempahkan di platform penghantaran makanan terpilih.

 

5) Jumaat - Kuih Bulan 

Menginjak ke hujung minggu, mungkin anda boleh menempah sesuatu yang istimewa untuk dinikmati pada hujung petang membawa ke Sabtu dan Ahad.

Eat Cake Today meraikan Festival Pertengahan Musim Luruh 2021 dengan pelbagai pilihan kuih bulan yang menambat selera.

Ada Kuih Bulan Panggang Tradisional, Kuih Bulan Kulit Salji, Kuih Bulan Kek Lapis 3D, Kuih Bulan Bunga Jeli 3D, Kuih Bulan Jeli, Kuih Bulan Shanghai, Kuih Bulan Makaron dan macam-macam lagi. Pasti rambang mata dibuatnya. 

Istimewanya kek bulan yang dijual di platform ini ialah semua kuih bulan dibuat dengan buatan tangan (homemade) tanpa menggunakan bahan pengawet.

Lebih menggembirakan, setiap pesanan kuih bulan melalui portal ini, Eatcaketoday.com layak mendapat diskaun promosi 10% dengan kod promo 'Mid-Autumn10'. 

Foto : Eat Cake Today
Foto : Eat Cake Today

Salah satu kuih bulan mesti cuba ialah Kuih Bulan Kek Lapis 3D yang diinspirasikan daripada Kek Lapis Tradisional Indonesia.

Dipanggang menggunakan bahan-bahan halal dan dibalut dengan kulit salji, kuih bulan ini tampil dengan reka bentuk bunga timbul 3D yang cantik.

Empat perisa unik Kuih Bulan Kek Lapis ini adalah coklat belgium, teratai asli tulen, teratai pandan dan mocha.

Selamat menjamu selera dan meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia! - Getaran, 30 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Makanan Di Gaza Tidak Mencukupi - Agensi PBB

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Jom Makan-Makan Di Ipoh? Wajib Cuba 4 Restoran Ini!

3

TARA 2 tahun yang lalu

Resipi Berzaman Lahirkan Perpaduan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Makanan Macam 'Goodies' Majlis Kahwin, MAB Jadi Bahan Lawak Penumpang

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara