web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Mohon Doakan Kami” Remy Ishak Sah Jadi Suami!

Tahniah buat hero Malaya dan pasangannya!

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2021 2:18PM

Remy Ishak dan Ezza Yusof

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon tanah air Remy Ishak, 39 tahun selamat bernikah bersama pilihan hatinya Ezza Yusof (38 tahun) sebentar tadi di Masjid Negara Kuala Lumpur.

Pasangan ini diijabkabulkan oleh abang pengantin perempuan sendiri iaitu Rozman Yusof. Ezza atau nama sebenar Roszaliza Yusof menerima sebentuk cincin sebagai mas kahwin. 

Mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI), sesi pernikahan ini hanya dihadiri oleh pasangan mempelai dan wali kepada pengantin perempuan yang juga abang kandungnya Rozman Yusof. 

Remy dan isteri mengenakan busana pengantin hasil rekaan Mirul Jonit, turut ditatarias dengan solekan oleh Chomel dan Adik Wan serta penataan gaya oleh Tym Fatimah. Menurut Remy Ishak, dia memanjatkan kesyukuran kerana sesi pernikahan ini dapat berjalan dengan lancar.

Pasangan ini turut menitipkan ucapan khas buat semua rakan-rakan dan peminat. “Maka bermulalah perjalanan baru bagi kami sebagai pasangan suami dan isteri, mohon mendoakan kebaikan dan kesejahteraan buat kami berdua,” katanya.

Ditanya adakah pasangan itu bakal menimang cahaya mata dalam tempoh terdekat. Remy berkata untuk tempoh dua tahun awal perkahwinan, mereka akan memberi fokus kepada diri sendiri namun tidak menolak sekiranya ada rezeki untuk mempunyai anak.

“Dua tahun pertama kami tidak terlalu memikirkan anak. Tapi kalau Allah bagi, alhamdulillah,” tambahnya.

Majlis akad nikah Remy dan pasangannya telah beberapa kali tertunda sejak Mei kerana negara masih dalam fasa pemulihan pandemik COVID-19.

Terdahulu Remy Ishak telah membuat pengumuman eksklusif melalui satu temu ramah bersama program 'Gempak TV' di Astro Ria Saluran 104 HD tentang tarikh pernikahannya.

Tahniah diucapkan kepada Remy dan pasangan! - Getaran, 21 Ogos 2021

Gambar: @riseandwin.asia (Instagram)

Isu Pada

Kisah Dongeng Nyata Che Puan Juliana Evans

21 Aug 2021

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 9 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN