web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Remy Ishak Akui Ezza Yusof Satu-Satunya Wanita Yang Memahaminya

Remy Ishak mahu jadikan Ezza Yusof suri hatinya kerana usahawan itu sangat memahami dirinya, sering mendengar luahan hatinya serta sentiasa ada pada saat jatuh bangun dirinya.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2021 5:45PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jejaka dambaan ramai wanita, Remy Ishak atau nama sebenarnya, Mohammad Zalimei Ishak, 39, bakal menamatkan zaman bujangnya apabila mengambil keputusan untuk menikahi Ezza Yusof, yang pernah ditunanginya dahulu. 

Majlis pernikahan Remy dengan usahawan yang juga pereka kasut itu bakal diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur esok hari dengan hanya dihadiri keluarga terdekat di sebelah pihak lelaki dan perempuan. 

Bercakap kepada portal Getaran, Remy berkata, keputusan untuk menjadikan Ezza sebagai suri hatinya adalah disebabkan ibu tunggal anak satu itu seorang wanita yang sangat memahami dirinya, sering mendengar luahan hatinya serta sentiasa ada pada saat jatuh bangun dirinya di dalam industri.

“Sudah lapan tahun saya mengenali dan berkawan dengan Ezza. Kami cuba berkawan tapi tidak jadi. Kemudian saya cuba jalinkan hubungan dengan wanita lain. Akan tetapi tidak punya keserasian. 

“Saya kembali kepada Ezza dan kita cuba untuk pergi ke tahap seterusnya iaitu bertunang. Pertunangan kami tidak menjadi dan putus. 

“Kemudian saya cuba kenal orang lain, tetapi ia tidak menjadi dan saya selalu kembali kepada Ezza dan dia selalu ada ketika saya perlukan dia. 

“Waktu kejatuhan saya di dalam industri yang melibatkan fizikal dan emosi, dia ada bersama saya ketika itu. 

“Kemudian saya menyedari bahawa saya sudah lama berkawan dengan dia dan selepas enam tahun, tidak ada orang lain yang boleh tahan lama untuk mendengar masalah saya. 

“Jadi untuk apa saya harus tunggu lama lagi. Kalau memang jodoh, memang tidak ke mana pun,” kata aktor tinggi, kacak dan kulit sawo matang ini. 

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di seluruh negara juga diibaratkan sebagai suatu rahmat kerana ia seolah-olah membantu untuk dirinya melihat dan menilai hubungannya dengan Ezza dengan lebih jelas. 

“Waktu sibuk dengan kerja dan penggambaran, semua benda bergerak dengan pantas dan kita tidak sedar banyak perkara telah berlalu dalam hidup kita dengan begitu sahaja. 

“Tetapi PKP membuatkan kita banyak berfikir dan dapat melihat serta menilai banyak perkara dan semua benda menjadi terbuka. 

“Dalam tempoh lapan tahun ini, Ezza semakin matang dan saya pula sudah ada uban. Dia sudah cukup memahami saya. Atas sebab itu, she is the one untuk saya pilih sebagai isteri,” katanya lagi. 

Jelas Remy lagi, di awal perkenalan, dia memang akui mengalami kesukaran untuk memahamkan Ezza tentang tugas dan kerjayanya sebagai pelakon. 

“Tapi selama lapan tahun mengenali Ezza, itulah proses yang dilaluinya untuk dia mengenali saya dan memahami dunia dan kerjaya seni saya. 

“Saya juga sentiasa terangkan kepada dia beberapa perkara perihal kerjaya saya. Saya cuba jelaskan hal yang mungkin sukar untuk dia difahami. Begitu juga apabila saya dihinggapi dengan gosip-gosip yang tidak betul.

“Saya bukan mengajar dia tetapi saya hanya cuba jelaskan dan fahamkan dia sahaja. Alhamdulillah dia semakin terbuka dan lebih memahami sekarang ini,” katanya.

Sambung Remy lagi, dia sememangnya tidak tidak mahu terburu-buru untuk mencari wanita yang boleh memahami diri dan kerjaya seninya.

“Apabila saya mendirikan rumah tangga, saya mahukan hubungan keluarga yang mampu bertahan lama kerana semua orang tahu bahawa saya datang daripada keluarga yang berantakan. 

“Penceraian itu menjadi satu trauma dan saya tidak mahu ia juga turut berlaku kepada saya. Perkara ini (perkahwinan) jadi susah apabila saya jadi public figure

“Sedangkan orang yang bukan public figure pun mudah bercerai inilah pula seorang public figure seperti saya,” katanya. 

Sepanjang mengenali Ezza juga, hero filem Pulang, Nur Kasih The Movie dan Anak Halal ini mengakui bahawa dia banyak mempelajari tentang dunia perniagaan daripada Ezza. 

“Kami juga pernah buat perniagaan bersama-sama tetapi tidak menjadi. Kemudian saya cuba berniaga lagi, juga tidak jadi. 

“Tapi, dia sentiasa suruh saya menceburi dunia perniagaan dan untuk masa hadapan, saya mempunyai perancangan untuk membuat perkara lain kerana tidak selamanya saya akan terus berlakon,” katanya. 

Mengenai perancangan mengahwini Ezza, Remy berkata, dia dan Ezza sebenarnya sudah pun membuat perancangan ini sejak awal tahun ini. 

“Dari wedding planner, lokasi, katering sehinggalah tetamu jemputan, semuanya sudah dirancang. Tapi disebabkan PKP, banyak perkara tidak dapat direalisasikan. 

“Saya juga terpaksa lupakan soal hantaran dan jemputan kepada pihak media dan hanya melakukan perkara yang wajib sahaja dahulu termasuk memberikan mas kahwin,” katanya lagi. 

Remy dan Ezza pernah mengikat tali pertunangan pada 2017, namun putus pada 2019 dan mereka kemudian menjalin semula percintaan mereka pada tahun ini. - Getaran, 20 Ogos 2021

Gambar: Instagram @ezzarl dan @remyishak

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Usahawan 2 bulan yang lalu

Capal Jago Kepala Batas: Warisan 6 Dekad Jadi Pilihan PM

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

4

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 9 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN