web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bukan Mahu Tunjuk Hero, Tapi Mila Jirin Mahu Bantu 100,000 Keluarga Yang Terbeban

Menerusi Kempen RM5 Juta Tunai Percuma yang akan bermula 31 Julai ini, dianggarkan lebih 100,000 keluarga yang sedang berdepan dengan kesukaran di negara ini dapat dibantu.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2021 6:31PM

Mila Jirin dan wakil Malakat Mall

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menyedari ramai yang terkesan dengan pandemik COVID-19 serta sedang bergelut untuk meneruskan kelangsungan hidup, penyanyi yang kini bergelar usahawanita, Mila Jirin telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Kempen RM5 Juta Tunai Percuma yang dicetuskan syarikatnya, Bizmilla dengan kerjasama Malakat Mall.

Kempen RM5 Juta Tunai Percuma ini akan bermula pada 31 Julai dan diharap akan dapat mengurangkan beban masyarakat. Ia dianggarkan mampu membantu lebih 100,000 keluarga yang sedang berdepan dengan kesukaran di negara ini. 

Menurut Mila atau nama penuhnya Noorsyarmila Jirin, 34, dia bukanlah mahu tunjuk hero apabila tampil dengan kempen sebegini. 

“Saya bukan sesiapa. Saya juga bukan ahli politik atau insan berpengaruh. Tapi saya juga manusia biasa yang tahu kesukaran yang  dilalui masyarakat ketika ini bukan sesuatu yang mudah. 

“Saya juga seorang ibu, jadi tak sanggup melihat anak kecil tak ada makanan. Saya tak dapat membayangkan situasi sebegitu terjadi. Luluh hati saya.

“Disebabkan itu, saya telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan kempen yang dijayakan Bizmilla dengan Malakat Mall ini. 

“Cita-cita saya memang mahu membantu lebih 100,000 keluarga ini. Setidak-tidaknya, apa yang saya lakukan ini mampu menyuntik sedikit rasa bahagia buat mereka yang bergelut meneruskan kehidupan," katanya.

Kata Mila lagi, perniagaan, perkahwinan dan kembara umrahnya yang diusahakannya selama ini turut terkesan akibat COVID-19 sejak tahun lalu.

Mila Jirin
Mila Jirin

“Macam-macam yang saya buat demi berusaha menyelamatkan pekerja yang ramai. Saya jual kek, durian dan kini bisnes tempahan makanan atas talian sebab mahu selamatkan syarikat dan pekerja-pekerja, sehingga orang tuduh saya gila. 

"Kita tak pernah duga Allah beri ujian besar (pandemik) ini. Memang ramai yang bergelut. Bayangkan orang yang susah lagi bertambah keperitan. Yang ada kerja diberhentikan. Dan macam-macam lagi paparan realiti kehidupan kita boleh saksikan ketika ini.

"Jujur sejak memperlahankan rentak dunia seni dan beralih ke bidang niaga, saya tak pernah ada sekelumit rasa seperti hilang arah atau kecewa. Saya yakin dengan pilihan Tuhan yang menghalakan saya ke cabang niaga ini ada hikmah tersendiri. 

“Cuma sekitar April tahun lalu saya tak boleh tipu, memang rasa paranoid apabila syarikat kena tutup berbulan-bulan. 

"Dalam hati apa akan jadi kepada survival enam syarikat saya dan 117 orang pekerja sepenuh masa serta sambilan. 

“Tapi saya dan suami atasi kegetiran itu dengan mempelbagaikan skop niaga dengan sumber yang ada. Memikirkan nasib pekerja yang ramai, hati jadi sayu. Tak gamak buang mereka sebab ada yang sudah sedekad bekerja untuk saya," katanya.

Kata Mila lagi, Restoran Embun Urai miliknya yang menyajikan makanan laut ala Thai di Tasik Prima Puchong saat ini terpaksa ditutup sementara waktu.

"Dalam perniagaan, pasti ada yang kita dapat selamatkan dan sebaliknya. Itu lumrah. Yang boleh diusahakan dengan cara lain, kita usaha teruskan. InshaAllah Tuhan beri jalan. Kita jalan terus," katanya yang sudah 20 tahun menceburi perniagaan

Bercerita lanjut mengenai Kempen RM5 Juta Tunai Percuma, Bizmilla dan Malakat Mall memperuntukkan RM5 juta dalam bentuk 'Cash Back' atau pulangan tunai kepada semua pelanggan.

"Peruntukan wang tunai RM5 juta itu diberikan kepada pelanggan yang membeli kredit tambah nilai untuk membeli barangan harian secara fizikal di semua lokasi Malakat Grocer di Selangor, KL dan Melaka.

"Kempen RM5 Juta Tunai Percuma ini akan dilancarkan pada 31 Julai ini di laman sesawang www.bizmillagrocer.com bermula jam 10 pagi.  Kesemua pelanggan yang membeli kredit beli-belah akan mendapat 10% tambahan tunai untuk berbelanja bila-bila masa menggunakan E-Wallet di Malakat Eco App," katanya

Sambung Mila lagi, kesemua pelanggan yang mendaftar sebagai ahli VIP dari 31 Julai hingga 2 Ogos di www.bizmillagrocer.com akan diberikan hadiah percuma baucar tunai berjumlah keseluruhan RM300.

"Baucar tunai itu dapat digunakan di Malakat Eco Mall Cyberjaya. Tak hanya itu, mereka yang menjadi ahli VIP akan menerima empat ekor ayam segar bernilai RM68 yang akan diberikan secara berperingkat setiap minggu apabila pelanggan membeli belah di Malakat Grocer.

"Lima individu terawal yang mendaftar juga berpeluang memenangi hadiah istimewa termasuk baucer makan malam dan hadiah misteri lain," katanya

Tambah Mila lagi, Bizmilla juga sedang dalam fasa akhir menyiapkan Bizmilla Grocer iaitu pasaraya atas talian yang akan menjual pelbagai jenis keperluan asas dan barangan harian dengan harga yang berpatutan. 

"Bizmilla Grocer ini akan dilancarkan pada awal Ogos depan. Inisiatif ini dilihat dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat di Semenanjung Malaysia kerana penghantaran percuma diberikan bagi pembelian 5kg dan ke bawah melalui pembelian dari platform Shopee," katanya - Getaran, 26 Julai 2021


 

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 7 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN