web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Siti Nordiana Mahu Kumpul Saham Akhirat Melalui Lagu 'Hasbi Rabbi'

Setiap kali merakamkan suara dengan Ustaz Shahrizan Daud At-Turabi, prosesnya sangat bermanfaat buat Siti Nordiana. Pasti ada sahaja perkongsian ilmu atau takzirah pendek yang akan dikongsi bersama.

Selebriti Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2021 6:20PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hanya tinggal sehari lagi bagi umat Islam untuk menyambut Aidiladha atau juga digelar Hari Raya Haji. Bagi penyanyi Siti Nordiana, momen yang dirindui pada hari raya ini adalah apabila dapat melakukan ibadah korban bersama keluarga di Senayan, Negeri Sembilan. 

Malah, dia juga akan menggunakan sepenuh hari itu untuk bertemu sanak-saudara yang sudah lama tidak bersua muka dan berkongsi rezeki dengan mereka. 

“Dalam keadaan PKP dan pandemik Covid 19, kita hanya mampu melakukan dari jauh sahaja. Nana ada buat korban dengan Ustaz Shahrizan Daud At-Turabi, itu sahaja yang dapat Nana lakukan buat masa ini,” katanya. 

Menyentuh perihal Ustaz Shahrizan Daud At-Turabi, Siti Nordiana baru sahaja melancarkan single zikir ciptaan Ikhwan Fatana dan lirik Wan Salleh berjudul 'Hasbi Rabbi', hasil kolaborasinya bersama pendakwah bebas itu.  

Ini bukan kali pertama Siti Nordiana merakamkan lagu kerohanian bersama Ustaz Shahrizan Daud At-Turabi kerana sudah beberapa kali mereka  bekerjasama.

“Setiap kali merakamkan suara dengan Ustaz Shahrizan, prosesnya sangat bermanfaat. Ustaz banyak memantau nyanyian dan sebutan Nana di dalam lagu 'Hasbi Rabbi'.  Malah, sewaktu melakukan rakaman Ustaz banyak memberikan tunjuk ajar. 

“Ada sahaja perkongsian ilmu atau takzirah pendek yang disampaikan. Contohnya, jika ada nyanyian dan maksud selawat yang kurang pasti, Ustaz akan jelaskan dan memberikan pengisian rohani sewaktu merakamkan lagu ini. 

“Malah, Ustaz Shahrizan juga sentiasa menjawab persoalan agama  yang ingin Nana ketahui. Apa sahaja soalan yang Nana tanya, dia sedia untuk jawab.  Secara tidak langsung, Nana dapat rakam lagu sambil belajar agama,” katanya kepada portal Getaran. 

'Hasbi Rabbi' terbitan bersama syarikat SND Soul Entertainment milik Siti Nordiana dan Luncai Emas Sdn Bhd ini antara single yang dimuatkan dalam album religi kedua Nana, Zikir Ketuhanan. 

Sebelum ini, Siti Nurdiana pernah mengeluarkan album religi pertama, Anakku Sayang yang memuatkan lagu kerohanian dan zikir yang dicampur dengan lagu-lagu lullaby untuk anak-anak. 

“Peminat suka bila Nana nyanyikan lagu-lagu berbentuk kerohanian dan zikir sewaktu muncul dengan Anakku Sayang dahulu. Sebab itulah, Nana tampil dengan lagu-lagu seperti ini pada musim PKP termasuklah 'Hasbi Rabbi'. 

“Ramai yang berterima kasih dengan usaha yang Nana lakukan ini. Bagi mereka, lagu-lagu sebegini dapat menenangkan jiwa dan mereka dapat alunkan zikir, selawat dan munajat bersama-sama Nana. 

“Masing-masing dapatlah pahala dan ini juga boleh dijadikan saham akhirat untuk Nana dan semua orang nanti,” katanya yang mengamalkan  Al Mathurat Sughra dan zikir-zikir lain.

Mengenai perkembangan lagu kerohanian yang semakin banyak dalam pasaran ketika ini, Siti Nordiana mengakui ia sesuatu yang boleh dibanggakan. 

“Alhamdulillah, ia tidak terbatas kepada melodi tertentu sahaja. Kini, lagu rap dan pop juga mampu menjentik jiwa raga dengan lirik kerohanian. Sangat bagus bila anak-anak muda turut dengar serta mampu menghafalnya. Ia dapat memberikan manfaat jika liriknya benar-benar dihayati.  

“Macam Nana, kerap tersentuh bila dengar lagu Maher Zain dan Opick. Lagu mereka banyak beri ketenangan pada jiwa yang tengah bersedih. Bila dengar, ia seakan mengembalikan semangat Nana,” katanya. 

Sepanjang PKP ini, Siti Nordiana akui banyak menghabiskan masa menghasilkan kandungan video sama ada secara rakaman atau langsung menerusi media sosial Instagram mahu pun FB. 

“Ada di antara kandungan video itu berkaitan tuntutan kerja. Selain itu, Nana juga banyak buat cover lagu, menyanyi di IG dan Tik Tok. Waktu terluang selebihnya, Nana gunakan untuk mengemas rumah,” katanya lagi. - Getaran, 19 Julai 2021


 

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Ria Ramadan, Kolaborasi Unik Kumpulan Venus dan UNIC 

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Peminat Dakwa Siti Nordiana Kena Sabotaj

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Siti Nordiana Setuju Selesaikan Kes Saman RM2.5 Juta Secara Baik

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Kecoh! Video Helo Kuala Lumpur Di Youtube Jadi Kontroversi Di Indonesia?

Sorotan

1

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

2

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

3

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

4

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

5

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

6

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

Disyorkan untuk anda

Muzik 4 jam yang lalu

Tipe-X, Last Child Dan Ruffedge Bakal Gegar Latihan Pestapora Malaysia 2026

oleh Rahayu MN