web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pasal Tuduhan Perempuan Kaki Sondol, Polis Tak Benarkan Fiza Halim Untuk Jawab!

Berikutan tuduhan dan isu hangat yang tular itu, Fiza telah membuat laporan polis pada Rabu lalu di Balai Polis Mutiara Damansara dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Selebriti Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2021 3:26PM

Fiza Halim bersama anak-anaknya. Gambar: Instagram @fizahalimofficial

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan penyanyi, Siti Zaidatul Fizal Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Fiza Halim mengakui tidak dapat memberikan apa-apa kenyataan berhubung isu hangat mengaitkan maruah dirinya yang telah pun tular di platform sosial media baru-baru ini.  

Isu hangat itu telah dicetuskan seorang individu yang mendakwa dia adalah bekas adik ipar Fiza, sekali gus menuduh bekas anggota kumpulan Elite itu sebagai ‘kaki sondol’ dan pemusnah rumah tangga orang. 

“Saya mohon maaf kerana tak dibenarkan memberi apa apa kenyataan berhubung perkara berbangkit dan tular itu.

“Ia memang masih dalam siasatan polis. InshaAllah, dalam minggu depan, saya akan dapat keputusan hasil siasatan tersebut,” katanya kepada portal Getaran. 

Berikutan tuduhan dan isu hangat yang tular itu, Fiza telah membuat laporan polis pada Rabu lalu di Balai Polis Mutiara Damansara. 

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu juga sekali memohon maaf kerana tidak dapat menjawab sebarang kenyataan kepada pihak media. 

“Saya tidak bermaksud untuk mengelak daripada rakan-rakan media. Hakikatnya saya terpaksa kunci mulut dulu. Biarlah pihak berwajib melakukan kerja mereka dulu. Pasti kalau ada sebarang makluman akan saya kongsikan kelak,” katanya lagi. 

Bersama suami pertama, Ahmed Farriq Zainul Abidin, mereka dikurniakan dua anak iaitu Ferra Aryana, 13, dan Feeya Adyrra, 12. Fiza dan Ahmed Farriq bercerai pada 4 November 2010 selepas hampir empat tahun berkahwin.

Perkahwinan kedua Fiza dengan penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia (AF), Adam, pada September 2013, juga tidak kekal.

Fiza kemudian bertemu jodoh dengan juruterbang berstatus duda dua anak, iaitu Aizat Al Jefri pada Disember 2016. Melalui perkahwinan itu, Fiza dan Aizat dikurniakan cahaya mata, Baby Aleena yang berusia hampir tiga tahun.

Bagaimanapun, mereka bercerai pada Julai tahun lalu. - Getaran, 12 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 6 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

2

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

3

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

4

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

5

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

6

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

Disyorkan untuk anda

Muzik 4 jam yang lalu

Tipe-X, Last Child Dan Ruffedge Bakal Gegar Latihan Pestapora Malaysia 2026

oleh Rahayu MN