web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Benjy Selamat Dikebumikan di Medan, Keluarga Saksi Upacara Menerusi Video Whatsapp

Setiausaha Agung Persatuan Seniman, Mohd Hafiz Mohd Nafiah berkata, semua urusan jenazah arwah Benjy telah diuruskan pihak Penjara Tanjung Gusta dengan kerjasama Konsulat Jeneral Malaysia di Medan.

Selebriti Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2021 3:00PM

Gambar asal: Murai.my

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy yang juga anak Seniwati Negara Allahyarham Azean Irdawaty telah pun selamat dikebumikan di tempat Pemakaman Waqaf Pasar 4 Klambir Lima Kampung Medan Indonesia kira-kira jam 12.35 tengah hari waktu Malaysia. 

Perkara itu telah dimaklumkan adik bongsunya, Innesa Irdayanty menerusi laman sosial media Twitter. 

“Kami dapat menyaksikan acara pengkebumian tersebut menerusi video Whatsapp dengan pihak penjara. 

“Pihak penjara juga memaklumkan kami bahawa tiada sebarang kos (pengebumian) yang dikenakan kerana mereka telah pun menyelesaikan bayaran.

“Kami sekeluarga sangat berterima kasih dan terhutang budi dengan Penjara Tanjung Gusta Medan atas setiap bantuan dan urusan berkenaan Benjy. 

Terima kasih kepada pihak semua yang telah membantu untuk menampung kos pengebumian arwah Benjy. Jika anda masih mahu menderma, anda boleh membuat pilihan kebajikan anda sendiri, atas nama Ben dan sedekahkan juga Al-Fatihah bersama,” katanya. 

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Seniman, Mohd Hafiz Mohd Nafiah berkata, semua urusan jenazah arwah Benjy telah diuruskan pihak Penjara Tanjung Gusta dengan kerjasama Konsulat Jeneral Malaysia di Medan. 

“Saya sendiri turut menyaksikan proses pengkebumian Benjy dalam siaran langsung video bersama ahli keluarga dan anak Benjy sebentar tadi dari tanah perkuburan di Medan. 

“Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan Allah untuk Benjy pulang ke Negara Abadi. Andai ada kesilapan yang pernah arwah lakukan saya memohon semua pihak untuk memaafkan beliau dunia dan akhirat. 

“Sesungguhnya Benjy adalah seorang manusia yang sangat kuat dan hebat untuk lalui segalanya dengan sendiri sehingga hujung nyawa,” katanya. 

Benjy sebelum ini telah dikejarkan di Hospital Royal Prima Medan Indonesia akibat sesak nafas yang berpunca daripada penyakit asma yang kronik, pagi semalam. 

Namun, beliau tidak dapat diselamatkan dan telah meninggal dunia di hospital tersebut, kira-kira jam 11 pagi. 

Benjy telah ditahan di Lapangan Terbang Antrabangsa Kualanamu, Deli Serdang, Sumatera Utara pada 18 April 2017 kerana dipercayai memiliki dadah jenis methaphetamine seberat 4.5 gram. Dia ditahan pihak Kastam dan Eksais Indonesia sejurus tiba dari Kuala Lumpur.

Pada 18 Oktober tahun yang sama, Benjy telah didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah Medan serta dijatuhkan hukuman penjara selama 11 tahun 8 bulan.

Sepanjang bergelar anak seni, Benjy telah diklasifikasikan sebagai antara pelakon lelaki hebat tanah air. Antara filem yang dibintanginya adalah Perempuan (1988), Baginda (1997) dan Gangster Rock Kasi Sengat (2015). 

Drama-drama lakonannya adalah 'Astana Idaman', 'Orang Gaji 41', 'Kasih Suci', 'Kerana Cintaku Saerah', 'Kifarah' dan 'What If.'

Menerusi watak Sudin dalam drama 'Orang Gaji 41', Benjy telah berjaya dinobatkan sebagai pelakon Lelaki Terbaik untuk kategori drama/telefilem di Anugerah Skrin TV3. 

Benjy pernah mengahwini Safiya Stephanie Kar-Leng pada 19 Februari 2004 dan bercerai pada 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata. - Getaran, 12 Julai 2021

Semua gambar: Ihsan Seniman

 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Serang Balai Polis Ulu Tiram: Bapa, Anak Dipenjara 30 Tahun, Ibu 4 Tahun 

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Rasuah: Setiausaha Sulit Kanan Bekas Menteri Dipenjara 6 Tahun, Denda RM8.8 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rogol Wanita: Da'i Syed Dipenjara 10 Tahun, 3 Sebatan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

Sorotan

1

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

2

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

3

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

4

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

5

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

6

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

Disyorkan untuk anda

Muzik 4 jam yang lalu

Tipe-X, Last Child Dan Ruffedge Bakal Gegar Latihan Pestapora Malaysia 2026

oleh Rahayu MN