web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Disiplin Menyanyi Setiap Hari Rahsia Suara Zamani Slam Kekal Padu

Zamani berkata disiplin menyanyi setiap hari menjadi antara faktor utama bagi memastikan kotak suaranya sentiasa "terlatih" dan tidak hilang rentak

Selebriti Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2026 9:51AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Walaupun sudah mencecah usia 55 tahun, kualiti suara vokalis kumpulan Slam, Zamani Ibrahim terus menjadi perhatian peminat yang menyifatkan vokalnya kekal padu dan sama seperti dahulu.

Persembahan konsistennya turut menjadi topik perbualan dalam kalangan peminat yang mengagumi keupayaannya mengekalkan kualitı vokal meskipun sudah lebih 30 tahun bergiat dalam industri muzik dan berdepan masalah kesihatan.

Menjawab persoalan itu, Zamani berkata disiplin menyanyi setiap hari menjadi antara faktor utama bagi memastikan kotak suaranya sentiasa "terlatih" dan tidak hilang rentak.

"Saya tidaklah amalkan sebarang petua, tetapi setiap hari saya akan menyanyi. Jika hari itu tiada persembahan, saya tetap menyanyi di rumah.

"Jadi, bila hari-hari menyanyi, kotak suara itu sudah terbiasa. (Perkara ini kerana) Kalau tidak menyanyi tiga hari, saya memang susah nak nyanyi," katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

Zamani berkata selagi dikurniakan suara yang baik, fokusnya adalah untuk memberikan persembahan terbaik di pentas dan meraikan peminat.

Mengulas tahap kesihatannya, pelantun lagu Kurnia itu mengakui masalah tulang belakang atau scoliosis yang dihidapinya sebelum ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada pernafasan, terutama ketika berdiri atau menyanyi dalam tempoh yang panjang.

Beliau berkata keadaan itu memerlukannya lebih berhati-hati dalam mengawal stamina bagi memastikan persembahan tidak terjejas.

"Sekarang saya sihat. Alhamdulillah, saya baik sahaja, cuma 'habit' saya yang sudah terbiasa duduk membongkok membuatkan saya kelihatan begitu," katanya.

Dalam pada itu, anak kelahiran Kluang, Johor tersebut memberitahu yang beliau memperlahankan sedikit jadual kerjayanya bagi memberi tumpuan kepada persediaan menjelang konsert The Grand Slam Unplugged 2 yang akan berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 20 Jun depan.

Beliau berkata tempoh itu digunakan untuk memberi ruang kepada badan berehat serta memastikan tahap stamina berada dalam keadaan terbaik sebelum kembali ke pentas. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

2

Selebriti 2 minggu yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

3

Selebriti 3 minggu yang lalu

Pasya Yakin Pentas Bersama Search Luaskan Pengaruh Karier Solo

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

'Comeback' Azar Azmi Raih Lebih 1 Juta Tontonan, Netizen Sebak Lihat Kemunculan Semula Selepas 7 Tahun

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

3

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

4

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

5

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

6

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan