web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nabila Huda Raih Trofi Sulung Di Anugerah Seni Cameronian Boh Ke-21

Selain Masmoona, beliau turut membintangi teater Visits terbitan Dramalab arahan Ida Nerina bersama-sama dengan Sofia Jane dan Nadia Agilah yang turut tercalon dalam beberapa kategori.

Selebriti Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2026 8:19AM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon terkenal Nabila Huda mencipta detik peribadi apabila merangkul trofi sulung dalam dunia teater selepas dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Terbaik pada Anugerah Seni Cameronian BOH ke-21 (21BCAA) yang berlangsung di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), dekat sini Ahad malam lalu. 

Nabila meraih pengiktirafan itu menerusi watak Malam dalam pementasan Masmoona, sekali gus menandakan pencapaian penting dalam perjalanan seninya yang masih baharu dalam bidang teater.

"Sejujurnya saya memang tidak sangka. Saya masih baharu dalam dunia teater dan sangat menghormati mereka. Setiap kali bersama-sama mereka, saya kagum dengan bakat mereka.

"Saya selalu rasa diri ini kecil kerana kemampuan mereka menyanyi dan menari jauh lebih hebat. Bila lihat senarai pencalonan tadi, saya rasa persembahan saya sangat jauh ketinggalan," katanya.

Selain Masmoona, beliau turut membintangi teater Visits terbitan Dramalab arahan Ida Nerina bersama-sama dengan Sofia Jane dan Nadia Agilah yang turut tercalon dalam beberapa kategori.

Bagi kategori lakonan, Ileana Matin memenangi Pelakon Utama Terbaik (Teater Muzikal) menerusi School of Rock, The Musical, manakala pelakon dari Scotland, Kingsley Judd memenangi Pelakon Utama Terbaik (Teater) menerusi watak Edward dalam Someone Who'll Watch Over Me.

Sementara itu, dua naskah iaitu Fragments of Tuah oleh Five Arts Centre dan Setanggi Tari Melayu 2025 - Quintessential Malay Dance oleh ASK Dance Company diumumkan sebagai pemenang kategori utama Persembahan Terbaik 2025.

Kedua-dua karya itu mengatasi finalis lain termasuk A Salute to Cinema, Animal Farm, TEWAS: No Light at the End of the Tunnel dan Visits.

Dalam pada itu, Anugerah Sepanjang Hayat diberikan kepada Profesor Dr Mohd Anis Md Nor sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau kepada seni zapin dan dunia seni persembahan Malaysia.

Sebanyak 40 kategori dipertandingkan pada edisi kali ini, melibatkan 81 penyertaan merangkumi teater, tarian, muzik dan teater muzikal, dengan 44 produksi dicalonkan.

Setiap penyertaan dinilai oleh panel juri merentasi disiplin persembahan, kreatif dan teknikal bagi mengiktiraf karya yang menampilkan inovasi, integriti serta pendekatan baharu.

Mengangkat tema "COLLABeyond: Cipta Bersama Masa Depan", penganjuran kali ini memberi penekanan kepada usaha kolaboratif dalam membina masa depan seni pada era perubahan teknologi dan sosial yang pesat. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Selebriti 7 jam yang lalu

‘Saya Tetap Menyanyi Walau Tiada Gelaran’ - Jamal Abdillah

2

Selebriti 2 minggu yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

3

Selebriti 2 minggu yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

4

Selebriti 4 minggu yang lalu

Pasya Yakin Pentas Bersama Search Luaskan Pengaruh Karier Solo

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Selebriti 7 jam yang lalu

‘Saya Tetap Menyanyi Walau Tiada Gelaran’ - Jamal Abdillah

oleh Sophia Ahmad