web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Shaheizy Sam – Syatilla Melvin Tidak Terjejas Dengan Pandemik

Selebriti Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2021 9:00AM

Gambar: Koleksi Sam & Tilla

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ketika ramai orang bergelut untuk meneruskan kehidupan, pasangan selebriti popular Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin memberitahu mereka bersyukur kerana tidak menghadapi situasi yang sama. Malah, mengakui mereka mampu menghulurkan bantuan kepada mereka yang terkena dengan tempias pandemik COVID-19.

“Syukur Alhamdullilah, Tilla dan Sam adalah antara artis yang tidak terkesan dengan PKP. Sebabnya, kita sudah rancang awal apa yang kita nak buat dan tahu apa yang kita nak buat. Berbanding ketika zaman berlakon dulu, Tilla memang tiada duit simpanan, tapi apabila Tilla menceburi bidang bisnes, banyak yang telah Tilla pelajari.”

“Tilla tahu macam mana hendak uruskan duit. Macam mana nak simpan duit. Jadi Tilla bersyukur sebab selepas masuk dunia bisnes, Tilla boleh menyimpan. Tilla dan Sam ada strategi untuk menghadapi situasi sukar ini. Malahan, kami juga mampu tolong yang lain untuk ringankan beban,” ujar Syatilla dalam satu sidang maya bersama pihak media pada hari Isnin.

Dalam masa yang sama Sam turut mengakui penglibatannya dalam dunia bisnes membuka peluang yang lebih baik dalam kehidupan mereka berdua. Malah, dia dan Tilla ingin menasihatkan mereka di luar sana supaya tidak takut untuk mencuba bidang perniagaan.

Gambar: Koleksi Sam & Tilla
Gambar: Koleksi Sam & Tilla

“Salah satu benda yang kami mahu kongsikan dengan mereka yang bekerja (makan gaji) di luar sana adalah jangan terlalu selesa dengan pekerjaan kita. Bagi Sam, kita kena keluar dari zon selesa, kita kena buang ego dalam diri walaupun kita sudah berumur, tiada salahnya buat sesuatu yang baru seperti menceburi bidang bisnes.”

“Benda ini jadi sendiri pada diri Sam. Suatu ketika dulu Sam juga selesa dengan apa yang ada. Berlakon sana sini. Tapi akhirnya Sam belajar dan mulakan langkah. Tiada salahnya bermula dari bawah dan belajar. Ini yang Sam buat dengan diri sendiri. Nasihat Sam, jangan takut, mulakan langkah. Jangan asyik berfikir tapi terus mulakan langkah.  Jangan malu bermula dari bawah,” ujar Sam.

Menjawab persoalan dengan stigma masyarakat yang sering menganggap golongan selebriti punya laluan mudah dalam bidang perniagaan, Shaheizy dan Syatilla tidak bersetuju dengan pendapat itu. Jelas pasangan ini, jika tiada ilmu, perniagaan itu tidak mungkin mampu bertahan.

“Tidak semua artis jual produk laku. Malah, tak semua artis yang ada pengikut berjuta-juta boleh dapat duit daripada mereka. Tidak langsung. Kalau dia sekadar artis, ada banyak duit, tapi dia kosong, tiada ilmu dalam perniagaan, dia mungkin tidak akan bertahan lama. Produk dia mungkin akan viral, tapi untuk tempoh masa yang singkat. Sebab untuk jaga sebuah bisnes ini, ia bukanlah tentang duit atau jualan semata-mata. Bisnes adalah macam mana kita hendak memberi inspirasi kepada orang, macam mana kita nak tolong orang dan macam mana kita hendak memberi manfaat kepada orang,” ulas Tilla. 

“Benda ini berlaku kepada Sam sendiri. Jika anda masih ingat, Sam pernah keluarkan produk penjagaan kulit tidak lama dahulu. Ketika itu Sam cukup popular dan dinobatkan sebagai artis paling popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Tapi akhirnya ia tidak ke mana pun kerana ketika itu Sam tidak punyai ilmu. Jadi, untuk buat bisnes kena ada ilmu,” tambah Sam.

Rai Ulangtahun Perkahwinan Bersama Peminat

Dalam perkembangan lain, pasangan ini baru sahaja melangsungkan ulang tahun perkahwinan yang ke-5 mereka baru-baru ini. Bersempena hari istimewa itu, Sam dan Syatilla mengambil kesempatan berkongsi hari bahagia mereka bersama peminat-peminat pada Malam Virtual Pengaseh secara ‘live streaming’ di Facebook Shaheizy Sam dan Youtube SamTilla TV. Acara ini berlangsung dengan norma baharu dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

“Saya ingin berkongsi kenangan terindah dan momen selama lima tahun kami berkahwin. Saya tahu ia jangka masa yang singkat tetapi ia amat bermakna untuk kami, apatah lagi setelah kami membuat keputusan untuk mengeluarkan produk bersama. Banyak yang saya dan Tilla kongsikan dari segi idea penghasilan produk, cara pemasaran dan sebagainya. Banyak juga yang kami belajar bersama. Alhamdulillah. Saya harap kejayaan kami ini menjadi pendorong kepada pasangan suami isteri di luar sana untuk menjana pendapatan bersama dengan menjadi stokis dan agen produk kami, ‘Pengaseh’.

Gambar: Koleksi Sam & Tilla
Gambar: Koleksi Sam & Tilla

Bagi Syatilla sambutan ulang tahun perkahwinan kali ini sangat bermakna, ini kerana dia turut meraikan sambutan kelahirannya yang ke-30. 

“Di usia ini, saya sangat bersyukur kerana dikurniakan sebuah keluarga yang serba lengkap, suami yang banyak memberikan dorongan serta perniagaan yang saya ceburi bersama Sam mendapat respons yang baik. Saya berharap dengan adanya ‘Pengaseh’ yang kami usahakan bersama, ia akan terus menjadi pengikat kasih sayang kami dan membuka peluang kepada peminat untuk sama-sama mencari rezeki dalam perniagaan,” ujar Syatilla.

Pada acara itu juga, Sam dan Tilla memberikan hadiah percutian kepada peminat bertuah yang menonton mereka secara live. Acara turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa oleh Kaka Azraff dan dihoskan oleh Ain Edruce – Getaran, 10 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

2

Selebriti 1 minggu yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

3

Selebriti 3 minggu yang lalu

Pasya Yakin Pentas Bersama Search Luaskan Pengaruh Karier Solo

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Legasi Sudirman Kembali Bernafas, Biopik Bakal Temui Peminat 2028

oleh Sophia Ahmad