Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Industri Hiburan Penghubung Antara Malaysia Dan China – Shila Amzah

Selebriti Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2024 8:26AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyanyi Malaysia Nurshahila Amir Amzah atau lebih popular dengan nama Shila Amzah di tanah air dan Xila dalam kalangan peminatnya di negara Tembok Besar China, percaya bahawa industri hiburan mempunyai pengaruh yang besar dan memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan diplomatik Malaysia-China, terutamanya ketika kedua-dua negara menyambut ulang tahun ke-50 tahun ini. 

Shila, 34, yang telah selamat melahirkan anak keduanya,kini sedang menjalani proses berpantang, menjawab e-mel Bernama, berkata apabila artis Malaysia dan China bekerjasama atau apabila produk hiburan bergerak antara kedua-dua negara, ia adalah penghubung antara dua budaya.

"la bukan hanya mengenai filem dan muzik. la adalah mengenai hubungan dan pemahaman. la adalah mengenai berkongsi cerita, lagu dan pengalaman yang memberi kesan kepada rakyat di kedua-dua negara.

“Hubungan ini membantu mengukuhkan hubungan diplomatik kita dan mendekatkan negara kita," kata artis Melayu pertama yang berjaya menempa nama di persada dunia hiburan negara China menerusi pengurusan bakat globalnya yang berpangkalan di Australia, Greyscale Pty Ltd.

Shila yang mempunyai 2.4 juta pengikut di Weibo, media sosial terkenal di China, berkata apabila filem Malaysia atau drama Cina semakin popular merentasi sempadan, ia seperti perayaan bersama yang mengukuhkan lagi hubungan Malaysia dan China.

Shila mula mendapat perhatian di China apabila beliau memenangi pertandingan nyanyian realiti China, Asian Wave di Shanghai pada 2012, apabila beliau mempamerkan bakat vokalnya menyanyi dalam bahasa Mandarin. 

Hijabista Malaysia itu kemudiannya menyertai program paling popular di China iaitu I Am A Singer (Musim Kedua) pada 2014 yang ditonton 500 juta penonton seminggu. Dia muncul sebagai pilihan nombor dua juri profesional dan pilihan nombor tiga penonton.

Mengimbau kembali perjalanan dan pengalamannya bergelar bintang terkenal di China, Shila berkata ia agak tidak dijangka dan mengejutkan, termasuk dirinya sendiri.

"Memenangi pertandingan nyanyian Asian Waves di China pada 2012 sebagai peserta bukan Cina pertama yang mencapai kejayaan itu, menandakan permulaan perjalanan saya di China. Saya amat berterima kasih atas peluang itu kerana ia membuka pintu kepada saya dalam industri hiburan negara," katanya.

Menurut Shila keputusan untuk meneruskan kerjayanya di China dipengaruhi oleh banyak peluang yang terdapat di negara itu, terutama dalam sektor hiburan.

"China menganjurkan pelbagai pertandingan yang mengalu-alukan penyanyi bukan Cina untuk mempamerkan bakat mereka.

“Kemenangan saya dalam pertandingan Star Waves 2012 telah meningkatkan populariti saya di China, memberikan saya akses kepada pelbagai platform untuk mempamerkan kebolehan vokal saya, muzik yang sentiasa menjadi minat saya," katanya.

Selain China, penyanyi-pencipta lagu, pelakon dan penerbit rakaman itu turut terkenal di Hong Kong dan Taiwan. 

Shila Amzah ketika menyertai program I Am A Singer di China
Shila Amzah ketika menyertai program I Am A Singer di China

Populariti beliau di China membuatkan Tourism Malaysia melantik beliau sebagai Duta Pelancongan pada 2016 untuk meningkatkan lagi jenama pelancongan Malaysia di China dan mengukuhkan hubungan pelancongan dan kebudayaan antara kedua-dua negara.

Ditanya mengenai pandangan beliau sebagai figura awam mengenai hubungan Malaysia-China, Shila percaya hubungan Malaysia-China amat penting bagi kedua-dua negara berdasarkan sejarah kukuh yang telah terjalin terutama kerjasama dalam perdagangan, pelaburan dan pertukaran budaya.

"Melihat ke hadapan, terdapat banyak peluang untuk menjadikan hubungan Malaysia-China lebih kukuh. Kedua-dua negara mempunyai peluang yang banyak untuk bekerjasama, sama ada dalam perniagaan, teknologi,pelancongan, filem, menghasilkan lagu atau sekadar mengenali antara satu sama lain dengan lebih baik.

“Dengan berbuat demikian, kita boleh terus berkembang bersama," katanya.

Mengenai peranan yang boleh dimainkan oleh selebriti dan pempengaruh seperti dirinya dalam mempromosikan persefahaman dan kerjasama antara Malaysia dan China, Shila berkata golongan itu boleh melakukan banyak perkara untuk membawa Malaysia dan China lebih dekat.

"Kami boleh menggunakan platform kami untuk berkongsi cerita dan pengalaman positif kedua-dua negara. Sama ada melalui media sosial, kerjasama atau menyokong pertukaran budaya, kita boleh membantu menggalakkan persefahaman dan kerjasama antara Malaysia dan China. 

"Ini semua tentang menggunakan pengaruh kita untuk kebaikan dan menyatukan orang ramai dan sudah tentu menyanyikan lagu dalam bahasa yang berbeza adalah kelebihan saya,” katanya.

Ditanya mengenai hubungan rakyat antara Malaysia dan China serta apa yang menjadi tarikan kepada warga China di Malaysia, muzik dan negara, Shila berkata China sering mendapati ketiga-tiga faktor ini menarik.

"Pertama, kita rakyat Malaysia terkenal dengan keperibadian kita yang ramah dan amat mesra dengan pengunjung China.

“Kita sentiasa berusaha untuk membuat orang berasa dialu-alukan dan selesa. Selain itu, sejarah, budaya, agama,makanan dan perayaan yang pelbagai di Malaysia menjadikannya destinasi yang unik dan menarik bagi pelancong China.

"Genre muzik kita pelbagai, menggabungkan muzik tradisional dengan rentak moden, mencerminkan kepelbagaian budaya Malaysia. Ramai penyanyi Cina Malaysia telah mendapat populariti di China, dengan membawa identiti muzik Malaysia yang tersendiri," katanya.

Menurut Shila, rakyat China teruja untuk mengetahui lebih mendalam mengenai Malaysia terutama keunikan budaya negara.

“Akhirnya, kita semua memupuk hubungan yang kuat dan menyebarkan cinta merentasi sempadan!” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Tiada Lelaki Itu 2, Erma Akui Tiada Untung Kerana Bayaran Pelakon Mahal 

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 14 jam yang lalu

Kolaborasi Astro-TikTok Anjur Edisi Terbaharu ‘TikTok LIVE Gimme The Mic’ Di Malaysia

Uji bakat pencarian pencipta kandungan muzik dan bakat baharu bermula 7 Mei di TikTok LIVE

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 18 jam yang lalu

Atta Halilintar Kongsi Kenangan Jual Kad SIM Di Central Market

Atta yang pernah menetap di Malaysia kini muncul dengan single terbaru berjudul Mantap Cuy kolaborasi bersama Kidd Santhe dan Saixse

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Kenyataan Undang Kemarahan Warga Singapura, Erma Fatima Mohon Maaf

oleh Wartawan Hiburan Getaran