web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nadhir Nasar Pasang 2 Buah Khemah Syawal Pertama

Sejak bergelar selebriti, Nadhir akui ramai peminat yang akan datang beraya di kampung halamannya di Kuala Kangsar, Perak.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2024 5:29PM

Nadhir Nasar.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon kelahiran program Pencarian Hero Remaja 2020 yang semakin meningkat naik, Nadhir Nasar bakal memasang dua buah khemah di kampung halamannya di Kuala Kangsar, Perak sempena 1 Syawal ini.

Menurut Nadhir atau nama sebenarnya Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 28, setiap kali pulang beraya di kampung, ramai peminatnya  akan datang beraya termasuklah dari Ipoh, Taiping, Padang Rengas dan sekitar Perak.

"Insha-Allah, untuk hari raya pertama nanti saya akan sediakan dua buah khemah di hadapan rumah di kampung. 

"Tetapi saya tak kongsi alamat kampung saya. Jadi siapa yang tahu tu, tahulah. Yang mana yang tahu tu boleh datang dan kita raya bersama," katanya kepada Getaran.

Kongsi pelakon drama bersiri fenomena Projek High Council ini lagi, peminat sudah datang beraya di rumahnya sejak tahun 2020 lagi selepas beliau dinobatkan sebagai juara Hero Remaja.

"Tetapi selepas terlibat dengan drama yang menaikkan nama saya iaitu Projeck Anchor SPM, makin ramai peminat yang datang beraya.

"Saya gembira kerana kebanyakan drama lakonan saya mendapat sokongan daripada orang-orang Kuala Kangsar," kata jejaka yang dilahirkan di Amerika Syarikat ini.

Ditanya tentang makanan kegemarannya setiap kali lebaran tiba, kata Nadhir hidangan daging dendeng, lemang dan gulai lemak ayam kampung adalah yang paling disukainya.

“Tiga menu ini wajib ada. Kombinasi ketiga-tiga menu ini di atas satu pinggan menjadikannya satu hidangan yang sangat istimewa," kongsinya.

Tahun lalu foto Nadhir membeli ais di kedai runcit pada hari raya tular di media sosial sehingga menjadi ikutan netizen. – Getaran, 9 April 2024

Foto : Astro, Helmi Anuar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang