Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Aktor Malaysia, Shabby Melangkah Ke Kollywood

Selebriti Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2024 1:34PM

Sharath Nair atau Shabby - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelakon filem Tamil Malaysia, Sharath Nair yang lebih dikenali sebagai Shabby bakal melangkah ke dunia 'Kollywood' menerusi projek bersama pelakon terkenal Sivakarthikeyan.

Pencapaian menceburi industri perfileman Tamil bukan sahaja penting untuk dirinya malah turut memberi makna kepada sektor perfileman Tamil dan masyarakat India di Malaysia.

Aktor lelaki berusia 29 tahun berasal dari Batu Caves, Selangor, itu dalam temu bual eksklusif di Wisma Bernama baru-baru ini berkongsi pengalaman menjalani penggambaran di India.

"Penggambaran di India satu pengalaman yang indah, di sebalik kesibukan saya tetap melalui saat menyeronokkan bersama-sama dengan pelakon lain, katanya.

Mengembara ke India bukanlah asing buat dirinya kerana pernah ke negara ini sejak berusia 16 tahun untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Komunikasi Visual di Kolej Loyola di Chennai.

Masalah bahasa bukan halangan buat pelakon ini memandangkan ibunya berasal dari Palakkad, India, sekali gus banyak membantunya menyesuaikan diri dengan slanga tempatan.

Bercerita mengenai pengalaman di set, beliau memuji pelakon Sivakarthikeyan yang bukan sahaja amat menepati masa malah merendah diri dan keikhlasan pelakon itu juga memperlihatkan beliau seorang yang tidak lokek berkongsi pandangan selain turut meminati rancangan televisyen dan filem Malaysia.

Shabby berkata dalam menempuh perjalanan kariernya beliau amat terhutang budi kepada peminatnya dan "berterima kasih" atas sokongan tidak berbelah bagi yang diberikan selama ini, sekali gus menyuntik semangat kepada dirinya untuk mencuba pelbagai watak dan genre.

"Saya mengimpikan memegang watak adiwira, romantik dan watak penjahat yang kompleks seperti yang dilakonkan oleh Prithviraj dalam 'Kana Kanden'," tambahnya.

Sementara itu, beliau juga menyentuh mengenai kepentingan media sosial dalam persekitaran generasi hari ini, sambil menyatakan platform itu sering digunakan untuk tujuan negatif.

"Dalam landskap media sosial hari ini, hantaran yang meraikan pencapaian mungkin sekadar memperoleh suka dan komen sederhana manakala hantaran mengandungi kata-kata kesat serta tidak sesuai sering mendapat lebih banyak perhatian.

"Komen pada hantaran sedemikian sering menjadi pencetus kepada menularnya sindiran dan trolling sehingga menimbulkan pelbagai isu dalam zaman sekarang," katanya.

Beliau berkata individu berbakat sering diabaikan kerana mempunyai pengikut media sosial yang lebih sedikit dan walaupun mereka mencuba sedaya upaya menghasilkan kandungan bermutu namun tetap kurang mendapat perhatian.

Mengulas mengenai industri filem Tamil di Malaysia, beliau berkata terdapat perkembangan yang signifikan namun perlu lebih banyak usaha antaranya merekrut pakar atau individu berbakat untuk setiap jabatan, termasuk editor, pereka grafik dan artis kesan visual bagi memastikan industri dapat terus berkembang.

Aktor itu berkata bagi menyuntik lebih banyak keyakinan dan inspirasi, pihak penerbit perlu lebih yakin dengan keupayaan serta kebolehan pelakon muda, pengarah dan kru.

"Sokongan ini akhirnya akan meluaskan lagi pengaruh dan daya tarikan industri kerana golongan muda memiliki kemahiran menganalisis, mengkritik dan troubleshoot filem yang secara tidak langsung dapat menyumbang kepada pertumbuhan industri perfileman," katanya.

Sejak tahun 2012 Shabby merupakan bintang pilihan untuk pawagam di Malaysia, bermula dengan membintangi filem pendek dan kemudian melebarkan sayap menceburkan diri dalam filem "Kaliyugha" arahan S.T. Bala yang ditayangkan pada 2013.

Shabby terus membuktikan kewibawaan dengan memegang teraju utama dalam filem "Pulanaivu," arahan Shalini Balasundaram dan yang terbaru filem "Rajathanthiram: The Piano," diarahkan oleh Dinakaran dan Aaron Rao selain menceburi filem Melayu menerusi "Telekinesis" arahan Syafiq Yusof.

Tidak ketinggalan Shabby turut muncul di televisyen menerusi beberapa siri seperti "Manmadha Bullets," "Mente", "Jeeyum Neeyum" dan "Sivanthu Pochu Nenje". Penglibatannya dalam siri "Manameh Ketkava" dan "Rasika Rusika" menyerlahkan lagi bakatnya menerusi medium yang berbeza.

Shabby turut mencuba nasib sebagai juruhebah program, penolong pengarah, menari dan reka bentuk grafik selain menyimpan hasrat menjadi penerbit.

Kini, beliau terlibat dalam lima lagi projek, tiga daripadanya sudah pun dimuktamadkan termasuk filem Sivakarthikeyan, manakala untuk dua lagi filem masih dalam perbincangan.
- BERNAMA

Sorotan

1

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

2

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

3

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

4

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

5

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

6

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 8 jam yang lalu

'Sajian’ Terbaharu Daripada Netflix Mei Ini

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Puteri Sarah Tunai Umrah Lagi, Kali Ini Bersama Ibu Bapa 

Puteri Sarah bersyukur akhirnya impian untuk membawa ibu dan bapanya menunaikan ibadah umrah tercapai

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

"Awak Ada Nombor Saya": Muaz Minta Aliff Untuk Jadi 'Gentleman'

Menurut Muaz, beliau dan Aliff sudah ada perjanjian untuk tidak bercerita tentang isu curang ini kepada umum.

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Ernie Zakri Tak Sangka Lagu 'Masing Masing' Kembali Meledak Selepas Dinyanyikan Bella, Adira

oleh Helmi Anuar