web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Taylor Swift Luahkan Kesedihan Peminat Maut Di Konsert The Eras Tour

Menurut Kementerian Kebudayaan Brazil, kematian Ana Clara Benevides Machado mungkin berpunca daripada cuaca panas.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2023 1:56PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kematian seorang peminat di konsert Taylor Swift The Eras Tour di Rio de Janeiro, Brazil, Jumaat lalu adalah sesuatu yang cukup tragis dan pasti insiden ini menjadi perkara yang tidak mungkin dilupakan oleh penyanyi ini untuk sepanjang hayat.

"Saya tidak percaya saya menulis kata-kata ini tetapi dengan hati yang hancur saya katakan kami kehilangan peminat lebih awal malam ini sebelum persembahan saya," tulis Swift dalam satu kenyataan yang dikongsi di Instagram storynya pada Jumaat.

Tambah Swift, beliau bersedih dengan insiden yang berlaku dan demi keselamatan semua, beliau juga mengambil keputusan untuk membatalkan konsert pada malam kedua.

Menurut siaran berita yang dikeluarkan oleh Kementerian Kebudayaan Brazil, mangsa, Ana Clara Benevides Machado, 23, berada dalam kepanasan di tempat kejadian.

Ana Clara Benevides Machado. - gambar Facebook
Ana Clara Benevides Machado. - gambar Facebook

Gadis itu kemudian mengalami masalah jantung terhenti (cardiorespiratory arrest) sejurus sebelum konsert bermula di Stadium Nilson Santos.

Sehingga kini punca kematian rasmi masih belum dikeluarkan, tetapi Kementerian Kebudayaan Brazil tidak menolak faktor cuaca panas yang melampau mungkin menjadi punca. Rio de Jeneiro kini berhadapan dengan cuaca panas luar biasa sehingga melonjak ke 42 darjah Celsius.

Tempat duduk untuk konsert Rio di Jeneiro itu berdasarkan siapa cepat dia dapat, mendorong beberapa penonton konsert untuk beratur di luar stadium - di bawah terik matahari selama berjam-jam untuk mendapatkan tempat duduk terbaik.

Ketika konsert berlangsung, Swift juga menyedari ramai peminatnya memerlukan air dan beliau sendiri dilihat melempar botol minuman ke arah peminat yang memerlukan.

Susulan tragedi yang menimpa, penganjur konsert, Time For Fun, pada hari Sabtu mengeluarkan  langkah keselamatan baharu untuk siri jelajah yang dijadualkan di Brazil.

Ini termasuk membenarkan peminat membawa masuk botol air plastik, menyediakan tempat pengagihan air tambahan di dalam dan sekitar stadium dan membuat menambah pasukan bantuan perubatan.

Swift akan seterusnya akan pergi ke Sao Paulo, Brazil, di mana cuaca diramalkan hujan untuk tiga persembahan akhir minggu ini.

Jadual jelajah The Eras Tour akan berehat seketika untuk cuti musim sejuk sebelum kembali beraksi di Jepun pada Februari 2024.

Dalam perkembangan lain, bapa Ana Clara, Benevides Machado, 53, dikhabarkan akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak penganjur sekiranya terbukti berlalu kelalaian dari aspek keselamatan.

Ia susulan maklumat bahawa peminat dilarang membawa botol minuman ke dalam stadium.

Biarpun terdapat jualan air minuman, namun ia tidak dapat menampung permintaan dan peminat terpaksa bersesak dan menunggu lama untuk mendapatkan minuman.

Jelas bapa yang berduka itu, dia kehilangan satu-satunya anak yang bercita-cita tinggi.

Bahkan, Ana Clara sebenarnya sedang menunggu hari graduasi untuk menerima ijazah dalam jurusan Psikologi. – Getaran, 21 November 2023

Foto : Instagram Taylor Swift

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN