web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kutipan Derma Gaza Menggunakan Akaun Persendirian, Meerqeen Troopers Official Mohon Maaf

Menerusi sebuah hantaran di X, Meerqeen Troopers Official (MQT) dilihat menjalankan kutipan derma menggunakan akaun persendirian bawah nama kelab tersebut.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2023 12:19PM

Akaun peminat Meerqeen. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rata-rata rakyat Malaysia sedang giat melancarkan tabung kutipan derma untuk saudara Islam kita di bumi Palestin berikutan peperangan yang sedang berlaku,

Tabung kutipan itu dibuka sama ada oleh agensi Kerajaan atau pertubuhan bukan Kerajaan (NGO). 

Namun, baru-baru timbul persoalan dalam kalangan warganet apabila melihat satu hantaran daripada Meerqeen Troopers Official (MQT) yang menjalankan kutipan derma menggunakan akaun persendirian bawah nama kelab tersebut.

Menerusi hantaran X, kelab peminat pelakon Meerqeen itu berkongsi kod QR dengan kenyataan ia adalah bantuan kepada rakyat Gaza.

“Kutipan ini akan disalurkan kepada rakyat Gaza menerusi agensi-agensi utama yang berkhidmat memberi bantuan di sana. Kita bersama-sama berikan sinar buat mereka di sana,” katanya menerusi kenyataan di kod QR tersebut.

Hal ini menarik perhatian warganet lain dengan mempersoalkan mengapa saluran derma tidak menggunakan NGO rasmi malah ada juga pengguna mula meletakkan tag pihak berkuasa pada hantaran tersebut.

“Baiklah derma itu terus saja kepada akaun Cinta Gaza Malaysia di instagram @cintagazamalaysia”? kata seorang pengguna di X.

“Tolong jangan derma dekat akaun peribadi,” tegas seorang pengguna di hantaran yang sama.

“@BNM_official, @PDRMsia, sila siasat hantaran ini. Kutipan derma atas akaun peribadi,” komen seorang lagi pengguna.

Berikutan kehangatan tentang isu ini dipersoalkan, beberapa jam kemudian laman X MQT memuat naik sebuah kenyataan permohonan maaf dan sumbangan yang telah diterima telah disalurkan kepada pihak Cinta Gaza Malaysia.

“Atas isu berkenaan dengan kutipan dari pihak MQT, kami ingin memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak atas kecuaian dalam menggunakan akaun peribadi sebagai saluran untuk mengumpul kutipan dana.

“Sumbangan yang diterima telah kami sumbangkan kepada Cinta Gaza Malaysia sepertimana kami rancang pada awalnya bersama pihak pengurusan MQ. Kami berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama,” kata jurucakap menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh kelab tersebut.

Diharapkan hal seperti ini jelas bahawa kutipan dana atau derma kepada rakyat Palestin perlu disalurkan kepada akaun atau pihak yang berdaftar, bukan peribadi.

Ia bertujuan supaya tidak timbul keraguan dalam kalangan penderma atau penyumbang yang lain. – Getaran, 19 Oktober 2023

Sumber Foto: X MeerqeenTropersOfficial

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN