web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cinta Wan Ismail Golok Dan Lucy

Pelakon Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Sabri Yunus dan Angelina sah menjadi pasangan suami isteri.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2023 5:08PM

Angeline dan Sabri pada pernikahan mereka pagi tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan pengarah, Sabri Yunus serta aktres Angeline Tan yang terkenal dengan sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu kini sah sebagai pasangan suami isteri dengan sekali lafaz nikah, pagi tadi.

Berita gembira tersebut dikongsikan menerusi sebuah hantaran melalui akaun Instagram penyampai radio, Issey Fazlisham.

Ia memaparkan kedua-dua pasangan pengantin baharu tersebut mengenakan busana serba putih, dan disiarkan secara langsung melalui media sosial.

“Selamat pengantin baru abang Sabri Yunus dan kak Ardini (Angeline Tan), alhamdulillah kami sangat gembira. Semoga Cinta Wan Ismail Golok dan Lucy kekal sampai ke syurga. Pimai pimai tang tu,” kata Issey menerusi kapsyen di hantaran tersebut.

Sabri, 62, atau nama sebenarnya, Mohd Sabri Yunus, dinikahkan dengan Angeline, 56, oleh Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin hari ini.

Angeline atau lebih dikenali sebagai Lucy, iaitu watak yang dilakonkannya dalam Pi Mai Pi Mai Tang Tu, menerima mas kahwin seutas rantai emas.

Angeline memeluk Islam pada awal Oktober lalu dan menggunakan nama Ardini Angeline. Penghijrahannya itu telah menarik perhatian warganet apabila muncul dengan penampilan bertudung menerusi hantaran di instagramnya.

Rata-rata peminat memberikan reaksi yang positif dan gembira serta mendoakan agar kedua-dua pasangan diberkati dan berkekalan.

Ini perkahwinan kedua bagi kedua-dua selibriti berkenaan. Sabri sebelum ini bernikah dengan Norraya Mohd. Yusof, dan mempunyai tiga anak. Bagaimanapun beliau kehilangan isterinya pada 2007 yang meninggal dunia akibat barah.

Angeline juga pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu. – Getaran, 14 Oktober 2023

@getaranmy Selamat Pengantin Baru kami ucapkan buat Sabri Yunus dan Ardini / Angeline Tan! Semoga berkekalan sehingga ke Jannah. Kredit gambar: Issey Fazlisham #getaranmy #berita #pengantinbaru #berita #beritatiktok ♬ Instrumen Melayu - Andijul maruf

Sumber Foto Instagram Issey Fazlisham dan Angeline Tan

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN