web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aidid Marcello Kesal Ada Individu Menyamar Jadi Dirinya Di Aplikasi Media Sosial Untuk Golongan LGBT

Bekas pengacara TV3, Aidid Marcello kesal apabila identitinya telah dicuri oleh individu tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai dirinya di aplikasi media sosial untuk golongan LGBT

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2023 10:19AM

Aidid Marcello - Gambar dari Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bekas personaliti TV3, Aidid Marcello kesal apabila ada individu yang telah mencuri identitinya di dalam aplikasi media sosial untuk golongan LGBT.

Menerusi hantaran yang dibuat oleh bekas pengacara rancangan Remaja ini di akaun Instagram, dia telah berkongsi tangkap layar aplikasi berkenaan yang menunjukkan profil menggunakan nama dan wajahnya. 

“Aku doakan semoga orang yang gunakan muka aku sebagai gambar profil atau modal ‘marketing’ jual diri awak tu kembali berubah dan jumpa jalan pulang. 

“Kita semua tak sempurna, tapi nak buat sesuatu kita fikir dulu masak-masak dan jauh-jauh. Tak nak komen panjang, sama-sama kita doa yang baik-baik saja.

“Sebelum naik di media sosial lain pasal aku, baik awal-awal kita kasi ‘shout,” tulisnya di bahagian kapsyen. 

Hantaran Aidid itu telah mendapat perhatian netizen dan juga rakan-rakan selebriti seperti Fahrin Ahmad dan Zalif Sidek. 

“Awak bukan lelaki gelap, awak lelaki sejati,” tulis Zalif Sidek di bahagian komen. 

Penggunaan wajah orang lain terutamanya wajah selebriti bukan lagi perkara baru di alam maya. Telah banyak kes penipuan yang melibatkan ‘scammer’ yang menggunakan wajah selebriti sebagai modus operandi mereka menjerat mangsa. 

Dalam kes Aidid ini, mungkin wajahnya terlalu kacak, sehingga pencuri identiti itu teringin menjadi dirinya. Semoga tiada yang tertipu dengan helah manusia sebegini. – Getaran, 26 Jun 2023.


 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 6 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...