web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Gimik 'Hilang' Iedil Putra Tak Menjadi? Netflix Dedah Perkara Sebenar

Satu kenyataan telah dimuatnaik di akaun Instagram Iedil Putra mengatakan bahawa aktor itu tidak dapat dikesan sejak menghadiri majlis anjuran Netflix di Manila, Filipina

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2023 2:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semalam tiba-tiba pengguna media sosial dikejutkan dengan hantaran di Instagram pelakon terkenal Iedil Putra yang mendakwa dia telah hilang.

Menurut kenyataan itu, Iedil dikatakan tidak dapat dikesan sejak menghadiri majlis anjuran Netflix di Manila, Filipina beberapa minggu lalu.

Namun, netizen mula syak ada sesuatu yang tidak kena kerana di bahagian Insta Story, Iedil sempat membuat hantaran semula video yang memaparkan dirinya.

Ternyata tekaan netizen bahawa ini semua adalah gimik semata-mata adalah tepat apabila pihak Netflix tampil membuat penjelasan.

Menurut Netflix Malaysia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, ‘kehilangan’ Iedil hanyalah sebahagian daripada promosi pemasaran untuk drama terbaru terbitan mereka.

“Kami menghargai kebimbangan dan pertanyaan anda mengenai hantaran yang dibuat menerusi akaun Iedil baru-baru ini mengenai kehilangannya.

“Kami ingin memberi jaminan kepada semua bahawa ini adalah sebahagian daripada promosi pemasaran. Iedil kini berada dalam keadaan selamat dan sihat,” kata Netflix dalam kenyataan itu. 

Menyedari hal ini mengundang amarah orang ramai, Netflix Malaysia turut memohon di atas kekeliruan dan kebimbangan yang telah tercetus melalui kaedah promosi yang mereka lakukan. 

“Kami amat menghargai sokongan anda pada masa ini. Terima kasih kerana menghormati komitmen Iedil terhadap karya dan kerjayanya. Butiran lanjut mengenai kempen ini akan didedahkan tidak lama lagi,” tambah kenyataan itu.

Sementara itu, ruangan komen Instagram Iedil telah diserang oleh netizen yang tidak puas hati dengan tindakannya. Rata-rata mereka mengecam Iedil yang dilihat sengaja mencetuskan kebimbangan dengan gimik ‘hilang’ tetapi tidak menjadi. 

Semoga gimik murahan seperti ini tidak lagi menjadi pilihan para selebriti tempatan kerana kesannya mungkin membawa padah kepada karya dan kerjaya anda sendiri. – Getaran, 19 Jun 2023.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 16 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...