Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kemelut Berakhir, Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah Sah Bercerai Talak Satu

Pasangan selebriti ini sah bercerai secara baik pada Rabu, jam 12.23 tengah hari di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Selebriti Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2023 1:58PM

Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana bercerai secara baik hari ini - Gambar oleh Helmi Anuar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Akhirnya kemelut rumah tangga yang melanda pengarah sensasi, Syamsul Yusof dan pelakon, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menemui titik noktah apabila pasangan ini sah bercerai secara baik hari ini pada jam 12.23 tengah hari tadi di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. 

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Akmalluddin Ilyas, selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Puteri Sarah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Hakim Syarie Akmallluddin kemudian mensabitkan berlaku perceraian dan memerintahkan Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, menjalani tempoh edah selama tiga bulan dan mendaftarkan perceraian mereka.

Terdahulu sebelum melafazkan cerai itu, Puteri Sarah dan Syamsul dilihat bersalaman dan masing-masing kelihatan tenang.

Pada 25 Mei lalu, Mahkamah Rendah Syariah di sini dimaklumkan tiada ruang untuk Syamsul dan Puteri Sarah untuk berdamai dalam kemelut rumah tangga mereka.

Ini kerana Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang telah dibentangkan di mahkamah mengesahkan berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) pada pasangan itu dan kewujudan pihak ketiga.

Dalam prosiding hari ini, Puteri Sarah diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader manakala Syamsul diwakili peguam syarie Azmi Mohd. Rais.

Syamsul sewaktu ditemui pihak media selepas melafazkan cerai berkata, dia bersyukur kerana akhirnya semuanya sudah selesai.

"Alhamdulillah semuanya sudah selepas. Penceraian hari ini berjalan dengan lancar seperti yang kami bincang sebelum ini demi masa depan dan kebaikan anak-anak Saya. 

“Jika kami terus memikirkan tentang diri kami sahaja, akhirnya akan memberikan kesan kepada anak-anak. Kami sebagai ayah dan ibu tidak mampu untuk menjejaskan masa depan mereka. 

“Saya kira ini adalah pengakhiran yang baik untuk hubungan kami. Walaupun kami sudah berpisah, tetapi kami tidak berdendam lagi" katanya yang akan terus bersahabat bersama bekas isterinya.

Sementara itu Puteri Sarah pula meluahkan rasa syukur dan lega kerana akhirnya semuanya selesai dengan cara baik.

"Kami telah berbincang dengan lebih mendalam sebelum tiba hari ini tanpa melibatkan media sosial. Harapan saya agar tiada lagi sengketa yang tinggal selepas ini," katanya. 

Ditanya apakah perasaannya setelah Syamsul melafazkan talak terhadapnya, kata Sarah biarlah perasaan itu disimpan olehnya seorang sahaja. 

Puteri Sarah juga memberitahu dia mahu Syamsul hadir di setiap sambutan yang berkaitan dengan anak-anaknya seperti Hari Jadi, Hari Sukan dan sebagainya.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6 dan Sumayyah , 4 tahun. - Getaran, 14 Jun 2023

Sorotan

1

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

2

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

3

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

4

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

5

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

6

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Ernie Zakri Tak Sangka Lagu 'Masing Masing' Kembali Meledak Selepas Dinyanyikan Bella, Adira

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 13 jam yang lalu

'Sajian’ Terbaharu Daripada Netflix Mei Ini

Penuhi waktu luang dan hujung minggu anda dengan pelbagai kisah menarik daripada Netflix.

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Puteri Sarah Tunai Umrah Lagi, Kali Ini Bersama Ibu Bapa 

Puteri Sarah bersyukur akhirnya impian untuk membawa ibu dan bapanya menunaikan ibadah umrah tercapai

oleh Helmi Anuar

Selebriti 2 jam yang lalu

Hail Amir Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Paru-Paru

oleh Wartawan Hiburan Getaran