web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Desas-Desus Bakal Sertai PAS, Eizlan Yusof Zip Mulut Dan Tidak Mahu Komen Apa-Apa 

Desas-desus itu timbul susulan gambar beliau bersama beberapa figura politik dari PN dan MN serta PAS yang tersebar di media sosial. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2023 4:07PM

Eizlan Yusof (dua dari kanan) menerima kad keahlian Kelab Motosikal Alternative Rising Club (ARC), iaitu kelab yang ditubuhkan di bawah Dewan Pemuda PAS.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan pengarah, Datuk Seri Eizlan Yusof, 51 yang pernah bertanding kerusi Parlimen Sabak Bernam mewakili Parti PEJUANG pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu, dipercayai bakal menyertai Perikatan Nasional (PN) di bawah tiket PAS.

Ia susulan beberapa gambar beliau bersama beberapa figura politik dari PN dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN) terutama Pengerusi MN, Tan Sri Annuar Musa, mula tersebar di media sosial sejak beberapa minggu lalu.

Bahkan, pelakon terkenal itu juga dilihat menerima kad keahlian Kelab Motosikal Alternative Rising Club (ARC), iaitu kelab motosikal yang ditubuhkan di bawah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).

“Saya tak nak komen apa-apa mengenai perkara itu (masuk PAS). Tunggu saja pengumuman berkaitan sekiranya perkara itu benar-benar berlaku.

“Buat masa ini saya hanya menjalankan tanggung jawab kerana diberi kepercayaan oleh Tan Sri Annuar untuk bersama MN yang berperanan sebagai platform NGO untuk melaksanakan program dan aktiviti ke arah kemuafakatan, perpaduan dan tanpa bersifat perkauman,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Penerangan MN Selangor, berkata jiwa NGO yang ada dalam dirinya melihat Pengerusi MN itu benar-benar serius untuk mempromosikan perpaduan ummah selain menjunjung keutuhan sistem politik negara yang lebih baik.

NGO baharu ini mula membuka keahlian kepada orang ramai pada 10 Disember 2022 dan keahliannya telah mencecah lebih 100,000 orang.

Annuar sebelum ini dilaporkan berkata, pertubuhan itu kekal sebagai sebuah NGO dan tidak terbabit dalam gerakan politik.

MN adalah NGO yang diperkenalkan oleh Annuar serta berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan tidak merujuk kepada kerjasama pilihan raya antara UMNO dan PAS yang ditandatangani pada September 2019 yang turut dinamakan sebagai Muafakat Nasional.

Pada Mei lalu, Annuar mengesahkan akan menyertai PAS dan tidak menolak untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. – Getaran, 9 Jun 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 14 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...