web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Misi Baharu Betty Banafe, Bantu Wanita Cari Jodoh Melalui Proses Taaruf  Sesuai Dengan Syariat Islam 

Terbaharu, Betty menganjurkan pula sesi bicara untuk membantu wanita-wanita di luar sana untuk memahami cara dan pendekatan untuk mendapatkan jodoh yang mendapat keredaan Allah SWT.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2023 12:00PM

Betty Banafe - Gambar Instagram

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas berjaya memperjuangkan nasib anak istimewa sindrom down, Bella bersama beberapa pihak badan bukan kerajaan, langkah Betty Banafe tidak terhenti di situ sahaja. 

Bahkan, pelakon yang juga bergelar usahawan ini masih terus usaha dan kerja-kerja murni yang berkaitan dengan kemasyarakatan. 

Terbaharu, Betty menganjurkan pula sesi bicara untuk membantu wanita-wanita di luar sana untuk memahami cara dan pendekatan untuk mendapatkan jodoh yang mendapat keredaan Allah SWT, proses yang perlu dilalui serta cara untuk mengetahui bahawa seseorang itu adalah jodoh kita. 

Bahkan, di dalam sesi ini juga, Betty bersama dua panelis yang lain iaitu Aliza Kim dan Tisha Zainal akan turut memperkenalkan pengertian Taaruf

Menurut Betty, Taaruf adalah cara yang betul dalam Islam untuk mengenali seorang lelaki untuk berkahwin, juga berbincang dengan wanita yang disenangi bagaimana mengatasi beberapa halangan mencari cinta dan tetap berkahwin.

“Apa yang cuba saya lakukan ini adalah untuk membantu wanita di luar sana agar tidak membuang masa dalam hubungan sebelum berkahwin. Bebas menyentuh dan bagaimana kita dapat menawarkan jiwa kita daripada diporak porandakan oleh lelaki yang salah. 

“Melalui sesi bual bicara ini saya akan memperkatakan tentang topik Jodoh Pilihan dalam redha Allah. Hanya dengan pengetahuan ini, kita boleh berkongsi ilmu dengan orang lain.

“Kita akan bertemu dalam kumpulan kecil. Komuniti ini memang ada dan kebanyakannya anak murid Sheikh Hussein Lee. 

“Ramai mualaf Islam yang melalui proses ini dan mereka boleh mengesyorkan aplikasi untuk mencari pasangan jiwa,” katanya lagi. 

Sesi bual bicara itu akan diadakan di Marookha Café di Taman Tun Dr Ismail iaitu sebuah kafe yang dikhususkan untuk para wanita sahaja. 

Ia bakal berlangsung pada jam 1 hingga 4 petang di kafe tersebut pada hari ini dengan bayaran masuk sebanyak RM75 termasuk makan tengahari yang menghidangkan juadah Palestin. – Getaran, 9 Jun 2023 

Sorotan

1

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

2

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

3

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

4

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

5

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

6

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

Disyorkan untuk anda

Muzik 3 jam yang lalu

Tipe-X, Last Child Dan Ruffedge Bakal Gegar Latihan Pestapora Malaysia 2026

oleh Rahayu MN