web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Alhamdulillah, Saya Masih Bernyawa' - Adam Corrie Lee Jawab Tentang Berita Palsu Kematiannya Yang Tersebar Luas Di Alam Maya 

Terbaharu, aktor dan koreografer tari, Adam Corrie Lee pula yang menjadi mangsa dan diberitakan sudah meninggal dunia. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2023 10:05AM

Adam Corrie Lee - Gambar dari Instagram

oleh

Zara Sofea

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tak tahulah apa yang tidak kenanya dengan segelintir masyarakat kita. Gemar sangat menyebarkan berita hoax atau palsu mengenai kematian seseorang. 

Terbaharu, aktor dan koreografer tari, Adam Corrie Lee pula menjadi mangsa dan diberitakan sudah meninggal dunia. 

Berita palsu tentang kematiannya itu telah dilaporkan oleh seorang blogger yang tidak bertanggungjawab dan ia turut tersebar luas di platform TikTok sejak semalam. 

Tenang berhadapan dengan berita kematian palsunya itu, Adam Corrie Lee telah memuatnaik sebuah hantaran di Instagram. 

“Dalam dunia maya ni. Orang suka buat kandungan pelik-pelik untuk raih tontonan. Berita palsu Alhamdulillah saya masih bernyawa,” tulisnya dengan ringkas dan tenang. 

Dipercayai tajuk berita itu sebetulnya berasal daripada tajuk berita kematian bapa mertuanya yang telah pergi menyahut seruan Ilahi pada awal Jun tahun ini sepertimana yang dilaporkan kebanyakan media tempatan.

Namun, blogger tersebut  ini telah mengubahnya menjadi bahan berita yang palsu. 

Dalam pada itu, hantaran yang dimuat naik Adam Corrie itu telah menarik perhatian ramai pengikut serta peminatnya. Rata-rata mereka menyatakan rasa kekesalan terhadap tindakan tidak bertanggung jawab blogger tersebut. 

@eimada_mkkl dalam komennya menulis: “Lepas King (Ridzuan Hashim) meninggal dunia hari tu, terus Aaron Aziz pun dikatakan meninggal dunia, pastu sekarang Dragon (Adam Corrie Lee) pula. Adoi”. 

Komen daripada @Zkembara pula: “Alhamdulillah cuma cerita palsu.Ramai peminat terus mendoakan agar Adam Corrie Lee terus panjang umur bersama keluarga dan kekal bahagia hingga ke jannah dalam nikmat Iman dan Islam”. 

Semoga ramai yang akan mengambil iktibar tentang perkara ini dan tidak sesuka hati menulis dan menyebarkan berita kematian seseorang. - Getaran, 6 Jun 2023 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 6 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...