web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Fasha Sandha Terima Permohonan Maaf Terbuka Daripada Wanita Yang Menuduh Dirinya Potong Usus Untuk Kurus

Menurut Fasha, bukan dia yang menjalani pembedahan bariatric di sebuah hospital, sebaliknya dia yang menemani ibunya membuat pembedahan berkenaan tiga tahun lalu.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2023 12:02PM

Fasha Sandha telah menerima permohonan maaf secara terbuka daripada seorang wanita yang sebelum ini telah membuat kenyataan di media sosial bahawa Fasha pernah melakukan pembedahan bariatric untuk kurus - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon terkenal, Fasha Sandha telah menerima permohonan maaf secara terbuka daripada seorang wanita yang sebelum ini telah membuat kenyataan di media sosial bahawa Fasha pernah melakukan pembedahan bariatric untuk kurus. 

Menurut wanita berkenaan yang menggunakan nama Sizuka Momoshi, ada jururawat di sebuah hospital yang telah memberitahu kepadanya bahawa Fasha Sandha telah memotong usus.

Fasha kemudian telah menghubungi wanita tersebut untuk bertanya lebih lanjut tentang tuduhan tersebut. Menurut Fasha, dia pernah ke hospital yang dikatakan oleh wanita berkenaan untuk menemani ibunya yang melakukan pembedahan bariatric pada tahun 2022.  Tetapi,  bukan dirinya yang menjalani pembedahan itu.

Sehubungan itu, Fasha telah menggesa wanita berkenaan untuk membuat permohonan maaf dalam tempoh masa 24 jam.

“Kepada penulis ini atau sesiapa yang berkaitan dengan penulisan komen ini, saya bagi masa 24 jam untuk anda  tampilkan bukti atau buat permohonan maaf secara terbuka. Misi mana yang menyebarkan berita palsu? Saya jaga ibu saya tiga tahun lalu. Alih-alih buat cerita saya yang buat pembedahan bariatric. 

“Saya harap perkara ini boleh dijadikan pengajaran agar jangan mudah nak gunakan media sosial untuk menyebarkan berita palsu sebelum mendapat kesahihah,” tulis Fasha.

Wanita berkenaan kemudian telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas tiga jam melalui hantaran di akaun media sosialnya.

“Di sini saya ingin memohon maaf kerana telah menyebarkan komen yang tidak pasti betul dan sahih tanpa usul periksa. Saya tidak selidik perkara sebenar sebelum menyebarkan komen ini. Saya mohon maaf dan tidak akan mengulanginya lagi,” tulisnya. 

Permohonan maaf wanita berkenaan telah diterima oleh Fasha dengan harapan agar perkara ini dapat dijadikan iktibar dan tidak berlaku kepada artis mahupun orang lain.

“Dapatkan fakta sahih sebelum komen. Jangan sedap-sedap nak mengata artis atau sesiapa pun. Jangan sesekali salah guna media sosial. Negara kita ada undang-undang. Saya tidak akan menjawab apa-apa lagi tentang isu ini kerana saya dah pun maafkan dia,” tulisnya. – Getaran, 2 Jun 2023

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN