web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Ada Banyak Lagi Isu Di Malaysia Yang Kita Boleh Ketengahkan' - Aina Abdul Respon Tentang Kecaman Netizen Terhadap Fesyennya

Menurut Aina Abdul, ada netizen yang ingin memboikotnya gara-gara baju yang dipakai di Big Stage minggu lalu. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2023 8:42PM

Aina Abdul berkata isu bajunya itu tidak sepatutnya dijadikan isu yang besar oleh netizen kerana ada banyak perkara lain yang perlu diberikan perhatian. - Gambar dari Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hujung minggu lalu kecoh di media sosial apabila penyanyi popular yang juga juri tetap Big Stage 2023 tampil dengan busana bersaiz gergasi sewaktu menjurikan konsert minggu keempat.

Aina memakai busana yang direka oleh pereka muda semakin meningkat naik iaitu Masyadi Mansoor yang berkonsepkan ala-ala tilam dan bantal. 

Ramai netizen yang menuduh Aina sebagai seorang yang mementingkan diri sendiri dan biadap terhadap penonton yang duduk dibelakangnya kerana menghalang penglihatan mereka ke arah pentas. 

Aina sewaktu ditemui pihak media berkata, perkara ini tidak sepatutnya dijadikan isu yang besar oleh netizen kerana ada banyak lagi isu di luar sana yang perlu diberikan perhatian. 

“Saya ada terbaca komen-komen yang agak melampau. Saya terkejut juga ‘feedback’ netizen. Ada juga yang sampai ingin memboikot saya gara-gara baju yang saya pakai. Saya pernah pakai baju yang lebih besar dari itu. 

“Ada banyak lagi isu di Malaysia yang kita boleh ketengahkan dan perbaiki. Bukan isu baju saya ‘blocking’ penonton. 

“Kalau saya pakai baju yang ‘simple’ pun belum tentu penonton di belakang akan nampak dengan jelas apa yang ada di pentas. Kerana tempat duduk juri diletakkan di atas ‘platform’. Benda ini kadang-kadang saya terfikir untuk cakap, tetapi takut orang kata saya riak pula,” katanya. 

Kata Aina lagi, isu ini bukanlah perkara baru baginya. Malah sejak dari tahun dia popular dengan lagu ‘Sumpah’ lagi, dia sudah sering terima kecaman tentang fesyen yang digayakannya. 

“Bukannya saya tidak mahu endahkan ataupun bersikap degil. Saya ada sebab kenapa saya pakai baju sebgitu. Ada mesej yang saya cuba sampaikan. Tema konsert Big Stage pada minggu itu ada Galau. Bagi saya dan juga pereka fesyen, katil dan tilam adalah tempat untuk kita luahkan segala rasa sedih. Itu yang cuba kita bawakan. Tetapi lain yang kita nak ketengahkan, lain yang berlaku,” kongsinya. 

Sejak minggu pertama Big Stage 2023 bersiaran, Aina sering tampil dengan fesyen-fesyen unik yang sering kali menjadi perhatian ramai. Apa pula yang akan dipakai oleh Aina minggu ini? Sama-sama kita nantikan. - Getaran, 1 Jun 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 18 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...