web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Sudah Ada Teman Istimewa, Namun Belum Ada Jodoh Nak Kahwin – Zarina Zainoordin

Zarina atau nama sebenarnya Zarina Zainoordin berkata, dia berkenal individu berkenan hampir 10 tahun dan keluarganya sudah kenal lelaki berkenaan.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2023 2:04PM

Zarina Zainoordin berpegang pada ketentuan qada' dan qadar, barangkali belum sampai masanya mengecapi nikmat perkahwinan - Gambar Instagram Zarina Zainoordin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Saya nak kahwin tapi tak ada jodoh lagi rasanya,”  demikian pengakuan penyanyi dan pelakon, Zarina Zainoordin yang sering disoal berkenaan bila akan menamatkan zaman bujangnya. 

Bagaimanapun, menurut Zarina yang kini berusia 39 tahun itu, dia sudah mempunyai insan istimewa di hatinya, walaupun belum ada kepastian sama ada ikatan yang berbunga itu bakal tersimpul rapi dengan ikatan yang sah.

“Saya ada teman istimewa, saya kenal dia dah sepuluh tahun. Tapi itulah, nak kahwin saya rasa tidak ada jodoh lagi rasanya.

“Dia seorang duda yang berusia 52 tahun dan mempunyai dua orang anak. Dia mungkin tunggu anak-anak membesar lagi supaya mereka faham rasanya,” katanya kepada Getaran.

Bercerita lebih lanjut tentang lelaki tersebut, Zarina atau nama sebenarnya Zarina Zainoordin berkata, lelaki yang berasal dari Perak itu bukan anak seni dan tiada latar belakang dari industri seni dan hiburan ini.

“Keluarga saya juga sudah kenal dengan dia,” katanya. 

Sementara itu, pelakon ‘Serpihan Sayang’ itu turut mengakui tertekan apabila teman-teman dan saudara-maranya masih bertanya dan sering menyoal mengenai status perkawinannya.

Tambahnya, melihatkan ramai teman dan sepupunya sudah berumah tangga dan bahagia bersama zuriat masing-masing, tersirat pelbagai rasa di sanubari.

Pun begitu, dia berpegang pada ketentuan qada' dan qadar, barangkali belum sampai masanya mengecapi nikmat perkahwinan.

“Bohonglah kalau saya tak terasa apa-apa bila seorang demi seorang kawan dan sepupu melangkah ke jenjang pelamin. Jujur, saya sendiri tak sangka pada usia begini belum mendirikan rumah tangga.

“Malah, anak-anak buah saya semakin membesar dan rasanya tertekan bila orang asyik tanya bila nak kahwin. Masalahnya bukan saya tak nak kahwin tapi belum ada jodoh,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Zarina bakal muncul dalam filem arahan Syamsul Yusof yang masih dalam proses penggambaran. – Getaran, 26 Mei 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 14 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN