web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Johnny Depp Kembali! Kekal Jurucakap Dior Sauvage Dengan Perjanjian AS$20 Juta

Ketika perbicaraan berlangsung, Dior berdiri teguh di belakang Depp dan susulan sokongan yang tidak berbelah bahagi tersebut, penjualan Sauvage naik mencanak, lapor Wall Street Journal pada Jun 2022.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2023 8:10AM

Johnny Depp - Gambar dari Dior

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ketika bekas isterinya, Amber Heard berpindah ke Sepanyol dan meninggalkan Hollywood susulan perbicaraan berprofail tinggi tahun lepas, Johnny Depp dilaporkan terikat dengan perjanjian paling besar dalam sejarah untuk menjadi jurucakap Dior Sauvage.

Depp telah menandatangani kontrak selama tiga tahun melibatkan jumlah AS$20 juta, demikian menurut Variety yang turut menyatakan pelakon Edward Scissorhands yang berusia 59 tahun itu dibayar dua kali ganda berbanding Robert Pattinson yang menjadi jurucakap untuk Dior Homme. 

Manakala Brad Pitt pula dibayar AS$7 juta untuk mempromosikan Chanel No. 5.

Sumber memaklumkan kebanyakan pelakon dalam senarai 'A' dibayar antara AS$2 juta ke AS$4 juta untuk kontrak seumpama itu termasuk Chris Pine, yang dibayar AS$4 juta setahun selama tiga tahun oleh Armani.

Depp pertama kali menjadi jurucakap Dior Sauvage pada 2015 dan terus terikat dengan jenama mewah tersebut meskipun ketika dia dilanda kontroversi kerana didakwa melakukan penderaan fizikal dan serangan seksual ke atas Heard.

Ketika perbicaraan berlangsung, Dior berdiri teguh di belakang Depp dan susulan sokongan yang tidak berbelah bahagi tersebut, penjualan Sauvage naik mencanak, lapor Wall Street Journal pada Jun 2022.

Malah Wall Street Journal memberitahu Sauvage merupakan antara haruman paling tinggi jualan menerusi dalam talian, pada tahun lepas.

Dalam pada itu, DailyMail.com mengesahkan bahawa Heard telah meninggalkan dunia Hollywood dan berpindah secara senyap-senyap ke Sepanyol dengan anak perempuannya yang berusia dua tahun, Oonagh Paige.
 
''Dia boleh bertutur dalam bahasa Sepanyol dan gembira di sana, membesarkan anaknya jauh dari hiruk pikuk.

''Saya tidak rasa dia dalam keadaan tergesa-gesa untuk kembali ke Hollywood namun dia mungkin akan kembali apabila tiba masa yang sesuai dengan projek yang sesuai,'' dedah rakan Heard.

Aktres The Aquaman itu menjual rumahnya di Yucca Valley, California, Julai tahun lepas pada harga AS$1.1 juta.

Pada Jun tahun lalu, Depp memenangi kes saman fitnah terhadap Heard dalam perbicaraan yang berlangsung selama enam minggu di Virginia.

Juri yang bersidang di Mahkamah Circuit di Fairfax Country  memutuskan pelakon Pirates of the Caribbean itu dibayar ganti rugi AS$15 juta dalam perbicaraan penuh kontroversi membabitkan pelbagai saksi dan bintang terkenal Hollywood.

Depp sebelum itu memfailkan saman fitnah terhadap Heard atas penulisannya untuk kolum Washington Post, dengan menuntut ganti rugi sebanyak AS$50 juta. - Getaran, 18 Mei 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 9 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN