web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Takut Pun Ada, Gemuruh Pun Ada - Farahdhiya Sertai Mega Spontan Kerana Mahu Cabar Diri 

Dalam pada itu Farahdhiya turut mengakui dia perlu membuat persediaan secukupnya supaya tidak ketinggalan dengan barisan peserta lain.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2023 8:30PM

Farahdhiya - Gambar Astro

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi dan pelakon Farahdhiya Mohd Amin mengakui dia menyertai program Mega Spontan kerana ingin mencabar diri dengan mencuba sesuatu yang baharu yang tidak pernah dilakukannya dengan menyertai program Mega Spontan.

Namun, Farahdhiya, 39, berkata, dia masih gementar walaupun selepas membuat keputusan menyertai program berkenaan.

“Sebenarnya saya tak nak, tetapi terpaksa rela mencabar diri sekarang. Bukan senang-senang saya mengambil keputusan untuk menyertai program lawak ini sebenarnya.

“Hampir dua hari saya berfikir dan berbincang dengan pihak produksi program ini untuk setuju menyertai program. Sebab, bagi saya this is not my field. Berlakon pun saya memilih sangat dengan watak-watak yang ditawarkan kepada saya.

“Jadi memang lari sangat daripada scope saya. Takut pun ada, gemuruh pun ada,” katanya kepada Getaran.

Jelas Farahdhiya, dia tidak pernah menonton program berkenan dan dirinya masih tidak memahami sepenuhnya konsep rancangan Mega Spontan ini.

Bagaimanapun, pelantun lagu ‘Kepada Dia’ itu mengakui dia memberanikan dirinya untuk menyertai rancangan ini kerana program berkenaan dijalankan secara berkumpulan.

“Sejujurnya, saya tidak pernah menonton program Super Spontan ini. Jadi, bila pihak produksi menghantar klip-klip rancangan sebelumnya, saya masih tidak memahaminya.

“Tetapi pihak produksi memaklumkan kami akan ada ‘boothcamp’ bersama semua peserta dan kami akan diajar mengenai apa sebenarnya  rancangan ini, barulah saya berasa lega. 

“Lagipun saya ‘berani masuk sebab dia konsep beraksi secara berkumpulan, bukan solo. Kalau solo mati hidup semula pun saya tak akan buat,” ujarnya.

Farahdhiya mengakui gementar namun mencabar diri untuk menyertai program Mega Spontan.
Farahdhiya mengakui gementar namun mencabar diri untuk menyertai program Mega Spontan.

Dalam pada itu Farahdhiya turut mengakui dia perlu membuat persediaan secukupnya supaya tidak ketinggalan dengan barisan peserta lain.

Program ini, ujarnya tidak hanya sekadar dengan kelucuan yang tidak menjadi sebaliknya memiliki ilmu supaya lawah yang disampaikan akan memberikan 'sesuatu' kepada penonton.

“Saya perlu banyak mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan semasa supaya tidak ketinggalan dengan peserta lain kerana lawak yang dipersembahkan hari ini harus terus ke depan dan tidak boleh sekadar melawak serta ketawa semata-mata.

“Perasan gemuruh pun ada, kalau boleh saya tidak mahu kelihatan 'bodoh' di atas pentas itu dengan lawak yang tidak menjadi,” tambahnya.

Mega Spontan akan berlangsung selama lapan minggu dan bersiaran secara langsung dari Panggung Percubaan, Universiti Putra Malaysia, Serdang mulai 19 Mei, setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Warna (saluran 107).

Selain Farahdhiya, Roy Azman, Datuk Jalaluddin Hassan, Mark Adam, Atu Zero, Joey, Adlin Aman Ramli, Ramona Zam Zam dan Aya Amiruddin antara selebriti lain yang menyertai rancangan ini. - Getaran, 17 Mei 2023.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 21 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...