web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Saya Masih Lagi Orang Islam, Masih Solat Lima Waktu' - Naufal Azrin Ulas Tentang Dakwaan Lupa Diri

Penampilan penyanyi yang popular dengan lagu Casablanca ini di pentas Big Stage 2023 dikecam ramai kerana dia dikatakan seolah-oleh telah lupa diri 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2023 4:00PM

Naufal Azrin - Gambar dari Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penampilan penyanyi baru yang juga peserta Big Stage 2023 iaitu Naufal Azrin sewaktu membuat persembahan di konsert minggu yang pertama telah mendapat perhatian ramai.

“Saya masih lagi orang Islam. Masih lagi solat lima waktu. Itu sahaja. Baju yang saya pakai itu hanyalah untuk pertandingan dan kreativiti. Juri juga beri markah dari segi penampilan dan konsep. Saya cuba memenuhi apa yang mereka mahu.

Naufal telah memakai baju berwarna merah dan menampakkan bahagian dadanya. Dia turut memakai rantai sebagai aksesori untuk melengkapkan gayanya.

Namun, penampilan Naufal itu tidak disenangi segelintir pihak sehingga mendapat teguran secara terbuka oleh PU Syed menerusi hantaran di media sosialnya. 

“Ingatan bersama buat adik Naufal Azrin penyanyi Casablanca yang kini menjadi peserta Big Stage 5. Tidak perlu menjadi orang lain untuk dilihat cemerlang dalam bidang nyanyian. Halal dan haram jangan dicampur yang akhirnya menyebabkan kita dipandang serong oleh masyarakat,” tulis PU Syed dalam hantaran itu. 

Naufal sewaktu ditemui oleh pihak media sejurus tamat konsert minggu kedua berkata, dia masih sedar diri dan bukan seperti apa yang didakwa oleh pendakwah bebas berkenaan. 

“Saya masih lagi orang Islam. Masih lagi solat lima waktu. Itu sahaja. Baju yang saya pakai itu hanyalah untuk pertandingan dan kreativiti. Juri juga beri markah dari segi penampilan dan konsep. Saya cuba memenuhi apa yang mereka mahu,” katanya.

Naufal Azrin
Naufal Azrin

Ditanya tentang dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa Naufal sudah mula lupa diri dan berubah daripada imej sebagai penyanyi nasyid kepada penyanyi pop, kata Naufal dakwaan itu tidak benar sama sekali.

“Saya adalah seorang penyanyi dan gemar untuk mencuba pelbagai genre muzik. Sebenarnya nasyid adalah genre, bukannya agama. Saya tidak terikat dengan satu genre sahaja

“Saya mohon maaf kepada sesiapa di luar sana yang mungkin tidak suka dengan penampilan saya. Saya tak boleh jadi seperti apa yang anda mahukan. Saya cuba yang terbaik dalam hidup saya. Tolong doakan saya,” ujarnya.

Katanya lagi, imej-imej ganggi yang dipertontonkan di pentas Big Stage hanyalah untuk pertandingan itu sahaja, jika di luar dia masih Naufal yang sama.

Terselamat daripada penyingkiran selepas diberikan Imuniti X daripada juri tetap iaitu Ajai dan Aina Abdul, Naufal berjanji akan memberikan persembahan yang terbaik untuk minggu ketiga dan tidak akan memakai pakaian yang seksi lagi. – Getaran, 17 Mei 2023.

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 19 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN