Berita Terkini

3 minit yang lalu: Ahmad Faizal Pengerusi PN Negeri Sembilan yang baharu 4 minit yang lalu: APG 2023: Atlet para di landasan tepat capai 33 pingat emas 5 minit yang lalu: Dialog Shangri-La 3 hari bermula di Singapura 6 minit yang lalu: Aliran penumpang udara naik 45.8 peratus pada April, domestik pulih - IATA 7 minit yang lalu: GP di 10 daerah dipelawa sertai program rintis Skim Perubatan MADANI

IKUTI KAMI


Muat Naik Gambar Sidai Bikini Merah Di Balkoni, Ameera Khan Dikecam Netizen 

Gambar bikini yang dimuatnaik oleh adik kepada Neelofa ini lantas mendapat kecaman ramai.

Selebriti Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2023 12:24PM

Tindakan Ameera yang juga adik kepada Neelofa memuatnaik gambar bikini yang disidai di balkoni telah mengundang kecaman netizen. - Gambar dari Instagam @littlemisskhan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kontroversi dengan pempengaruh media sosial yang satu ini ibarat berpisah tiada. Terbaru adik kepada Neelofa iaitu Ameera Khan sekali lagi menjadi perhatian netizen selepas dia memuatnaik gambar bikini merah yang disidai di balkoni.

Ameera ketika ini sedang berada di Paris kerana mengikuti lawatan bersama jenama kecantikan di sana.

Gambar yang dikongsikan kepada 1.5 juta pengikut akaun Instagramnya itu telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan Ameera yang disifatkan mereka seperti sudah hilang rasa malu. 

Gambar dari Instagram
Gambar dari Instagram

Netizen juga turut mengaitkan dengan ibadah umrah yang sering dilakukan Ameera. Tidak cukup dengan itu, nama Neelofa dan PU Riz turut ‘diheret’ netizen dalam komen mereka di gambar berkenaan. 

“Jangan malukan famili sendiri. Kesian yang lain berlumba-lumba buat baik. Nanti keluarga sendiri terkesan atas perbuatan kita,” komen salah seorang netizen.

Ada juga netizen yang berpendapat mungkin ini salah satu cara Ameera mahu mempromosikan bikini berkenaan kerana dia tidak boleh berkongsi gambarnya memakai bikini itu. 

Apa-apa pun pastinya Ameera lebih mengetahui kenapa dia memuatnaik gambar sebegitu. Dan dia juga pasti sudah tahu apa kesannya jika dia berkongsi gambar tersebut. – Getaran, 17 Mei 2023.

Sorotan

1

Isu kontrak CEO FINAS Ditamatkan Lebih Awal Bukanlah Suatu Kes Unik - Kamil Othman Ulas

2

FINAS: Penamatan Khidmat Dr Md Nasir Keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi

3

Lelaki Didakwa Bunuh Teman Wanita Hamil

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Pernah Terfikir Apa Akan Jadi Jika Memori Anda Dimanipulasi, ‘Alter-Naratif’ Bakal Buat Penonton Tak Senang Duduk!

oleh Rubini Nagarajah

Selebriti 1 hari yang lalu

Kami Mohon Maaf, Insiden Itu Berlaku Tanpa Pengetahuan Pihak StarVendors – Ifa Raziah Ulas Isu Video Tidak Sopan Yang Viral 

Menurut Ifa Raziah lagi, pihaknya akan mengambil perhatian sewajarnya atas aduan ini dan komited untuk memastikan perkara ini tidak berulang lagi di masa hadapa...

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Memasuki Usia 40 Tahun Dan Masih Belum Bertemu Jodoh, Sherry Ibrahim Tak Kisah Andai Digelar ‘Andartu’

Menurut Sherry Ibrahim, dia pada mulanya gusar apabila masih tidak berkahwin ketika usia hampir mencecah 40 tahun, namun bila difikirkan semula, dia percaya All...

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 19 jam yang lalu

Isu kontrak CEO FINAS Ditamatkan Lebih Awal Bukanlah Suatu Kes Unik - Kamil Othman Ulas

oleh Ellyna Ali dan Rubini Nagarajah